BTC USD 55,197.9 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
30 militan Taliban terbunuh dalam masjid ketika belajar membuat bom

KABUL: Sekurang-kurangnya 30 militan Taliban termasuk enam warga asing, terbunuh dalam satu letupan di dalam sebuah masjid di utara Afghanistan semalam.

Menurut maklumat pihak berkuasa, tragedi berlaku ketika mereka sedang berkumpul bagi sesi latihan membuat bom dan jerangkap samar.

Kementerian Pertahanan, dalam satu kenyataan, berkata kejadian berlaku pada jam 9.15 pagi di perkampungan Qitla di daerah Dawlat Abad di wilayah Balkh yang terletak 450 kilometer ke utara bandar Kabul.

"Maklumat setakat ini menunjukkan 30 orang maut dan mereka yang terkorban disyaki pembuat bom profesional.

"Letupan berlaku ketika mereka berkumpul untuk latihan membuat bom dan jerangkap samar di dalam masjid, bagi mengabui mata pihak berkuasa," katanya.

Jurucakap kementerian, Fawad Aman, berkata, tiada individu yang terselamat dalam letupan itu, yang disifatkan tragedi terburuk bagi puak pemberontak.

Bagaimanapun, Taliban mengesahkan letupan itu, namun menafikan berlaku sebarang kematian.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata letupan itu berlaku pada malam sebelumnya di sebuah bilik yang digunakan untuk menyimpan peluru, bukannya pada Sabtu lalu seperti dilaporkan oleh pihak kerajaan.

"Namun, kami dengan sekeras-kerasnya menolak dakwaan berlaku kematian, walaupun seorang.

"Terdapat pesawat musuh yang tiba pada waktu pagi untuk mengebom bilik terbabit, yang turut mengakibatkan kerosakan pada masjid berhampiran," katanya kepada Arab News melalui panggilan telefon.

Wilayah Balkh dilaporkan sebagai antara bahagian di Afghanistan yang paling selamat hingga beberapa tahun kebelakangan ini.

Puak Taliban dilihat meluaskan kuasanya di Balkh dari pangkalan kuasa tradisional di selatan dan tenggara negara itu sejak berlakunya pengurangan tentera Amerika Syarikat (AS) selain pertikaian dalam kalangan pemimpin kerajaan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

Afghan media under threat: Defiant broadcasters continue despite killings
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Belum tiba masanya untuk keluar dari Afghanistan - NATO

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menegaskan ia tidak akan mengeluarkan tenteranya dari Afghanistan 'sebelum tiba masanya'.


Ketua Setiausahanya, Jens Stoltenberg, berkata pihak gabungan itu berpegang kepada keputusan terbabit biarpun menteri-menteri pertahanan akan membincangkannya.

Menteri-menteri daripada 30 negara anggota NATO akan bertemu esok dan hari berikutnya untuk membincangkan perkara itu.

Ia susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, yang berikrar akan bekerjasama erat selepas ketegangan empat tahun di bawah era pentadbiran Donald Trump.

Agenda utama pertemuan secara maya itu akan menentukan nasib misi sokongan gabungan 9,600 askar bersekutu di Afghanistan selepas Trump melakukan perjanjian dengan Taliban untuk mengeluarkan tentera.

Kata Stoltenberg, penarikan itu kini di tangan Biden sama ada mahu bersetuju untuk kekal dengan keputusan yang menetapkan garis masa sehingga Mei itu atau mendapat tindak balas daripada pemberontak agama apabila kekal di situ.

"Tiada sekutu yang mahu berada di Afghanistan lebih lama daripada yang diperlukan, namun kami tidak akan pergi sebelum tiba masanya.

"Menteri-menteri akan terus menilai keadaan di situ dan memantau perkembangan dengan lebih dekat," katanya pada satu sidang akhbar.

Pentadbiran Biden berkata mereka akan mengkaji perjanjian itu dan Pentagon pula menuduh Taliban tidak memenuhi janjinya termasuk mengurangkan serangan serta memutuskan hubungan dengan kumpulan seperti al-Qaeda.

Menteri-menteri pertahanan tidak dijangka melakukan pengumuman yang konkrit berhubung pertemuan itu.

Bagaimanapun, sekutu NATO mahu AS berbincang lebih rapat dengan mereka selepas diketepikan ketika Trump mengarahkan pengurangan sehingga lebih 25,000 tentera pada Januari lalu.

Keganasan Taliban pula meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan, sekali gus mengancam perbincangan aman dengan kerajaan Kabul.

Kumpulan itu juga memberi amaran kepada menteri-menteri Nato supaya tidak terus kekal di Afghanistan dan berperang.

"Taliban perlu mengurangkan keganasan, berbincang dengan niat yang baik dan meneruskan komitmen untuk menghentikan kerjasama dengan kumpulan pengganas.

"Niat kita adalah jelas, Afghanistan tidak seharusnya menjadi syurga pengganas untuk menyerang negara kita," kata Stoltenberg lagi. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
New Zealand akhiri penempatan tentera di Afghanistan

WELLINGTON: New Zealand akan memanggil pulang kumpulan tenteranya di Afghanistan pada Mei ini, sekali gus mengakhiri pembabitan mereka dalam mengawal keamanan selama dua dekad di negara itu.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ketika mengumumkan perkara itu hari ini, berkata penyelesaian pergolakan di negara itu boleh dicapai menerusi proses keamanan secara dalaman dan ia bermakna, Pasukan Pertahanan New Zealand (NZDF) tidak lagi diperlukan.

"Selepas 20 tahun kehadiran NZDF di Afghanistan, sekarang tiba masanya untuk kita memanggil pulang dan mengakhiri penempatan tentera kita di negara berkenaan.

"Penempatan tentera kita di Afghanistan menjadi sejarah penempatan tentera terpanjang buat New Zealan.

Saya berharap 10 anggota NZDF yang kehilangan nyawa dalam tugasan serta lebih 3,500 anggota dan pegawai agensi lain yang bertungkus-lumus menjaga keamanan akan sentiasa dikenang," katanya dalam satu kenyataan.

New Zealand mula menghantar pasukan NZDF berkhidmat di Afghanistan sejak 2001 termasuk pasukan khas serta pegawai pakar latihan.

Bagaimanapun, bilangan anggota dan pegawainya semakin berkurangan tahun demi tahun dan kini hanya enam orang masing-masing di akademi latihan dan ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) .

Ardern menjelaskan, keputusan mengakhiri penempatan tentera itu selepas berbincang dengan 'sekutu' yang lain.

Sementara itu, Ketua Setiausaha NATO, Jens Stoltenberg berkata, pihak tentera gabungan tidak akan menarik semula pasukan dari Afghanistan 'sebelum tiba masanya'. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register