Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,623
Reaction score
4,320
Points
201
AFGHANISTAN-CONFLICT_1603855614.jpg

Mangsa serangan bom kereta di ibu pejabat polis Afghanistan di Khost sedang menerima rawatan. - Foto AFP

Ibu pejabat polis Afghanistan diserang, 5 maut, puluhan cedera

KHOST: Serangan selama beberapa jam terhadap ibu pejabat polis Afghanistan membabitkan bom kereta dan pertempuran senjata api meragut nyawa lima anggota polis dan mencederakan puluhan individu.

Serangan dilaporkan berlaku hampir setiap hari membabitkan pejuang Taliban dan tentera kerajaan, walaupun rundingan damai di bawah penyelarasan perunding kanan Amerika Syarikat (AS) sedang berjalan.

Ketua Polis Khost, Ghulam Daud Tarakhil, memberitahu AFP bahawa tiga pengebom bunuh diri meletupkan kenderaan mereka dengan menyasarkan ibu pejabat polis di Khost, berhampiran sempadan Pakistan.

"Terdahulu, katanya, beberapa penembak menyerbu masuk premis itu dan menyerang anggota polis.

"Seorang pengebom bunuh diri meletupkan kenderaannya di pagar ibu pejabat polis pada awal pagi, manakala dua lagi berbuat demikian ketika tembak-menembak antara polis dan pengganas berlaku.

"Pertempuran sengit yang berlanjutan hampir sembilan jam antara militan dan pihak keselamatan itu berakhir dengan kematian tujuh militan," katanya.

Tambah beliau, serangan itu menyebabkan lima anggota polis maut dan mencederakan 33 individu lain, termasuk sembilan orang awam.

Belum ada mana-mana kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit, namun pihak berkuasa memaklumkan Khost adalah lokasi aktif militan Taliban dan pejuang al-Qaeda.

Dalam serangan berasingan di bandar itu semalam, tiga orang awam terbunuh dan 10 individu cedera apabila bom yang dilekatkan pada sebuah kereta meletup berhampiran Lapangan Terbang Kabul, kata polis.

Keganasan berlaku di seluruh Afghanistan sejak beberapa minggu lalu ketika Taliban dan kerajaan Afghanistan mengadakan rundingan damai bagi mengakhiri konflik berpanjangan di negara itu. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register