Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Fighting continues in Afghanistan as gov’t and Taliban meet


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
US envoy Khalilzad: We are watching the Afghan peace process | Talk to Al Jazeera


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Afghanistan government says it hopes to reach ceasefire in Doha talks with Taliban - Al Jazeera

CAIRO (Reuters) - Afghanistan’s government delegation to the Afghan negotiations said on Thursday “we hope to reach a ceasefire,” the delegation spokesman told Qatari-owned Al-Jazeera TV.

Talks between the Afghan government and the Taliban to try to end 19 years of war in Afghanistan began in the Qatari capital Doha on Saturday.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Puluhan maut dalam pertempuran Taliban-Afghanistan

JALALABAD: Puluhan terbunuh dalam pertempuran sengit antara pasukan tentera Afghanistan dan pejuang Taliban di wilayah timur yang sedang bergolak.

Serangan berlaku ketika perunding Kerajaan Afghanistan dan Taliban sedang menjalankan rundingan damai di Qatar, bertujuan menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama.

Menurut jurucakap gabenor Nangarhar, Attaulah Khogyani kepada AFP, pertempuran di tiga daerah di wilayah Nangarhar itu berlaku ketika pejuang Taliban menyerang beberapa pusat pemeriksaan pasukan Afghanistan dan militan pro-kerajaan.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 11 anggota keselamatan Afghanistan terbunuh dalam serangan di Hesarak, manakala lapan militan pro-kerajaan dilaporkan terkorban dalam satu lagi serangan.

Khogyani berkata, sekurang-kurangnya 30 pejuang Taliban turut maut dalam pertembungan itu termasuk beberapa warga asing.

Dalam pada itu, kumpulan pemberontak paling ganas itu enggan memberikan sebarang komen berkaitan serangan terbabit.

Menteri Pertahanan Afghanistan, Asadullah Khalid, menyalahkan Taliban berhubung serangan itu.

"Tidak ada serangan daripada pihak kami... kumpulan musuh terus menyerang sehingga menyebabkan tentera Afghanistan terkorban," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan empat pesawat Super Tucano A-29 oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) kepada Afghanistan.

Sebagai rekod, rundingan damai yang sekian lama tertangguh antara perunding Kerajaan Afghanistan dengan Taliban menandakan potensi mencapai kejayaan bersejarah bagi mengakhiri kemelut perang selama 19 tahun di Afghanistan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Lebih 30 anggota Taliban maut diserang

KABUL : Pasukan tentera udara Afghanistan melancarkan beberapa serangan ke atas kedudukan Taliban semalam membunuh lebih 30 pemberontak, ketika Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, sekali lagi menggesa gencatan senjata diadakan.

Puak Taliban mendakwa serangan itu turut mengorbankan kira-kira 24 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, ketika rundingan damai sedang dalam proses di Qatar sekarang.

Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan di Twitter, berkata pagi ini puak Taliban menyerang kedudukan tentera di daerah Khan Abad, dalam wilayah Kunduz .

"Pasukan tentera membalas semula serangan berkenaan, menggunakan prosedur pertahanan aktif.

"Lebih 30 anggota Taliban termasuk dua komander terbunuh dalam serangan terbabit," katanya.

Taliban pula, dalam satu kenyataan balas, menafikan pejuang mereka terbunuh dan sebaliknya mendakwa serangan itu meragut nyawa kira-kira 24 orang awam.

Menurut Kementerian Pertahanan Afghanistan, mereka ambil maklum dakwaan berkenaan dan akan melancarkan siasatan.

Pengarah hospital tempatan, Mohammad Naeem Mangal, berkata tiga orang awam maut manakala tiga lagi cedera dan dibawa ke premis itu untuk rawatan lanjut.

Serangan itu dilancarkan sejurus sebelum Ashraf sekali lagi menggesa gencatan senjata dilakukan bagi melindungi rakyat, mencegah keganasan dan mencapai keamanan berterusan.

Permintaan itu bagaimanapun tidak dihiraukan kumpulan pemberontak setakat ini, walaupun mengadakan dua perjanjian damai pendek, sebelum siri rundingan bermula minggu lalu di Doha. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
taliban_1600731725.jpg

Taliban menyerang anggota keselamatan Afghanistan di wilayah Uruzgan. Gambar fail AFP

14 anggota keselamatan Afghanistan maut bertempur dengan Taliban

KANDAHAR: Seramai 14 tentera dan polis Afghanistan dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam pertempuran sengit dengan anggota Taliban di selatan negara itu, semalam.

