Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,366
Reaction score
4,272
Points
201
8 terbunuh dalam serangan menyasarkan gabenor Afghanistan
agan_1601897642.jpg

Pasukan keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi serangan bom kereta yang menyasarkan konvoi gabenor wilayah Laghman di Mihtarlam, wilayah Laghman. - Foto AFP

JALALABAD: Satu serangan bunuh diri yang menyasarkan seorang gabenor wilayah Afghanistan membunuh sekurang-kurangnya lapan orang hari ini, kata pegawai, ketika presiden melakukan perjalanan ke Qatar di mana perbincangan damai dengan Taliban terhenti.


Seramai 28 orang cedera apabila penyerang merempuh kenderaannya yang penuh dengan bahan letupan ke konvoi Rahmatullah Yarmal, gabenor wilayah timur Laghman.

"Gabenor memandu ke pejabatnya ketika keretanya dilanggar. Empat pengawalnya dan empat orang awam terbunuh, 28 cedera," kata jurucakap gabenor, Assadullah Daulatzai kepada AFP, sambil menambah bahawa gabenor itu tidak cedera.

Jurucakap kementerian dalam negeri, Tareq Arian mengesahkan serangan itu dan mengatakan kebanyakan yang cedera adalah orang awam.

Ia berlaku ketika Presiden Ashraf Ghani berangkat ke Doha hari ini untuk bertemu dengan pegawai Qatar, tiga minggu selepas pelancaran rundingan damai penting antara pemerintah Afghanistan dan Taliban.

Ghani terlebih dulu akan berhenti di Kuwait untuk mengucapkan takziah atas kematian emir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, kata jurucakapnya, Sediq Sediqqi.

Rundingan antara Taliban dan perunding pemerintah Afghanistan, yang bertujuan mengakhiri konflik Afghanistan selama 19 tahun, telah terhenti kerana ketidaksetujuan mengenai bagaimana menetapkan kod tingkah laku yang akan menjadi panduan rundingan yang lebih luas.

Taliban, yang adalah penyokong kuat Ahli Sunnah, berkeras untuk mematuhi mazhab Hanafi dalam fahaman Islam Ahli Sunnah, tetapi perunding kerajaan mengatakan itu boleh digunakan untuk mendiskriminasi Hazaras, yang sebahagian besar adalah Syiah, dan minoriti lain di negara itu.

Topik lain yang diperdebatkan ialah bagaimana perjanjian AS-Taliban akan membentuk perjanjian damai masa depan dan bagaimana ia akan dirujuk.

Setakat ini belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas serangan Laghman, tetapi Taliban aktif di wilayah itu.

Pada Sabtu, seorang pengebom bunuh diri meletupkan kenderaan yang penuh dengan bahan letupan di pintu masuk sebuah bangunan pentadbiran di wilayah timur Nangarhar, membunuh 15 orang, kebanyakan orang awam, kata pegawai. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,366
Reaction score
4,272
Points
201
Afghanistan bimbang Taliban kembali berkuasa
taliban_1601980964.jpg

Taliban cuba untuk berkuasa semula dengan menandatangani perjanjian pengunduran tentera bersama Washington dan melaksanakan rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan. - Foto AFP

KABUL: Hampir dua dekad selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap regim Taliban dan memulakan perang terpanjang dalam sejarah negara itu, tenteranya masih kekal dalam posisi terkuat.

Pencerobohan ke atas Afghanistan menyusul selepas serangan pada 7 Oktober 2001 yang menyaksikan kejatuhan militan Al-Qaeda, iaitu kumpulan yang didakwa terbabit dalam serangan 11 September yang mengorbankan lebih 3,000 penduduk AS.

Kini, selepas 19 tahun sejak jatuhnya pemerintahan Taliban, puak militan itu cuba untuk berkuasa semula di negara itu antaranya dengan menandatangani perjanjian pengunduran tentera bersama Washington pada Februari dan sedang melaksanakan rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan.

Kebimbangan dalam kalangan rakyat Afghanistan muncul berikutan keganasan yang dilakukan ketika era pemerintahan mereka dengan membunuh wanita yang dituduh berzina, menyerang kumpulan minoriti agama dan tidak membenarkan pelajar perempuan ke sekolah.

"Saya masih ingat, pemerintahan regim Taliban umpama mimpi ngeri.

"Kami amat bimbang akan masa depan keluarga terutama anak perempuan," kata seorang ibu berusia 26 tahun yang menetap di Kabul, Katayoun Ahmadi.

Pencerobohan AS pada 2001 memperlihatkan beberapa perubahan terutama bagi generasi muda khususnya wanita di negara itu.

Di bawah pemerintahan Taliban, wanita dilarang mendapatkan pendidikan atau bekerja, antara hak yang sangat dilindungi golongan wanita profesional Afghanistan hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini dalam rundingan damai di Doha yang bermula sejak bulan lalu, Taliban tidak menyentuh secara terperinci berhubung hak wanita dan kebebasan bersuara. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,366
Reaction score
4,272
Points
201
Serangan Taliban di selatan Afghanistan, ribuan larikan diri
AFGHANISTAN-CONFLICT-SOCIETY_1602673225.jpg


LASHKAR GAH: Puluhan ribu penduduk di selatan Afghanistan meninggalkan kediaman masing-masing susulan pertempuran antara Taliban dan tentera.

Pihak berkuasa berkata keganasan semakin memuncak di sebalik rundingan damai yang sedang dijalankan.

Militan Taliban melancarkan beberapa siri serangan di bandar Lashkar Gah, Helmand Ahad lalu, yang memaksa Amerika Syarikat (AS) mengerahkan serangan udara bagi mempertahankan tentera Afghanistan.

Pertempuran itu menyebabkan penduduk setempat melarikan diri menggunakan motosikal, teksi dan bas dengan anggaran lebih 5,100 keluarga atau 30,000 orang sudah melarikan diri setakat ini.

Pengarah Jabatan Pelarian di Helmand, Sayed Mohammad Ramin, memberitahu AFP bahawa sesetengah keluarga terpaksa tinggal di jalanan di Lashkar Gah kerana pihaknya kehabisan khemah.

Penduduk tempatan, Hekmatullah, memberitahu AFP beliau terpaksa melarikan diri apabila rumah jirannya dibedil mortar, yang meragut nyawa dua wanita.

Seorang petani, Attaullah Afghan, yang melarikan diri bersama 12 ahli keluarganya, berkata pertempuran sangat sengit hingga tiada masa untuk membawa bersama pakaian, hanya sempat selamatkan keluarga.

Pertempuran meletus sekurang-kurangnya di empat daerah setakat hari ini, kata pihak berkuasa Afghanistan, yang memaklumkan pihak tentera membalas beberapa serangan Taliban di kawasan terbabit.

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata ribuan melarikan diri dan menggesa pejuang Taliban serta tentera mengambil langkah melindungi orang awam, termasuk memberi laluan selamat kepada mereka.

Pertembungan antara dua helikopter di Nawa, Helmand awal hari ini, turut membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang, kata jurucakap gabenor tempatan, Omar Zhwak. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register