BTC USD 37,765.4 Gold USD 1,774.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601
afghanmaut_1619390074.jpg

Anggota tentera Afghanistan mengawal pangkalan tentera yang sebelum ini digunakan anggota tentera Amerika Syarikat di daerah Haska Meyna, wilayah Nangarhar Afghanistan. - Foto EPA

12 anggota polis maut dalam serangan di Afghanistan​

KABUL: Sekurang-kurangnya 12 anggota polis Afghanistan terbunuh semalam, termasuk tujuh anggota yang diserang oleh pejuang Taliban di selatan bandar ini ketika pertempuran berlanjutan di negara yang dilanda keganasan.

Dua serangan berasingan di wilayah Logar dan Kandahar berlaku ketika komander kanan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral Scott Miller, mengatakan saki baki pasukan tentera AS sedang berundur dari negara bergolak itu seperti diarahkan Presiden Joe Biden bulan ini.

"Tujuh anggota polis terbunuh dan tiga cedera ketika Taliban menyerang kenderaan mereka di daerah Mohammad Agha di wilayah Logar," kata Dedar Lawang, jurucakap gabenor wilayah itu, kepada AFP.

Mangsa adalah anggota pasukan keselamatan yang mengawal lombong tembaga di Logar, selatan ibu kota Kabul.

Polis Wilayah Logar mengesahkan serangan itu.


Afghanistan, yang ekonominya terjejas oleh konflik puluhan tahun dan rasuah mempunyai simpanan tembaga, besi, kobalt dan litium.


Dalam serangan berasingan semalam, seorang pengebom berani mati melarikan sebuah kereta berisi bahan letupan ke sebuah kenderaan polis di kubu Taliban selatan Kandahar menyebabkan lima anggota polis terbunuh.


Serangan itu berlaku di daerah Maiwand, Kandahar, dan empat lagi anggota polis cedera, kata polis.


Pertempuran terus berlanjutan di beberapa wilayah luar bandar.


Kementerian Dalam Negeri mengatakan pejuang Taliban melakukan enam serangan bunuh diri dan 62 pengeboman selama 10 hari menyebabkan lebih 60 orang awam maut dan 180 cedera.


Miller, komander pasukan AS dan NATO di Afghanistan, mengatakan bahawa tindakan sudah dimulakan untuk menyerahkan pangkalan kepada pasukan Afghanistan dan mengundurkan tentera dari negara itu.


"Kami ingin memastikan bahawa pasukan keselamatan Afghanistan memiliki pangkalan, peralatan, bahagian yang diperlukan untuk fungsi ketenteraan," katanya.


Awal bulan ini Biden mengumumkan pengunduran saki baki anggota tentera menjelang ulang tahun ke-20 serangan 11 September, yang akhirnya mengakhiri perang terpanjang AS.


Satu dekad yang lalu, AS mempunyai kira-kira 100,000 tentera di Afghanistan. Jumlah keanggotaan pasukan menjelang akhir pentadbiran Donald Trump menurun kepada 2,500 orang. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601

10 tahun selepas kematiannya, Bin Laden masih hantui Pakistan​


ABBOTTABAD: Lokasi terakhir yang pernah menjadi tempat persembunyian lelaki paling dikehendaki di dunia, Osama Bin Laden kini hanya tinggal padang yang terbakar dan dipenuhi serpihan serta menjadi tapak kanak-kanak bermain kriket.


Lokasi yang terletak di sebuah bandar di Pakistan itu menjadi sasaran 'Operasi Geronimo' yang dilakukan Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2 Mei 2011.


Operasi itu mencalarkan maruah antarabangsa Pakistan, yang mendedahkan negara itu sebagai pangkalan Al Qaeda dan sekutu Taliban.


Bin Laden didakwa hidup terasing dalam tempoh lima tahun di Abbottabad, bersembunyi di sebalik tembok tinggi sebuah bangunan putih, kurang dua kilometer dari akademi tentera terkenal.

"Ia adalah sesuatu yang memalukan kepada kawasan ini dan seluruh negara. Tinggal di sini, Osama memberikan reputasi yang buruk kepadanya," kata seorang guru, Altaf Hussain.


Operasi Geronimo meninggalkan kesan besar kepada Pakistan kerana pegawai kerajaan mungkin boleh menafikan kehadiran Bin Laden tetapi jika mereka berbuat demikian, ini membuktikan risikan mereka gagal.


Mereka juga mungkin boleh mengaku pelarian terkenal itu berada di dalam perlindungan mereka tetapi akan dilihat kurang berkuasa ketika Washington melakukan serangan itu di tanah air mereka. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601

NATO undur tentera dari Afghanistan​

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mula mengundurkan tenteranya dari Afghanistan susulan keputusan sama diputuskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang menghantar pulang tenteranya, kata seorang pegawai tentera, semalam.


