BTC USD 47,917.6 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,604
Reaction score
14,731
Points
1,906
"Peningkatan kes turut disumbangkan oleh aktiviti merentas negeri dan daerah semasa perayaan (Aidiladha) walaupun ia tidak dibenarkan,” kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Semalam, Terengganu merekodkan peningkatan mendadak kes harian baharu positif COVID-19 iaitu sebanyak 883 kes melibatkan 860 kes penularan tempatan, sekali gus mencatatkan angka tertinggi yang direkodkan sejak pandemik itu melanda.

Baca selanjutnya: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1988056...

1627794345041.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
katil-icu-960x432.jpg

Keadaan unit rawatan rapi (ICU) hospital kerajaan yang merawat pesakit Covid-19. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Separuh paru-paru mati, pesakit Covid tidak boleh hidup cergas semula​

Jun 28, 2021 2:27 pm

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Akibat virus Covid-19, separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh berfungsi, malah keadaan itu dijangka kekal buat selamanya dan hampir mustahil untuk pulih seperti sedia kala.

Itu kesan yang perlu dihadapi Eksekutif Pentadbiran Amira Ruslan, 29, bekas pesakit Covid-19 tahap lima, yang sebelum ini terpaksa bertarung nyawa selama 33 hari termasuk sembilan hari ‘ditidurkan’ di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif pada 7 Jan lepas.

“Paru-paru saya sekarang berfungsi (sekitar) 48 peratus sahaja, kira macam separuh daripada paru-paru tu macam dah ‘mati’. Menurut doktor ia sudah tidak boleh kembali normal dan saya juga tidak boleh bergerak cergas macam dulu.
“Ia adalah sindrom ‘Long Covid’ yang memberi kesan pada rutin harian saya, bercakap pun rasa penat, buat aktiviti mudah macam jemur kain pun penat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Amira yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit serius, tidak menyangka virus pembunuh yang dikatakan hanya cerita dongeng oleh segelintir pihak, meninggalkan impak begitu besar menyebabkannya terpaksa berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi pernafasan.

Bukan itu sahaja, katanya kesan rawatan yang diterima di ICU juga, masih meninggalkan rasa sakit pada saluran kerongkong dan dada, akibat pernah dimasukkan tiub ke paru-paru selain daya ingatan yang lemah kesan daripada ubat.

“Saya masih terbayang lagi kesakitan apabila tiub dimasukkan menerusi saluran kerongkong ke paru-paru, ada satu kejadian apabila petugas kesihatan perlu mengalihkan saya ke katil lain dan tiub tersebut berganjak dan bergerak dalam badan, sakitnya seperti ‘minta nyawa’,” katanya.

Mengimbau kembali saat sebelum dikomakan, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata beliau diberi peluang untuk bercakap dengan ibunya menerusi panggilan video.

“Doktor beritahu, jika jadi apa-apa pada saya, inilah yang terakhir saya bercakap dengan ibu. Saya sempat mohon maaf dan ibu saya terus menjerit, adik (nama panggilan Amira) kena kuat, mak tunggu adik di luar ni.

“Ketika itu ada dua perkara yang bermain difikiran, pertama ibu, yang kedua ketika saya bangun nanti sama ada masih berada di dunia ini atau dunia lain,” katanya yang sedar daripada koma sepenuhnya pada 28 Jan lepas.

Pengalaman berada dalam keadaan koma selama sembilan hari memberi pengajaran serta keinsafan buat dirinya dan peluang untuk terus hidup disifatkan seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu masih koma.

“Memang tidur, tapi mimpi di alam lain, berjalan di satu tempat asing yang mana badan kita sahaja yang bercahaya, kiri kanan depan belakang semua gelap, berada di jalan asing dan saya terus-menerus cari jalan keluar dan kadang-kadang berlari,” katanya.

Katanya mengikut cerita keluarganya, semasa berada dalam keadaan koma, paras oksigen di dalam badannya turun sehingga tahap 60 peratus menyebabkan doktor yang merawatnya menghubungi ibunya bagi memaklumkan keadaan itu dan meminta supaya berdoa agar berlaku keajaiban dengan izin Allah SWT.

Berkat doa seorang ibu dan keluarganya, anak kelahiran Johor itu bersyukur kerana masih diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama insan tersayang walaupun perlu menyesuaikan dengan keadaan kesihatan terkini.
Katanya jika dahulu beliau aktif berniaga, bergerak ke sana sini, dan mampu mengangkat barang walaupun berat, namun kini segala pergerakannya terbatas kerana masih terasa sakit terutama di bahagian dada selain cepat penat.

Berikutan itu, Amira menasihatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak lalai untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak yang telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia ketika ini.

