Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,137
Reaction score
4,421
Points
601
ISIS has claimed responsibility for an IED attack targeting a local official in the Khiwa District of Afghanistan's Nangarhar Province accused of working as a spy for the Afghan army.

ISIS has claimed responsibility for assassinating an official from local Afghan security forces in the eastern Afghan city of Jalalabad.

ISIS has claimed responsibility for attacking a Nigerian army barracks in the town of Marte in Nigeria's northeastern Borno State, allegedly killing 3.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,137
Reaction score
4,421
Points
601
cucidarah17_1610886505.jpg

Seorang lelaki mencuci kesan darah di lokasi dua hakim wanita ditembak mati di kabul, Afghanistan. - Foto AFP

2 hakim wanita mati ditembak di Kabul

KABUL: Dua hakim wanita yang bertugas di Mahkamah Agung maut ditembak dalam satu serangan di ibu negara Afghanistan hari ini, ketika beberapa siri pembunuhan lain menggegarkan negara itu.

Jurucakap Mahkamah Agung, Ahmad Fahim Qaweem, berkata dua hakim wanita terbabit diserang ketika mereka sedang menggunakan kereta mahkamah menuju ke pejabat.

"Malangnya, kami kehilangan dua hakim wanita dalam serangan hari ini. Pemandu mereka pula cedera," katanya kepada AFP.

Terdapat lebih 200 hakim wanita berkhidmat di mahkamah tertinggi negara itu, kata jurucakap berkenaan manakala polis Kabul mengesahkan serangan itu.

Keganasan memuncak di seluruh Afghanistan sejak beberapa bulan lalu walaupun rundingan damai berlangsung antara Taliban dan kerajaan, khususnya di Kabul, yang menjadi lokasi pembunuhan bersasar membabitkan individu berprofil tinggi.

Serangan terbaru itu berlaku dua hari selepas Pentagon mengumumkan sudah mengurangkan jumlah anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan kepada 2,500, jumlah terendah dalam tempoh hampir 20 tahun.

Mahkamah Agung Afghanistan pernah menjadi sasaran serangan pada Februari 2017, apabila seorang pengebom meletupkan diri di kawasan dipenuhi kakitangan mahkamah, mengorbankan 20 nyawa dan mencederakan 41 yang lain.

Sejak beberapa bulan lalu, beberapa individu penting di Afghanistan, merangkumi ahli politik, wartawan, aktivis, doktor dan pendakwa raya dibunuh di Kabul serta beberapa bandar lain.

Pihak berkuasa Afghanistan menuduh Taliban bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun kumpulan pemberontak berkenaan menafikannya manakala Daesh pula mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,137
Reaction score
4,421
Points
601
Mawlawi Abdul Raqib, the imam of a mosque in Jabal Saraj district of Parwan province, was killed in an attack by unidentified armed men in the district on Sunday evening, the provincial police said. #Afghanistan

At least 11 Taliban were killed and 6 were wounded in clashes in the Shulgara district of Balkh province on Sunday night, officials of the Afghan National Army's 209 Shaheen Corps said. #Afghanistan



#Afghanistan: 3 civilians were injured as a blast struck a vehicle in #Kabul on Jan 24. The attack has not been claimed by any terror group so far.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,137
Reaction score
4,421
Points
601
A source in Social Media reported about a shooting in Guzargah area of PD07 in #Kabul City today morning. Four attackers in a corolla type vehicle, reportedly targeted a Police Ranger with Small Arms Fire.



EsjVW1mXMAEikiW.jpg


EsjVYSGXUAACRz1.jpg


EsjVZDfW4AANpTA.jpg



In today's blast in #Kabul an armoured vehicle of the #Italian embassy targeted. as a result 2 have been reported wounded, sourced confirmed to me.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,137
Reaction score
4,421
Points
601
Afghanistan desak Biden tingkatkan tekanan terhadap Taliban

WASHINGTON: Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani semalam mendesak pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan terhadap Taliban dan tidak terburu-buru mengundurkan pasukan tentera.

Ghani berkata Taliban gagal memenuhi syarat dipersetujui dalam perjanjian Februari 2020 mereka dengan AS untuk mengurangkan serangan di Afghanistan dan memutuskan hubungan lama dengan Al-Qaeda.

"Amerika Syarikat dan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mesti berpegang teguh terhadap pendekatan berdasarkan syarat," kata Ghani dalam ucapan menerusi dalam talian di Forum Keselamatan Aspen.

