BTC USD 37,710.8 Gold USD 1,778.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601
afghan_1619996397.jpg

Gambar fail menunjukkan anggota tentera Afghanistan sedang mengawal lebuh raya di Helmand, Afghanistan. - Foto EPA

Taliban, tentera Afghanistan bertempur​

KABUL: Pertempuran antara tentera Afghanistan dan Taliban menyebabkan lebih 100 pemberontak terkorban dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Pertahanan Afghanistan yang kembali mengawal kem tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah bergolak di sini.

Tentera AS menyerahkan Kem Antonik di wilayah Helmand kepada tentera Afghanistan sehari selepas secara rasmi mula mengeluarkan saki-baki tenteranya dari negara itu.

Menurut kementerian itu, Taliban dan tentera kerajaan bertempur di beberapa wilayah, termasuk di Kandahar yang pernah menjadi kubu pemberontak, di mana tentera AS menjalankan 'serangan tepat' pada Sabtu ketika memulakan fasa terakhir untuk membawa keluar tenteranya.

Sejumlah 52 pejuang Taliban cedera dalam pertempuran itu, kata kementerian, namun tidak memperincikan sama ada pasukan tentera kerajaan turut terkorban.

Taliban tidak memberi sebarang komen berhubung pertempuran itu, namun kedua-dua pihak kerap membesarkan jumlah kematian dialami pihak lawan.


Pertempuran di negara itu berterusan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu ketika usaha rundingan damai untuk menamatkan konflik selama 20 tahun itu tidak berjalan lancar.


Tentera AS secara rasmi mula membawa keluar baki 2,500 tenteranya dari Afghanistan pada Sabtu, seperti yang diarahkan Presiden AS, Joe Biden bulan lalu.


Pihak berkuasa Afghanistan memaklumkan, semua tentera asing dibawa ke Bagram, pangkalan tentera AS terbesar di Afghanistan, sebelum pulang ke negara masing-masing.


Kementerian Pertahanan memaklumkan, tentera AS menyerahkan Kem Antonik di Helmand kepada tentera Afghanistan sebagai sebahagian daripada usaha membawa keluar anggotanya.


Jelasnya, pangkalan tentera itu akan digunakan oleh pasukan khas tentera Afghanistan yang dilatih dalam operasi cegah keganasan oleh tentera AS dan NATO. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601
undur_1620184945.jpg

Tentera AS dan Tentera Kebangsaan Afghanistan (ANA) menaikkan bendera Afghanistan pada majlis penyerahan kuasa di kem Antonik, wilayah Helmand. - Foto AFP

Ribuan warga Afghanistan melarikan diri selepas pasukan AS berundur​


KANDAHAR: Ribuan warga Afghanistan meninggalkan rumah mereka ketika pertempuran sengit meletus antara pasukan kerajaan dan Taliban di wilayah selatan selepas pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) mula menarik saki baki pasukannya dari negara itu, kata pegawai.


Pasukan Afghanistan mematahkan serangan pemberontak di beberapa pusat pemeriksaan dalam 24 jam terakhir di wilayah Helmand, di mana tentera AS Ahad lalu menyerahkan pangkalan kepada pasukan kerajaan sebagai sebahagian daripada penarikan rasmi bermula pada 1 Mei lalu.


Pengarah pelarian wilayah itu, Sayed Mohammad Ramin, berkata kira-kira 1,000 keluarga meninggalkan rumah mereka untuk melarikan diri dari pertempuran yang meletus di pinggir Lashkar Gah, ibu kota Helmand, dan beberapa bahagian lain di wilayah itu.


Beliau berkata, keluarga yang berlindung di Lashkar Gah berasal dari kawasan di mana pertempuran sengit berlaku dua hari lalu.

"Kami akan meneliti keperluan mereka esok, tetapi ramai yang masih belum mendapat tempat perlindungan di bandar dan memerlukan bantuan segera," kata Sayed Mohammad kepada AFP.


Kementerian pertahanan berkata, pasukan kerajaan berjaya membunuh lebih 100 pejuang Taliban di Helmand dalam 24 jam terakhir ketika pemberontak menyerang beberapa pusat pemeriksaan di pinggiran Lashkar Gah.


Katanya, 22 lagi pejuang Al-Qaeda dari Pakistan terbunuh dalam pertempuran itu.


Pegawai berkata, pejuang Taliban pada awalnya menawan beberapa pusat pemeriksaan tetapi berjaya ditawan semula oleh pasukan kerajaan yang berjaya mengusir pemberontak.


"Musuh kehilangan semua wilayah yang ditawannya dan mengalami banyak korban jiwa," kata Attaullah Afghan, ketua dewan wilayah Helmand, kepada AFP.


Sementara itu, Taliban mendakwa puluhan tentera Afghanistan terbunuh dalam pertempuran itu.


Kedua-dua belah pihak terkenal dengan tindakan membesar-besarkan korban yang ditanggung pihak lawan.


Pasukan perubatan yang berpusat di United Kingdom (UK), Emergency melaporkan bahawa mereka menerima sejumlah besar pesakit yang cedera akibat perang di pusat pembedahannya di Lashkar Gah akibat pertempuran di kawasan itu sejak 1 Mei lalu. - AFP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,851
Points
2,376
PERTEMPURAN | Ribuan Penduduk Tinggalkan Kediaman

Ribuan penduduk Afghanistan meninggalkan kediaman mereka ketika pertempuran semakin meruncing di antara tentera kerajaan dengan kumpulan Taliban di wilayah selatan negara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601

50 maut letupan bom di Kabul​


KABUL: Seramai 50 orang dilaporkan maut selepas tiga bom meletup hampir serentak di luar sekolah perempuan dekat daerah Dasht-e-Barchi, semalam.


Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tareq Arian, berkata bom berkenaan diletupkan secara kawalan jauh di luar sekolah Sayed Al-Shuhada.


Katanya, letupan pertama meledak di depan sekolah berkenaan menerusi bom kereta yang diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh.


"Apabila pelajar sekolah panik dan mula berlari keluar dari sekolah, dua lagi bom meletup. Lebih 100 orang cedera akiba letupan itu yang kebanyakannya pelajar perempuan," katanya kepada media, hari ini.

Saksi kejadian turut mendakwa letupan berlaku ketika penduduk sibuk membeli belah untuk membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri.


Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Dastagir Nazari berkata, beberapa ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membawa mereka yang cedera ke hospital.


Setakat ini, tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu dan Taliban turut menafikan pembabitan mereka.


Namun, Presiden Ashraf Ghani menyalahkan kumpulan Taliban dalam letupan itu yang berlaku berhampiran pintu masuk sekolah perempuan Sayed Al-Shuhada.


"Kumpulan ini tidak memiliki keupayaan untuk menentang pasukan keselamatan negara di medan perang.


"Kumpulan ini mensasarkan orang awam dan pelajar sekolah dalam serangan kejam dilakukan mereka," katanya dalam kenyataan.


Taliban menafikan mereka terbabit dalam beberapa siri serangan di Kabul sejak Februari tahun lalu selepas memeterai perjanjian rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) dengan syarat negara itu menarik balik tenteranya dari Afghanistan.


Bagaimanapun, kumpulan itu dilaporkan bertempur hampir setiap hari dengan tentera Afghanistan di kawasan berkonflik walaupun tentera AS mengurangkan anggota tentera di negara itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601

Taliban isytihar gencatan senjata sempena Aidilfitri​


KABUL: Kumpulan Taliban hari ini mengisytiharkan gencatan senjata di Afghanistan selama tiga hari sempena perayaan Aidilfitri minggu ini.


Pengumuman itu dibuat dua hari selepas pemerintah Afghanistan


menyalahkan kumpulan pemberontak itu dalam serangan bom yang mengakibatkan lebih 50 orang maut, di luar sekolah perempuan dekat daerah Dasht-e-Barchi, kelmarin.


"Mujahidin Emirat Islam diarahkan untuk menghentikan semua operasi terhadap musuh di seluruh negara dari hari pertama hingga hari ketiga Aidilfitri.

"Tetapi jika musuh melakukan serangan terhadap anda, bersiaplah untuk melindungi dan mempertahankan diri dan wilayah anda dengan kuat," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pemberontak berkenaan.


Gencatan senjata itu dikeluarkan setelah pemerintah menyalahkan Taliban terhadap letupan tiga bom serentak itu di luar sebuah sekolah perempuan di Dasht-e-Barchi, pinggiran ibu kota yang sebahagian besarnya dihuni oleh komuniti Syiah Hazara, yang sering menjadi sasaran militan Islamis Sunni ekstremis.


Menurut Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tareq Arian, bom berkenaan diletupkan secara kawalan jauh di luar sekolah Sayed Al-Shuhada.


"Letupan pertama meledak di depan sekolah berkenaan menerusi bom kereta yang diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh.


"Apabila pelajar sekolah panik dan mula berlari keluar dari sekolah, dua lagi bom meletup. Lebih 100 orang cedera akiba letupan itu yang kebanyakannya pelajar perempuan," katanya.


Taliban bagaimanapun menafikan mereka terbabit dalam serangan itu, yang paling buruk dilaporkan sejak lebih setahun lalu.


Letupan serangan bom kelmarin berlaku ketika Amerika Syarikat menarik keluar 2,500 anggota tentera terakhirnya dari negara berkonflik itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601

The death toll in a horrific bombing at a girls’ school in the Afghan capital has soared to 50, many of them pupils between 11 and 15 years old, the Interior Ministry said Sunday
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601
AFGHANISTAN-CONFLICT-BLAST_1620629633.jpg

Seorang lelaki menolak mangsa serangan bom tepi jalan terhadap bas dalam stretcher di koridor sebuah hospital di Kandahar. - Foto AFP

11 penumpang bas maut serangan bom tepi jalan​


KABUL: Seramai 11 penumpang bas terbunuh dalam serangan bom tepi jalan di wilayah Zabul malam kelmarin, beberapa jam selepas Taliban mengisytiharkan gencatan senjata sempena Aidilfitri.


Menurut Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan hari ini, Tareq Arian, serangan bom di wilayah Zabul, selatan Afghanistan itu juga menyebabkan 28 lagi cedera.


"Pasukan keselamatan di wilayah berkenaan bergegas menyelamatkan mangsa yang cedera ke sebuah hospital di wilayah Kandahar dalam kejadian tengah malam di daerah Shahr-e-Safa pada tengah malam kelmarin.


"Jumlah korban mungkin berubah kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Sebelum kejadian, beliau berkata, bas itu membawa 43 penumpang.


"Semua mangsa yang meninggal dunia juga sudah dibawa ke hospital berhampiran. Pihak keselamatan di wilayah berkenaan akan berusaha menghubungi dan memberi tahu saudara-mara mangsa," katanya.


Beberapa pihak dikatakan menyalahkan kumpulan Taliban yang menjadi dalang serangan yang mengorbankan orang awam.


Mengikut angka rasmi dikongsi kerajaan, lebih 920 orang awam terbunuh dan lebih daripada 1,640 yang lain cedera dalam serangan bahan letupan diubahsuai (IED) sejak setahun lalu.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601
ISIS has claimed responsibility for the assassination of an alleged Afghan government intelligence agent in the town of Pech in Afghanistan's Kunar Province.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register