“Covid-19 is real (benar-benar wujud) dan daripada apa yang saya lihat kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka,” katanya yang turut menasihatkan masyarakat segera mengambil vaksin untuk membolehkan negara bebas daripada pandemik itu.
– BERNAMA

1627794157090.png

Keraian sembunyi-sembunyi punca kes Covid-19 naik mendadak di T'ganu​

Diterbitkan 1 Aug 2021, 12:37 pm

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri itu disumbangkan beberapa faktor termasuk penganjuran majlis keraian yang dijalankan secara sorok-sorok.

Katanya ia berlaku semasa umat Islam meraikan Aidiladha baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dibuat melalui laman sosial malam tadi Ahmad Samsuri berkata turut menyumbang kepada peningkatan drastik itu ialah kegiatan terlarang iaitu merentas negeri dan daerah sewaktu musim perayaan.

Hal itu berlaku, katanya, walaupun ia memang tidak dibenarkan pihak berkuasa.

“[...] ketiga, akitivi semasa perayaan Aidiladha yang tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard), majlis keraian yang dijalankan secara sembunyi dalam masyarakat kita (dan) aktviti merentas negeri dan daerah semasa perayaan walaupun ia tidak dibenarkan," katanya.

Dalam kenyataan itu Ahmad Samsuri juga menjelaskan kedatangan pekerja kontrak warga asing dari luar Terengganu dan kemasukan tersebut tidak disaring telah mencetuskan kluster semasa mereka.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 883 kes baru Covid-19 dikesan di Terengganu berbanding hanya 258 kes pada kelmarin.

Daripada 883 kes itu, 860 adalah melibatkan penularan tempatan dan ia menjadi rekod tertinggi jangkitan Covid-19 di Terengganu setakat ini.

Jumlah kumulatif di negeri itu setakat semalam ialah 16,948 kes dengan 3,140 masih aktif. Semalam juga sebanyak tiga kematian direkodkan menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 123 orang.

Kemaman menjadi daerah yang mencatatkan kes baru tertinggi iaitu sebanyak 291 diikuti Kuala Terengganu (195), Dungun (179) dan Marang (79). Daerah lain ialah Setiu (60), Kuala Nerus (53), Besut (23) dan Hulu Terengganu (3).

Dalam kenyataan sama Ahmad Samsuri berkata turut menyumbang kepada peningkatan semalam ialah pelaksanaan saringan bersasar dan kes bergejala disebabkan penularan yang cepat dalam komuniti.

Katanya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak berkuasa akan meningkatkan lagi aktiviti kawalan dan saringan kontak rapat serta saringan di lokaliti berisiko yang telah dikenal pasti.

“Susulan daripada aktiviti pengesanan ini kerajaan negeri menjangkakan peningkatan kes dalam masa dua minggu akan datang,” katanya.
Menurut Adun Ru Rendang itu lagi kerajaan negeri akan cuba mendapatkan vaksin tambahan dengan segera untuk kawasan yang mencatatkan kes tinggi khususnya di Kemaman dan Dungun.

Cari nyakit lagi
Brusung
Nyusoh kokrang
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,604
Reaction score
14,731
Points
1,906

Hana Hadzrami

17j ·
https://www.facebook.com/#
Antara golongan yang sangat saya kasihan dalam gelombang terkini pandemik ini ialah ibu mengandung.

Mereka mulanya tidak dimasukkan dalam program vaksinasi Covid. Setelah beberapa bulan barulah mereka dibenarkan ambil vaksin; namun vaksin tertentu pula. Baru-baru ini barulah mereka dibenarkan ambil semua jenis vaksin Covid. Lama mereka menunggu dalam debaran dan kesamaran.

Dah berapa ramai ibu mengandung dijangkiti Covid kritikal kami uruskan setelah Hospital Sg Buloh mulai penuh dan tidak dapat lagi menerima rujukan luar.

Ada seorang ibu mengandung 25 minggu datang dengan Covid kategori 4. Itulah juga kandungan yang amat dinanti setelah beberapa tahun mencuba.

Hari pertama saja mampu pakai topeng oksigen tercungap-cungap. Masuk hari kedua dah tak mampu bertahan; terpaksa kami intubate dan bawa ke ICU. Itu pun dah potong giliran pesakit kritikal lain.

Pesakit itu terpaksa kami telangkupkan setelah diintubate dan sambung ke mesin pernafasan. Bukan sekali telangkup tapi 4 kali semuanya. Setiap kali telangkup ambil masa 16-20 jam.

Sebaik saja di telentangkan, paras oksigen beliau menurun dengan laju. Terpaksa dilumpuhkan lagi kerana jika dibiar bercampur usaha bernafas sendiri, lebih teruk desaturasi dan biru birat seluruh tubuh. Tak sampai sejam dua telentang, terpaksa ditelangkupkan semula.

