Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
AFGHANISTAN_KABUL_ATTACK2-2111_1606041996.jpg

Pegawai keselamatan memeriksa kenderaan yang musnah dalam serangan roket ke Kabul. - Foto EPA

Afghanistan bersumpah untuk mengesan penyerang Kabul

KABUL: Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh berikrar mencari dalang yang melancarkan serangan roket ke ibu negara itu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, walaupun militan DAESH mengaku bertanggungjawab.

Roket yang disasarkan ke beberapa daerah yang padat di Kabul semalam termasuk di dalam dan sekitar Zon Hijau yang menempatkan kedutaan dan syarikat asing.

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo berunding dengan pemerintah Taliban dan Afghanistan di Qatar, di saat ada tanda kemajuan dalam perbincangan antara kedua-dua kumpulan yang berperang itu.

"Kami akan mencari jaringan yang memudahkan pengangkutan bahan (roket) yang digunakan dalam serangan itu," kata Saleh di laman Facebooknya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai keselamatan.

Saleh berkata, serangan itu menyebabkan 10 orang mati dan 51 yang lain cedera. Beberapa bangunan rosak, termasuk kedutaan Iran dan kompleks perubatan.

Dalam pada DAESH mengakui melakukan serangan itu, pihak berkuasa negara itu menyalahkan Taliban, bagaimanapun mereka sudah menafikan dakwaan itu.

Serangan itu adalah yang ketiga dalam masa kurang dari sebulan disasarkan ke ibu negara itu yang kini dituntut DAESH.

Dua serangan sebelum ini menyasarkan pusat pendidikan dan membunuh hampir 50 orang, kebanyakannya pelajar.

Pemerintah Taliban dan Afghanistan kini terbabait dalam rundingan damai di Doha sejak 12 September, namun keganasan terus berlanjutan.

"Dalam tempoh enam bulan terakhir, Taliban melakukan 53 serangan bunuh diri dan meledakkan 1,250 alat letupan yang menyebabkan 1,210 orang awam mati dan 2,500 cedera," menurut Kementerian Dalam Negeri minggu ini. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
ISIS has claimed responsibility for firing 28 Katyusha rockets targeting the Green Zone in the Afghan capital Kabul.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
AFGHANISTAN-CONFLICT-BLASTS-BAMIYAN_1606276739.jpg

Sukarelawan mengangkat mayat mangsa dua letupan di Bamiyan untuk dibawake hospital. - Foto AFP

14 maut akibat letupan di bandar bersejarah Afghanistan

KABUL: Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 14 maut di Afghanistan semalam, dalam letupan berkembar yang meletus di bandar bersejarah Bamiyan, iaitu tempat kediaman ramai ahli etnik minoriti Syiah, Hazara.

Ketua Polis Bamiyan, Zabardast Safi, berkata antara yang turut terbunuh dalam dua letupan bom itu ialah anggota polis trafik.

"Seramai 14 terbunuh, manakala lebih 45 individu lagi cedera dalam kejadian itu," katanya kepada AFP.

Jurucakap Polis Bamiyan, Reza Yosufi pula mengesahkan letupan berlaku di dua lokasi berasingan dan dua suspek sudah ditahan untuk siasatan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Arian yang mengesahkan perkara terbabit berkata, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan di Bamiyan.

"Ini adalah perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan," katanya.

Insiden itu dilihat menggegarkan bandar terpencil terbabit selepas beberapa tahun ia dilihat aman dan usahanya cuba mengelakkan serangan berskala besar yang biasa terjadi di kawasan lain di negara sedang dilanda perang.

Dua letupan bom itu adalah serangan terbesar terbaharu di Afghanistan, di mana keganasan dilihat semakin menjadi-jadi dalam tempoh beberapa bulan, walaupun perunding Taliban dan kerajaan Afghan bertemu untuk rundingan kedamaian di ibu negeri Qatar, Doha.

Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian terbabit, manakala Taliban pula menafikan pembabitan mereka.

Menurut seorang penduduk tempatan, Anwar Saadatyar, letupan itu berlaku di hadapan pasar dan berdekatan hospital di Bamiyan.

"Apabila saya tiba di pasar, saya dapat melihat darah dan anggota badan mangsa di merata-rata. Letupan berlaku ketika orang ramai sibuk membeli barangan," katanya ketika dihubungi AFP.

Saadatyar berkata, dalam letupan kedua berhampiran hospital, kebanyakan yang menjadi korban ialah pelajar universiti.

"Saya melawat hospital itu selepas kejadian dan melihat ramai orang menangis berikutan terdapat ahli keluarga mereka yang terbunuh atau cedera akibat letupan itu, " katanya. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register