BTC USD 49,009.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Bomba lemas ketika selamat mangsa banjir di Melaka telah meninggal dunia

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,294
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,294
Reaction score
15,432
Points
1,906
innalillah semoga Allah merahmati allahyarham

sedih dengar berita ni, simpati pada keluarganya
Allah lebih menyayangi allahyarham
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
658
Points
81
Ada tali pun jenuh nak selamatkan dengan arus deras ni
Ye la tu..tali tu penting sgt2 tu.. nsib dia mmg xbaik..ajal dah smpai..xlewat sesaat pun
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,294
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,294
Reaction score
15,432
Points
1,906
“Ketika menjalankan operasi penyelamatan, Mohd. Diya bagaimanapun telah tergelincir akibat ditolak arus deras dan terperangkap di longgokan rumput hanyut.
https://www.utusan.com.my/.../jenazah-mohd-diya-selamat.../

Jenazah Mohd. Diya selamat dikebumikan​

MLK-selamat-kebumi-bomba-re.jpeg


JENAZAH Mohd. Diya Che Jusoh dikebumikan di Perkuburan Masjid An-Nur, Kampung Krubong, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

  • 21 Oktober 2021, 12:40 pm


MELAKA: Jenazah Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat di sini semalam, selamat dikebumikan di Perkuburan Masjid An-Nur, Kampung Krubong di sini, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 11.20 pagi selepas disembahyangkan di masjid berkenaan dan pengebumian selesai pukul 11.50 pagi.

Urusan pengebumian jenazah Allahyarham dilaksanakan dengan istiadat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dihadiri kira-kira 200 anggota serta penduduk kampung untuk memberi penghormatan terakhir.

Mohd. Diya, 46, berpangkat Pegawai Bomba Kanan (PBK) II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir, pukul 3.11 pagi tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain menerusi kenyataan akhbar.
Menurutnya, Allahyarham lemas dalam kejadian pada pukul 5.06 petang ketika cuba menyelamatkan seramai 14 orang penduduk kampung yang terperangkap di anjung sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Ketika menjalankan operasi penyelamatan, Mohd. Diya bagaimanapun telah tergelincir akibat ditolak arus deras dan terperangkap di longgokan rumput hanyut.

“Beliau kemudiannya diselamatkan oleh anggota bomba yang lain serta diberikan bantuan pernafasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka,” katanya.

Tambahnya, Allahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau turut memberitahu, ketika melaksanakan operasi tersebut, kesemua anggota terlibat telah menggunakan alat perlindungan diri (life jacket) semasa membuat penyelamatan secara water crossing di lokasi kejadian. – UTUSAN

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
KENYATAAN MEDIA
PENGARAH Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Dukacita dimaklumkan bahawa PBK II (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

YB Dato' Ts. Kamel Mohamad
Kerajaan Negeri Melaka
JaPen Melaka

FB_IMG_1634774347556.jpg
FB_IMG_1634774350697.jpg
FB_IMG_1634774352947.jpg
Aduh. Alfatihah buat arwah
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Risiko ikat tali kat badan bila dah tsangkut. Mcm kes 6 bomba dulu tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,695
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,695
Reaction score
16,562
Points
2,376
Risiko ikat tali kat badan bila dah tsangkut. Mcm kes 6 bomba dulu tu

Tak ikat kan kot terlepas jauh lak
 

silasroon

Active+ Member
Messages
4,427
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,427
Reaction score
1,752
Points
111
Lemas dalam air ni, ko akan rasa seperti berada dalam dunia lain seorang diri.

Telinga tak dengar apa-apa bunyi yang terhasil di darat, pandangan pulak hanyalah cahaya yang terbias masuk dalam air tu je.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,695
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,695
Reaction score
16,562
Points
2,376
Lemas dalam air ni, ko akan rasa seperti berada dalam dunia lain seorang diri.

Telinga tak dengar apa-apa bunyi yang terhasil di darat, pandangan pulak hanyalah cahaya yang terbias masuk dalam air tu je.

Betul dah tu
Pernah jugak merasa pengalaman lemas masa kecik dulu
Alhamdulillah umur masih panjang
Kawan sempat selamatkan
 

silasroon

Active+ Member
Messages
4,427
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,427
Reaction score
1,752
Points
111
Betul dah tu
Pernah jugak merasa pengalaman lemas masa kecik dulu
Alhamdulillah umur masih panjang
Kawan sempat selamatkan
Sama....kawan jugak selamatkan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register