Pegawai kerajaan menjelaskan anggota Taliban melancarkan serangan pada lewat malam di beberapa lokasi pasukan keselamatan Afghanistan berkawal di wilayah Uruzgan.

Kata pegawai, serangan mengejut itu mengakibatkan ramai anggota keselamatan negara itu terkorban manakala wilayah Gizab yang dikawal kerajaan dikatakan berisiko jatuh ke pihak Taliban.

"Pertempuran sengit masih berlaku, pasukan kami terpaksa berundur daripada beberapa tempat kawalan," kata j Zelgai Ebadi, jurucakap gabenor wilayah.

Sementara itu, Ketua Majlis Wilayah Uruzgan, Amir Mohammad Barekzai berkata, pertempuran semakin menghampiri ibu pejabat polis dan pihak keselamatan memerlukan bantuan anggota tambahan.

Pertempuran berlaku ketika Taliban dan kerajaan Afghanistan bertemu di Doha, Qatar untuk berunding bagi menamatkan konflik yang berlarutan sehingga 19 tahun. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
28 polis dibunuh Taliban

KABUL: Seramai 28 anggota polis dibunuh pemberontak Taliban dalam kejadian di daerah Gizab dalam wilayah Uruzgan di selatan Afghanistan.

Jurucakap Gabenor Uruzgan, Zelgai Ebadi, berkata pemberontak terbabit pada mulanya menawarkan 28 anggota berkenaan peluang untuk pulang jika mereka menyerah diri.

"Bagaimanapun, selepas anggota terbabit menyerahkan senjata mereka, Taliban membunuh mereka semua," katanya.

Ketua pihak berkuasa tempatan, Amir Mohamad Barekzai turut mengesahkan jumlah kematian dan memberitahu pertempuran masih berlaku.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada anggota keselamatan terbabit dibunuh sebelum atau selepas menyerah diri.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Yusuf Ahmad, menerusi ciapan di Twitter menafikan dakwaan terbabit.

"Dakwaan musuh kononnya mereka (anggota keselamatan) dibunuh selepas menyerah diri adalah tidak berasas. Mujahidin (pejuang Taliban) berulang kali meminta mereka meletakkan senjata tetapi mereka terus melawan," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
AFGHANISTAN_BOMB_BLAST_1601779457.jpg

Anggota keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi kejadian serangan berani mati di hadapan pejabat Direktorat Keselamatan Negara di Nangarhar. - Foto EPA

15 terbunuh, serangan berani mati di Kabul

KABUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh dalam serangan berani mati di Afghanistan semalam, insiden terbesar pertama selepas rundingan di antara Taliban dan perunding kerajaan dimulakan sejak tiga minggu lalu.

Dalam serangan di luar sebuah bangunan kerajaan di timur bandar Nangarhar, sebuah kenderaan dipenuhi bahan letupan diletupkan di pintu masuk bangunan berkenan.

"Beberapa penyerang bersenjata cuba memasuki kawasan itu selepas serangan berkenaan tetapi ditembak oleh pasukan keselamatan.

"Mangsa yang terkorban termasuk pelajar sekolah, manakala masjid berdekatan turut musnah akibat kejadian itu," kata jurucakap Gabenor Nangarhar, Attaulah Khogyani ketika dihubungi Arab News.

Video yang didakwa berkaitan dengan serangan itu turut tersebar di media sosial.

Ia memaparkan visual beberapa bilik dan bahagian utama bangunan itu musnah akibat letupan kuat yang turut mengakibatkan kerosakan teruk kepada beberapa kenderaan di sekitarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran, Obaidullah Shinwari, berkata angka kematian dijangka meningkat.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Aryan, berkata sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam serangan berkenaan.

Walaupun masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, Aryan berkata, kemungkinan ia adalah perbuatan Taliban dan menyifatkan insiden itu sebagai satu jenayah besar kepada penduduk di negara itu.

Sementara itu, penganalisis, Shafiq Hapal pula berkata, serangan itu berkemungkinan bagi menggagalkan proses rundingan damai Qatar di antara Taliban dan Afghanistan.

"Ini boleh menjejaskan dan membawa kesan yang buruk dalam proses rundingan Qatar sekiranya Taliban terbukti terbabit dalam serangan berkenaan," katanya.

Wakil khas Amerika Syarikat, Zalmay Khalilzad terbang ke Qatar, Khamis lalu bagi memulakan semula proses perbincangan membabitkan perunding kedua belah pihak, sekali gus menandakan potensi untuk mencapai kejayaan bersejarah dalam kemelut perang selama 19 tahun di Afghanistan. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Pengunduran AS di Afghanistan

CHINA mempunyai kepentingan di Afghanistan dan kehadi-ran pengaruh China dijangka meningkat apabila tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari Afghanistan menjelang pertengahan 2021.


