BTC USD 47,986.4 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,330
Reaction score
2,330
Points
201
Joker pun dah vaksin

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
FB_IMG_1627732945940.jpg

Ringkasan kluster baharu

28 kluster baharu dilaporkan dan 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Selangor laporkan 8 kluster baharu, manakala 6 dilaporkan di Kelantan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
FB_IMG_1627733003129.jpg

Ringkasan kes kematian

165 kes kematian dilaporkan hari ini dan 12 daripadanya adalah kes Brought-In-Dead (BID).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
FB_IMG_1627733081383.jpg

Daripada 17,786 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 260 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala sebanyak 17,526 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,112
Reaction score
230
Points
83
dasyat delta varian 15 saat je boleh tersebar...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
COVID-19 | Kes Baharu Catat Angka Tertinggi

Kes baharu positif COVID-19 merekodkan angka tertinggi hari ini dengan 17,786 kes.

Selangor masih mencatat kes harian tertinggi dengan 6,400 kes.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
COVID-19 | Ujian Calitan Besar-Besaran Untuk Penduduk Ulu Selama

Ujian calitan secara besar-besaran akan dilakukan ke atas 5,000 penduduk di kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Ulu Selama, Perak, mulai minggu depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah itu bagi membolehkan tindakan segera diambil bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
COVID-19 | Padang Terap Disasar Capai Imuniti Kelompok Bulan Depan

Daerah Padang Terap dijangka mampu mencapai imuniti kelompok menjelang September ini, sekiranya sasaran 7,000 orang menerima vaksin dalam tempoh seminggu dapat dilaksanakan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, imuniti kelompok di daerah itu melibatkan 49,000 orang dan setakat ini, lebih 21,000 orang sudah menerima vaksin dos pertama.

Manakala lebih 14,000 lagi lengkap dua dos.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,604
Reaction score
14,731
Points
1,906
1627794157090.png


Keraian sembunyi-sembunyi punca kes Covid-19 naik mendadak di T'ganu​

Diterbitkan 1 Aug 2021, 12:37 pm



Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri itu disumbangkan beberapa faktor termasuk penganjuran majlis keraian yang dijalankan secara sorok-sorok.

Katanya ia berlaku semasa umat Islam meraikan Aidiladha baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dibuat melalui laman sosial malam tadi Ahmad Samsuri berkata turut menyumbang kepada peningkatan drastik itu ialah kegiatan terlarang iaitu merentas negeri dan daerah sewaktu musim perayaan.

Hal itu berlaku, katanya, walaupun ia memang tidak dibenarkan pihak berkuasa.

“[...] ketiga, akitivi semasa perayaan Aidiladha yang tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard), majlis keraian yang dijalankan secara sembunyi dalam masyarakat kita (dan) aktviti merentas negeri dan daerah semasa perayaan walaupun ia tidak dibenarkan," katanya.

Dalam kenyataan itu Ahmad Samsuri juga menjelaskan kedatangan pekerja kontrak warga asing dari luar Terengganu dan kemasukan tersebut tidak disaring telah mencetuskan kluster semasa mereka.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 883 kes baru Covid-19 dikesan di Terengganu berbanding hanya 258 kes pada kelmarin.

Daripada 883 kes itu, 860 adalah melibatkan penularan tempatan dan ia menjadi rekod tertinggi jangkitan Covid-19 di Terengganu setakat ini.

Jumlah kumulatif di negeri itu setakat semalam ialah 16,948 kes dengan 3,140 masih aktif. Semalam juga sebanyak tiga kematian direkodkan menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 123 orang.

Kemaman menjadi daerah yang mencatatkan kes baru tertinggi iaitu sebanyak 291 diikuti Kuala Terengganu (195), Dungun (179) dan Marang (79). Daerah lain ialah Setiu (60), Kuala Nerus (53), Besut (23) dan Hulu Terengganu (3).

Dalam kenyataan sama Ahmad Samsuri berkata turut menyumbang kepada peningkatan semalam ialah pelaksanaan saringan bersasar dan kes bergejala disebabkan penularan yang cepat dalam komuniti.

Katanya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama pihak berkuasa akan meningkatkan lagi aktiviti kawalan dan saringan kontak rapat serta saringan di lokaliti berisiko yang telah dikenal pasti.

“Susulan daripada aktiviti pengesanan ini kerajaan negeri menjangkakan peningkatan kes dalam masa dua minggu akan datang,” katanya.
Menurut Adun Ru Rendang itu lagi kerajaan negeri akan cuba mendapatkan vaksin tambahan dengan segera untuk kawasan yang mencatatkan kes tinggi khususnya di Kemaman dan Dungun.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register