Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601


14 کشته و 50 زخمی در دو انفجار در ولایت بامیان / Bamyan TV
 
Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
AFGHANISTAN_BOMB_BLAST_1606650615.jpg

Anggota pasukan keselamatan Afghanistan berkawal di lokasi serangan bom berani mati menyasarkan balai polis di Ghazni. - Foto AFP

30 maut akibat serangan pengebom berani mati di Afghanistan

GHAZNI: Seorang pengebom berani mati membawa kereta dan merempuh sebuah pangkalan tentera di Afghanistan hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 30 askar terkorban.

Pihak berkuasa melaporkan, ia adalah tragedi terburuk sejak beberapa bulan kebelakangan.

Serangan berlaku di pinggir bandar Ghazni, iaitu lokasi yang kerap dilaporkan berlaku pertempuran antara puak Taliban dan askar Afghanistan.

Ia adalah kejadian terbaru selepas kerajaan dan Taliban mengadakan rundingan damai bagi menamatkan perang sejak dua dekad lalu yang mengorbankan puluhan ribu orang.

Pengarah Hospital Ghazni, Baz Mohammad Hemat, berkata setakat ini 30 orang dilaporkan meninggal dunia dan 17 lagi mengalami kecederaan.

"Kesemua mereka adalah dalam kalangan askar," katanya kepada AFP.

Ahli majlis wilayah Ghazni, Nasir Ahmad Faqiri, mengesahkan angka kematian akibat serangan berdarah itu.

Sementara itu, jurucakap Menteri Dalam Negeri, Tariq Arian, berkata seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang dipenuhi bahan letupan.

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas dua letupan membunuh 14 individu di bandar bersejarah, Bamiyan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa siri serangan kejam mengakibatkan lebih 50 penduduk di Kabul meninggal dunia, termasuk serangan roket membabitkan beberapa pusat pendidikan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
Tehrik-e-Taliban Pakistan (the Pakistani Taliban) has claimed responsibility for yet another attack on Frontier Constabulary (FC) forces in the Tangi Badinzai area of Pakistan's South Waziristan Agency.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register