Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201

Afghanistan fighting continues despite peace talks
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201

Afghanistan: US stands down in Helmand, Taliban to do the same
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
25 anggota keselamatan maut dalam serang hendap Taliban
AFGHANISTAN-CONFLICT_1603288147.jpg

Sanak saudara berdiri di sisi keranda seorang anggota tentera Afghanistan yang terbunuh dalam serangan terbaru. - Foto AFP

KUNDUZ: Sekurang-kurangnya 25 anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh dalam serang hendap yang dipercayai dilakukan Taliban, kata sumber rasmi.

Serangan hendap itu dilakukan walaupun Taliban memberi jaminan kepada Washington untuk mengurangkan keganasan minggu lalu.

Pasukan keselamatan itu diserang semalam di wilayah Takhar dan pertempuran masih berlarutan, kata jurucakap Gabenor wilayah, Jawad Hejri, yang mengesahkan 25 orang maut dalam serangan itu.

"Pasukan Taliban mengambil kedudukan di dalam rumah sekitar kawasan berkenaan dan menyerang pasukan kami yang sedang melakukan operasi memerangi musuh," katanya.

Pengarah kesihatan wilayah Takhar, Abdul Qayoum, berkata secara keseluruhan 34 pegawai keselamatan terbunuh, termasuk timbalan ketua polis wilayah.

Puak Taliban setakat ini tidak mengulas mengenai serangan berkenaan.

Walaupun rundingan damai sudah bermula di Qatar, kumpulan pelampau itu masih meningkatkan tahap keganasan di Afghanistan.

Satu serangan besar oleh Taliban di wilayah Helmand minggu lalu memaksa orang ramai meninggalkan kediaman masing-masing, manakala letupan bom kereta di ibu pejabat polis di Ghor meragut 16 nyawa dan mencederakan 154 yang lain. - AFP

Sementara itu, di Jalalabad, sekurang-kurangnya 11 wanita Afghanistan dilaporkan maut selepas diasak ribuan orang berkumpul di sebuah stadium bola sepak bagi memohon visa Pakistan.

Tragedi itu berlaku di wilayah Nangarhar di mana ribuan orang berkumpul bagi memohon visa selepas Konsulat pakistan dibuka semula selepas tujuh bulan ditutup akibat pandemik COVID-19.

Antara yang maut termasuk warga tua dan wanita mengandung termasuk seorang yang melahirkan bayi dalam kekalutan yang berlaku, mengakibatkan kecederaan parah tetapi bayinya tidak dapat diselamatkan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Serangan di pusat pendidikan

KABUL: Militan Daesh mengaku pengikutnya meletupkan diri berhampiran pusat pendidikan di sini hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 18 individu dan mencederakan 30 yang lain.

Kementerian Dalam Negeri berkata, serangan berlaku lewat tengah hari di pusat yang menawarkan latihan dan kursus pendidikan tinggi di barat Kabul.

"Pengebom nekad cuba memasuki pusat pendidikan berkenaan.

"Bagaimanapun, dia dikenal pasti oleh pengawal keselamatan pusat berkenaan.

"Selepas itu, dia meletupkan bahan letupannya di lorong," kata Tareq Arian, jurucakap kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Tareq berkata, laporan awal menunjukkan 13 orang terbunuh dan 30 cedera.

Penduduk di beberapa daerah di barat Kabul tergolong dalam masyarakat minoriti Syiah Hazara yang sering menjadi sasaran ekstemis Sunni kumpulan militan.

Sebelum ini, ekstremis menyasarkan beberapa pusat pendidikan dan kemudahan lain di kawasan itu.

Pada Mei lalu, kumpulan lelaki bersenjata pada waktu siang menyerang hospital di barat Kabul, yang menyebabkan beberapa wanita dan ibu maut.

Lelaki bersenjata itu ditembak mati selepas bertempur berjam-jam dengan pasukan keselamatan. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register