Setelah 3-4 hari mencuba tanpa nampak cahaya akhirnya kami terpaksa keluarkan bayi beliau. Jika tidak, kami akan kehilangan 2 nyawa sekaligus. Sekurang-kurang kita cuba selamatkan ibu.

Jadi pesakit tersebut menjalani pembedahan kecemasan caesarean dan bayinya segera dibawa ke ICU neonatal; pun perlu intubasi juga.
Sebaik selesai pembedahan kami bawa ibu kembali ke ICU dengan harapan bantuan pernafasan mesin lebih baik apabila beban rahim yang gravid dikeluarkan. Beberapa jam saja oksigen beliau stabil. Tak lama kemudian oksigen turun perlahan-lahan. Paru-paru beliau dah teruk dan keras dijangkiti virus.

Terpaksa kami telangkupkan beliau buat kali ke 5. Bayangkan baru 3 jam dibedah, dah kami terpaksa sendal dan himpit kawasan luka bedah.

Perit ke perit? Kami pun tumpang ngilu.

Beliau bukan lah pesakit pertama dan terakhir kami terpaksa buat begitu. Dah berbelas ibu mengandung Covid kritikal terpaksa melalui azab yang sama. Dan berpuluh lagi di hospital lain.

Sebilangan besar berjaya diselamatkan. Ada yang tewas dan dipanggil bertemu Tuhan. Begitu juga dengan bayi-bayi mereka. Ada yang tewas dalam rahim lagi kerana kekurangan oksigen ibu. Ada yang tewas kemudiannya.

Mana-mana ibu mengandung yang dah dapat tarikh vaksin; segeralah pergi. Usahakan dapat vaksin segera lebih-lebih lagi jika anda juga frontliner. Ini bukan masa untuk ragu-ragu dan fikir kesan sampingan kecil.

Kerana ada bahaya lebih besar menunggu untuk meragut nyawa anda dan bayi yang dikandung.

Fikir untuk hidup dulu. Lain fikir kemudian.
.
.
Hana Hadzrami
Saya bersyukur beberapa misi saya yang mengandung serta positif Covid baru-baru ini sihat saja. Mungkin juga asbab mereka dah lengkap divaksinkan.
1f538.png
Gambar hiasan:
Cara ibu mengandung dijangkiti Covid yang sedar ditelangkupkan untuk bantu pernafasan. Cara ibu mengandung kritikal yang disambung ke mesin pernafasan dan ditelangkupkan lain pula rupanya. Belum lagi ibu kritikal yang baru dicaesar.

1627794555137.png

Pengarang
Hana Hadzrami
Belum lagi kisah ibu mengandung kritikal Covid dan menjalani pembedahan caesarean kecemasan, apabila dah sedar dan dicabut tiub pernafasan tahu-tahu anak dah meninggal.
Payudara bengkak dengan susu (walau dah beri ubat henti susu), luka bedah sakit dan nafas masih mencungap.
Nak berkabung dan berduka pun tak cukup nyawa.
 
Ambik la pelajaran daripada kes² ni
Janganlah amik mudah
Penyesalan tidak berpenghujung menanti
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
Paru2 mati separuh, kene harapkan transplant lah ye?

Boleh jadi
Selalunya transplant hati dan ginjal
Paru² tu tak pasti
Tu pun kalau ngam dengan tubuh
Kalau tak ngam
Kena la cari yang sesuai
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,758
Reaction score
2,101
Points
201

Time raya kes naik leh la la la lagi.. kilang sana sini buka...
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
COVID-19 | 200 Pekerja Ladang Seluruh Negara Dikesan Positif

Penularan COVID-19 di sektor perladangan terutama yang melibatkan pekerja asing di seluruh negara adalah terkawal.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, setakat ini 200 pekerja asing disahkan positif COVID -19 daripada jumlah keseluruhan 80,000 pekerja asing di sektor itu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
COVID-19 | Perak Catat Peningkatan Kes Perlu Rawatan Kritikal, ICU

Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau unit rawatan rapi (ICU).

121 pesakit COVID-19 sedang dirawat di ICU dengan kadar purata tujuh hari penggunaan katil melebihi 100 peratus ketika ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
FB_IMG_1627802176253.jpg

Sehingga 1 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,150 kes (1,130,422 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 6,326 (413,745)
WPKL - 2,086 (125,113)
Johor - 1,045 (91,728)
Sabah - 1,002 (85,723)
Sarawak - 578 (77,306)
Negeri Sembilan - 809 (72,300)
Kedah - 1,511 (47,142)
Pulau Pinang - 752 (46,585)
Kelantan - 459 (43,453)
Perak - 693 (38,372)
Melaka - 686 (32,052)
Pahang - 676 (25,112)
Terengganu - 429 (17,377)
WP Labuan - 5 (9,666)
WP Putrajaya - 72 (4,023)
Perlis - 21 (725)
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register