"Mereka menandatangani perjanjian, perjanjian itu kini perlu dilaksanakan. "

Walaupun Taliban dan perunding pemerintah Afghanistan memulakan rundingan damai di Doha tahun lalu, keganasan di Afghanistan terus meningkat.

Ghani berkata Taliban perlu bertanggungjawab dan mengakui serangan ke atas pasukan tentera kerajaan dan siri pembunuhan tokoh masyarakat.

Taliban mengeksploitasi tindakan tergesa-gesa bekas presiden Donald Trump menarik pasukan tentera AS dari Afghanistan untuk terus menyerang pasukan tentera kerajaan, kata Ghani.

Selepas perjanjian AS-Taliban tahun lalu, pegawai AS meyakinkan Kabul "akan ada gencatan senjata atau pengurangan keganasan yang sangat besar," kata Ghani.

"Sebaliknya, keganasan memuncak," katanya.

Daripada meneruskan rundingan damai, Taliban didakwa terus mencari alasan untuk tidak mematuhinya.

Ghani berkata beliau bercakap dengan Setiausaha Negara AS yang baharu, Antony Blinken pada Khamis dan diberi jaminan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan mengkaji perkara itu dengan menghantar pasukan baharu ke Afghanistan, selain akan berunding dengan lebih dekat dengan Kabul.

Beliau berkata, Taliban percaya mereka berjaya mengalahkan AS dan pasukan NATO di Afghanistan pula kini seperti dalam pelarian.

"Sekarang, diplomasi yang mantap dan pendirian mengenai pendekatan berdasarkan syarat akan membolehkan kita semua berharap dapat meneruskan perbincangan yang bermakna," katanya.

AS mempunyai kira-kira 2,500 tentera di Afghanistan, jauh lebih rendah berbanding hampir 13,000 orang tahun lalu.

Dalam perjanjian pengunduran oleh pentadbiran Trump dengan Taliban, AS seharusnya menarik semua tentera keluar pada Mei 2021 sebagai balasan ke atas jaminan keselamatan daripada pemberontak.

Ghani berkata pasukan AS perlu kekal, tanpa menentukan berapa banyak. Beliau mengharapkan Biden membuat "keputusan yang tepat." - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,137
Reaction score
4,421
Points
601
8 tentera Afghanistan maut diserang Taliban

JALALABAD: Seorang pengebom bunuh diri memandu sebuah kenderaan dipenuhi bahan letupan ke dalam pangkalan tentera Afghanistan di sini, hari ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan anggota keselamatan dalam serangan didakwa dilakukan Taliban.

Serangan menjelang pagi itu berlaku di wilayah bergolak Nangarhar, di mana Taliban sudah melaksanakan beberapa serangan terhadap tentera kerajaan.

Ia berlaku dua hari selepas Pentagon memaklumkan, Taliban tidak menunaikan janji yang dibuat dalam perjanjian ditandatangani dengan Washington tahun lalu, termasuk mengurangkan keganasan dan memutuskan hubungan dengan Al-Qaeda.

Pejabat gabenor wilayah Nangarhar berkata, lapan anggota tentera itu terbunuh apabila pengebom itu merempuh pangkalan itu dengan menaiki Humvee.

Timbalan Ketua Majlis Wilayah Nangarhar, Ajmal Omar, mengesahkan serangan itu, namun memaklumkan jumlah anggota tentera yang maut adalah 15 orang, dan lima tercedera.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata kumpulan Itu bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Pejabat gabenor memaklumkan, pihak tentera merampas sebuah kenderaan lagi yang turut dipenuhi bahan letupan berhampiran bandar Jalalabad, ibu negeri Nangarhar.

Wilayah Nangarhar kerap menjadi sasaran serangan DAESH.

Dalam kejadian berasingan, dua bom di jalanan meletup di Kabul hari ini, namun tiada individu yang terkorban, kata polis.

Insiden keganasan tercetus di seluruh Afghanistan walaupun Taliban dan kerajaan negara itu sedang mengadakan rundingan damai sejak September tahun lalu.

Namun, rundingan itu masih gagal mencapai kata sepakat.

Pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) pimpinan Joe Biden mendakwa Taliban tidak mengurangkan keganasan walaupun sudah menandatangani perjanjian dengan Washington tahun lalu, yang menyatakan kumpulan itu perlu berbuat demikian.

Perjanjian itu memaksa Taliban menghentikan serangan terhadap anggota tentera AS, mengurangkan keganasan dengan mendadak serta melakukan rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan di Kabul.

Sebagai balasan, AS akan mengurangkan jumlah tenteranya dari negara itu secara berperingkat, dan mengeluarkan semua tenteranya menjelang Mei tahun ini. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register