NATO yang memiliki 9,600 anggota tentera di Afghanistan bersetuju untuk menamatkan misi mereka pada bulan ini selepas Biden berhasrat menamatkan perang terpanjang di Washington itu.


Keputusan yang tertangguh dalam tempoh beberapa bulan itu diambil walaupun timbul kebimbangan ia membolehkan Taliban berkuasa semula di negara berkenaan.


"Sekutu NATO memutuskan pengunduran tentera bagi misi Sokongan Tegas pada 1 Mei dan ia sudah pun bermula. Proses ini akan dibuat secara teratur dan mengikut koordinasi," kata seorang pegawai NATO kepada AFP.

Katanya, keselamatan anggota pasukan menjadi keutamaan dan NATO mengambil pelbagai tindakan sewajarnya bagi memastikan kesemua tentera selamat daripada sebarang ancaman atau bahaya.


"Sebarang serangan oleh Taliban ketika pengunduran tentera akan dibalas dengan tindakan berkesan. Kami merancang pengunduran ini selesai dalam tempoh beberapa bulan lagi," katanya lagi yang enggan memberikan maklumat terperinci mengenai tempoh masa sepanjang proses pengunduran tentera itu dijalankan.


Biden sebelum ini memaklumkan pengunduran tentera AS akan selesai pada tanggal 11 September. Tarikh itu amat signifikan kerana pada 11 September 2001 berlakunya tragedi serangan pengganas yang menjadi pencetus kepada AS untuk menghantar tenteranya ke Afghanistan.


Washington bagaimanapun menegaskan, pihaknya tetap komited terhadap Afghanistan.


"Sekutu dan rakan kongsi NATO akan terus bersama Afghanistan, rakyat, dan institusi-institusinya dalam meningkatkan keamanan yang dicapai sejak 20 tahun lalu.


"Pengunduran tentera kami bukan bermakna perhubungan dengan Afghanistan tamat tetapi ini menandakan permulaan baharu," kata pakatan itu dalam satu kenyataan bulan lalu. – AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601
baseundur_1619757659.jpg
Tentera Afghan National Army (ANA) berkawal di luar pangkalan tentera Amerika Syarikat di Bagram, 50 kilometer utara Kabul. - Foto AFP

Tentera AS mula berundur dari Afghanistan​

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat mula berundur dari Afghanistan sebagai sebahagian pelan pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menarik balik sepenuhnya tentera AS daripada negara yang dilanda perang selepas 20 tahun konflik, lapor Agensi Anadolu memetik CNN semalam.

Kira-kira 100 tentera, bersama sebahagian besar peralatan ketenteraan diangkut dengan pesawat, kata laporan itu, memetik beberapa pegawai pertahanan AS.

Awal bulan ini, Biden mengumumkan AS akan membawa pulang semua tenteranya menjelang 11 September - ulang tahun ke-20 serangan pengganas 9/11 yang mendorong operasi ketenteraan Amerika.

Menurut pegawai yang sama, kontraktor dan petugas kerajaan AS turut sama meninggalkan negara itu

Penempatan tentera asing bermula di Afghanistan pada 7 Oktober 2001, ketika AS, bersama-sama United Kingdom, melancarkan Operasi Enduring Freedom.


Mereka disertai 43 sekutu dan rakan NATO selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi kuasa kepada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa pada 20 Disember 2001.


Setakat ini, terdapat 9,592 anggota tentera dari 36 negara ditempatkan di Afghanistan. AS mendahului senarai dengan 2,500 tentera.


AS mengerahkan kapal induk pesawat udara ke wilayah itu untuk mengangkut pesawat perang sebagai langkah keselamatan sekiranya pasukan Amerika diserang Taliban. – BERNAMA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,850
Points
2,376
SERANGAN BUNUH DIRI | 21 Maut, 90 Cedera Letupan Di Rumah Tamu

Sekurang-kurangnya 21 orang maut sementara 90 lagi cedera dalam serangan bunuh diri di sebuah rumah tamu terletak di Timur Afghanistan.

Menteri Dalam Negeri memaklumkan penyerang terbabit meletupkan diri di dalam sebuah lori.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,198
Reaction score
4,499
Points
601

The US has started formally withdrawing troops from Afghanistan, beginning the end of what President Joe Biden called "the forever war".

The withdrawal, which runs until 11 September, comes amid escalating violence, with Afghan security forces on high alert for reprisal attacks.

The Taliban have warned they are no longer bound by an agreement not to target international troops.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register