BTC USD 60,545.8 Gold USD 1,737.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,445
Reaction score
4,441
Points
601
Withdrawal or extended deployment? Nato defense ministers hold summit on Afghan war | DW News


 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,445
Reaction score
4,441
Points
601
def19_1613690433.jpg


NATO belum putuskan sama ada kekal tentera di Afghanistan

BRUSSELS: Ketua Setiausaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, berkata pakatan itu belum membuat keputusan muktamad mengenai masa depan misinya di Afghanistan, ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sedang mempertimbang hasrat untuk menarik tentera negara itu.

Ketika Menteri Pertahanan NATO menangguhkan keputusan itu dalam persidangan maya yang berlangsung dua hari, mereka memutuskan untuk memperluas misi latihan NATO di Iraq dengan mengerahkan dari 500 kepada 4,000 anggota tentera.

Masa depan misi disokong NATO yang memiliki seramai 9,600 anggota tentera di Afghanistan, antara agenda utama selepas bekas Presiden AS, Donald Trump memeterai perjanjian dengan Taliban untuk menarik keluar tentera.

Pentadbiran Biden pula sedang mengkaji sama ada pada tarikh akhir 1 Mei untuk menarik balik baki 2,500 tentera AS, atau berisiko untuk bertempur akibat serangan pemberontak, jika kekal.

"Kami menghadapi banyak dilema dan tidak ada pilihan yang mudah. Pada peringkat ini, kami belum membuat keputusan akhir mengenai masa depan kehadiran kami.

"Tetapi menjelang tarikh akhir pada 1 Mei yang kian hampir, sekutu NATO akan terus berunding dan menyelaras secara dekat dalam beberapa minggu akan datang," kata Stoltenberg pada sidang media.

Stoltenberg menegaskan, Taliban harus memenuhi komitmen di bawah perjanjian dengan AS, termasuk melakukan kemajuan dalam rundingan damai dengan Kabul, mengurangkan keganasan dan memutuskan hubungan kumpulan pengganas antarabangsa.

"Matlamat NATO untuk memastikan Afghanistan tidak lagi menjadi tempat selamat bagi pengganas yang bakal menyerang tanah air kita," katanya.

Taliban melancarkan serangan yang mengancam sekurang-kurangnya dua ibu kota wilayah dan memberi peringatan kepada menteri NATO, supaya tidak lagi mencari ruang meneruskan penjajahan dan peperangan dengan cara kekal di negara itu.

"Perlindungan tentera kami kekal mustahak dan kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjaga keselamatan mereka," kata Stoltenberg.

Pada pihak sekutu pula, mereka sedang cemas menunggu keputusan selanjutnya daripada Biden sama ada bakal mengakhiri tempoh selama dua dekad di Afghanistan.

Mereka menyatakan kesediaan untuk kekal, jika AS memutuskan hal sama.

Pada Januari lalu, Trump mengurangkan jumlah tenteranya di Afghanistan kepada 2,500 dari hampir 13,000 anggota pada tahun sebelumnya. Anggota NATO yang lain bergantung pada kemampuan AS untuk meneruskan misi.

Menurut pegawai AS, Setiausaha Pertahanan baharu, Lloyd Austin, menunjukkan minat untuk menghidupkan kembali hubungan, selepas bertahun-tahun tegang di bawah pentadibran Trump, termasuk akan mendengar dan menyampaikan input negara sekutu kepada Biden.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,445
Reaction score
4,441
Points
601
kabul_1613864382.jpg


5 maut serangan bom di Kabul

KABUL: Sekurang-kurangnya lima maut, manakala dua cedera dalam tiga letupan yang menggegarkan Kabul, semalam.

Jurucakap polis, Ferdaws Faramarz, berkata tiga letupan 'bom kawalan jauh' berlaku di lokasi berbeza antara jam 8 hingga 10 pagi, waktu tempatan.

Faramarz berkata, dua orang awam cedera dalam letupan pertama, manakala dua tentera dan seorang wanita terkorban dalam letupan kedua.

Katanya, dua anggota polis pula terbunuh dalam letupan ketiga dengan perincian terbabit disahkan Kementerian Dalam Negeri Afghanistan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, walaupun pegawai Afghanistan dan Amerika Syarikat (AS) menyalahkan Taliban susulan insiden serupa yang berlaku sebelum ini.

Serangan bom yang diletupkan dari jarak jauh menjadi taktik biasa militan di Afghanistan, terutama di bandar ketika waktu pagi di kawasan tumpuan orang awam.

Sementara itu, sumber keselamatan, berkata sekurang-kurangnya dua mangsa dalam kejadian letupan kedua bekerja di Kementerian Pertahanan, walaupun kementerian itu tidak akan mengesahkannya.

Rundingan damai antara Taliban dan kerajaan Afghanistan bermula pada September lalu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Peningkatan keganasan terbaru menyebabkan Presiden AS Joe Biden menilai semula kesepakatan ditandatangani antara Washington dan Taliban tahun lalu, yang membuka jalan bagi penarikan semua tentera AS dalam beberapa bulan akan datang.

Biden sedang mengkaji sama ada akan meneruskan keputusan membawa pulang baki 2,500 baki askar AS pada 1 Mei ini atau sebaliknya. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register