Tidak kira sama ada Donald Trump atau pencabarnya bekas Timbalan Presiden, Joe Biden daripada Parti Demokrat akan memenangi Pilihan Raya Presiden pada November 2020 nanti, yang pasti tentera AS akan berundur dan angka dikurangkan di bawah 2,000 anggota.

Sejak September, rundingan damai intra-Afghanistan antara pihak kerajaan dan Taliban diadakan di Doha, Qatar. Rundingan damai intra Afghanistan merupakan hasil daripada penandatanga-nan Perjanjian AS-Taliban pada Februari 2020.

Selain itu, ia juga telah memberi peluang kepada negara-negara jiran seperti China, Pakistan, Iran dan India untuk cuba memperluaskan pengaruh di Afghanistan.

China mempunyai pandangan berbeza kerana melihat Afghanistan sebagai sebuah negara yang amat berpotensi. Kedudukan geografi Afghanistan mampu berfungsi sebagai koridor ‘ke arah Barat’ atau March West menyambungkan China dengan negara-negara Asia Tengah yang lain seperti Uzbekistan dan Turkmenistan serta Iran, seterusnya ke Teluk Parsi.

Koridor March West amat penting bagi China kerana ia sebahagian daripada Belt and Road Initiative (BRI). Presiden China, Xi Jinping telah melancarkan BRI pada tahun 2013 yang bermatlamat mewujudkan jalinan kerjasama ekonomi antara China dengan negara-negara di Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Tenggara, Asia Barat sehingga Eropah.

Pada masa kini, antara projek utama BRI di rantau Asia Tengah ialah Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) dan China merancang untuk memperluaskan jalinan ke Afghanistan supaya mampu menghubungkan republik-republik Asia Tengah dan Iran dengan pengaruh ekonomi China.

Sebenarnya sebelum pelancaran BRI, China telah menunjukkan minatnya terhadap Afghasnistan. China menganggarkan jumlah kekayaan semula jadi Afghanistan sebanyak satu trilion Dollar AS. Pada tahun 2008, beberapa syarikat multinasional China telah melabur di Afghanistan, namun pelaburan itu masih kurang berjaya disebabkan tiada kestabilan dan keselamatan di Afghanistan.

Oleh itu, China sedang berusaha memastikan agar politik dan keselamatan Afghanistan stabil supaya kepentingan ekonomi, khasnya rancangan BRI dan Jalan Sutera Baru atau New Silk Road terjamin. China sedar keselama-tan dan kestabilan rantau Asia Tengah khasnya wilayah Xinjiang Uyghur Automous Region (XUAR) banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan di Afghanistan.

Strategi cheque book diplomacy telah digunakan oleh China dengan menawarkan bantuan pembangunan, misalnya pembinaan jalan raya, jambatan, menyediakan bekalan air di kawasan luar bandar, pinjaman kepada kerajaan Afghanistan dan Taliban.

Maklamat bantuan pembangunan adalah supaya ia mampu meningkatkan taraf kehidupan penduduk Afghanistan serta memperolehi pekerjaan stabil agar mereka tidak terlibat dalam aktiviti keganasan dan keamanan dapat dipulihkan.

Selain itu, China tidak mahu pihak Taliban memberi sokongan kepada gerakan pemisah Uyghur di Xinjiang dan menyertai masyarakat antarabangsa mengkritik China atas layanan terhadap penduduk minoriti Uyghur.

Terdapat berita yang mendakwa bahawa selepas pengunduran tentera AS dari Afghanistan, China juga berhasrat mendirikan pengkalan tentera khasnya di Korridor Wakhan yang menghubungkan China dan Afghanistan. Tujuan pengkalan itu adalah untuk membanteras aktiviti pengganas daripada merebak ke wilayah Xinjiang. Namun, China telah menafikan berita sebagai palsu.

Yang pasti, selepas pengunduran tentera AS, kerajaan Afghanistan perlu memperoleh bantuan dan kerjasama dari negara-negara jiran seperti China, Pakistan dan Iran dalam bidang keselama-tan, perdagangan serta pembangunan. China merupakan sebuah kuasa besar yang mana Afghanistan boleh peroleh bantuan dalam era pasca-tentera AS.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/103786/KOLUMNIS/Pengunduran-AS-di-Afghanistan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register