Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
AFGHANISTAN_UNIVERSITY_ATTACK_1604366594.jpg

Pasukan keselamatan Afghanistan dilhat memasuki Universiti Kabul di mana sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh. - Foto EPA

Daesh serang Universiti Kabul, 22 terbunuh, 22 cedera

KABUL: Sekurang-kurangnya 22 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan Daeh terhadap Universiti Kabul di Afghanistan.

Mereka terbunuh selepas pengganas Daesh menyerbu universiti utama Afghanistan itu menggunakan pengebom berani mati dan melepaskan tembakan rambang dalam serangan beberapa jam itu.

Serangan terhadap Universiti Kabul itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang dua minggu di mana Daesh menyasarkan institusi pendidikan, sejak keganasan semakin memuncak beberapa minggu kebelakangan ini.

Mangsa yang terselamat berkata kemusnahan teruk berlaku selepas pengebom berani mati meletupkan diri di dalam kampus sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Dua lelaki bersenjata dilihat melepaskan tembakan rambang, menyebabkan ratusan pelajar lari bertempiaran termasuk memanjat dinding.

Pelajar berusia 23 tahun, Fraidoon Ahmadi, memberitahu AFP beliau berada dalam kelas ketika serangan berlaku.

"Kami amat takut dan menganggap sudah sampai ke penghujung nyawa ... kami menjerit dan berdoa supaya diselamatkan," katanya.

Menurutnya, beliau dan pelajar lain diserang lebih dua jam sebelum dapat diselamatkan.

Imej dalam talian menunjukkan mayat pelajar yang terbunuh bergelimpangan di antara meja dan kerusi yang berselerakan.

"Mereka menembak secara rambang... semua rakan sekelas saya bermandikan darah, mati atau cedera," kata seorang pelajar kepada stesen televisyen tempatan, yang mendakwa berjaya keluar mengikut jendela bagi menyelamatkan diri.

Sementara itu, Daesh mengakui dua pejuangnya melakukan serangan pagi semalam itu.

"Dua pejuang Daesh berjaya menyerang perhimpunan anjuran kerajaan Afghanistan di Universiti Kabul bagi meraikan hakim dan pegawai penyiasat yang menamatkan kursus

"Mereka menyasarkan graduan terbabit menggunakan senjata separa automatik sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan," kata cabang propaganda Daesh, Amaq.

Kementerian Kesihatan Awam mengesahkan sekurang-kurangnya 22 terbunuh manakala lebih 22 cedera, dengan sebahagian besar mangsa adalah pelajar.

Serangan sebelum ini yang turut menyasarkan pelajar sebelum ini mengakibatkan 24 maut. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601

At least 22 dead as gunmen target students at Afghanistan's Kabul University
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Taliban gesa Biden komited perjanjian damai dengan Afghanistan

KABUL: Kumpulan Taliban di Afghanistan semalam menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kekal komited pada Perjanjian Damai Doha, yang ditandatangani ketika pentadbiran Donald Trump.

Dalam kenyataan pertama selepas kemenangan Biden dalam pilihan raya Presiden AS, Taliban berkata, Perjanjian Damai Doha adalah 'dokumen terbaik untuk menamatkan perang serta demi masa hadapan lebih baik untuk kedua-dua pihak', menurut laporan agensi berita, Anadolu.

Kenyataan itu dimuat naik dalam laman propaganda kumpulan itu kepada Biden dan pentadbiran baharu AS, bahawa mengeluarkan semua tentera AS dari Afghanistan adalah untuk kebaikan rakyat dan kedua-dua negara.

Taliban turut menzahirkan komitmen terhadap perjanjian itu.

"Presiden AS dan pentadbiran baharu perlu waspada kerana ada dikalangan individu dan kumpulan yang ingin mengekalkan peperangan dan memastikan AS sentiasa terpalit dalam konflik untuk kepentingan peribadi dan kuasa," kata Taliban dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat ketika kerajaan Afghanistan terus menyalahkan pemberontakan itu terhadap peningkatan serangan pengganas di negara berkenaan.

Isnin lalu, Naib Presiden Kedua Afghanistan, Sarwar Danish menggesa pentadbiran baharu AS di bawah Biden untuk mempertimbang semula rundingan damai dengan Taliban, mendakwa kumpulan pemberontak itu tidak percayakan penyelesaian damai dalam konflik berkenaan.

Ketika pentadbiran Trump, perjanjian ditandatangani antara AS dan Taliban membuka jalan kepada rundingan damai dalam Afghanistan di Doha, antara kerajaan Kabul dan Taliban.

Bagaimanapun, belum ada kemajuan yang jelas dalam rundingan di ibu negara Qatar itu sejak ia bermula pada 12 September lalu. - AGENSI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register