Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Afghan VP Saleh unharmed in bomb attack in Kabul: Spokesman


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
AFGHANISTAN-CONFLICT-ATTACKS_1599646065.jpg

Pegawai keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi letupan yang menyasarkan konvoi Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh. - Foto AFP

Letupan di Kabul sasar konvoi Naib Presiden Afghanistan

KABUL: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan berbelas cedera dalam letupan yang menyasarkan konvoi Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh, dilaporkan berlaku di ibu kota Kabul awal pagi tadi.

Menurut pegawai, Saleh yang juga Naib Presiden paling kanan Afghanistan, bagaimanapun tidak cedera.

"Serangan pengganas itu gagal dan Saleh selamat dan berada dalam keadaan yang baik," kata ketua pejabat medianya, Razwan Murad.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tareq Arian, berkata laporan awal menunjukkan dua orang terbunuh dan 12 yang lain cedera dalam letupan itu.

Seorang pembantu Saleh yang enggan dinamakan memberitahu AFP bahawa seorang pengebom bunuh diri telah menyasarkan konvoi Saleh ketika beliau meninggalkan rumahnya untuk ke tempat kerja.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah menyatakan, letupan itu meletupkan tingkap kedainya.

"Sebuah kedai yang menjual tong gas juga terbakar, menyebabkan silinder itu meletup," katanya.

Saleh, yang dikenali lantang mengkritik Taliban, selamat dari serangan bom tahun lalu menjelang pemilihan presiden.

Sekurang-kurangnya 20 orang - kebanyakannya orang awam - terbunuh dan 50 yang lain cedera ketika penyerang bunuh diri dan lelaki bersenjata menyasarkan pejabat Saleh di Kabul.

Serangan hari ini berlaku ketika wakil Afghanistan dan Taliban dijangka memulakan rundingan damai tidak lama lagi di ibu negara Qatar, Doha.

Saleh dikenali sebagai Naib Presiden 'pertama' pentadbiran Presiden Ashraf Ghani. Seorang lagi Naib Presiden, adalah Sarwar Danish.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Rundingan damai Kerajaan Afghanistan - Taliban bermula esok

KABUL: Rundingan damai yang sekian lama tertangguh antara perunding Kerajaan Afghanistan dengan Taliban, akan bermula esok di Qatar, kata pihak berkuasa.

Perkembangan itu sekali gus menandakan potensi untuk mencapai kejayaan bersejarah dalam kemelut perang selama 19 tahun di Afghanistan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, akan turut hadir di Doha untuk pembukaan rundingan yang disokong AS itu.

Sebelum ini, rundingan itu dijadualkan bermula pada Mac lalu tetapi berulang kali tertangguh susulan perselisihan berhubung pertukaran tahanan yang meliputi pembebasan ratusan pejuang Taliban.

Kerajaan Afghanistan, Taliban dan pihak berkuasa Qatar mengesahkan bahawa rundingan itu akan bermula, esok, susulan upacara pembukaan di Doha.

Pompeo dalam satu kenyataan pula menyifatkan rundingan itu sebagai peluang 'bersejarah' untuk mengakhiri perang dan pertumpahan darah yang telah lama berlarutan.

"Peluang ini tidak boleh disia-siakan," katanya.

Kementerian Luar Qatar berkata, rundingan itu adalah langkah serius dan penting ke arah mewujudkan keamanan yang berpanjangan di Afghanistan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
Rundingan damai Afghanistan, Taliban bermula

DOHA: Rundingan damai antara Taliban dan kerajaan Afghanistan bermula hari ini, dengan mencari gencatan senjata yang berkekalan, satu daripada banyak cabaran utama bagi perbincangan itu.

Acara pembukaan yang lancar di ibu kota, Qatar, Doha semalam menyaksikan kerajaan Afghanistan dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat (AS), meminta gencatan senjata.

Bagaimanapun, Taliban yang melakukan perang gerila menentang kedua-duanya sejak mereka hilang kuasa pada 2001, tidak menyebut mengenai gencatan senjata ketika datang ke meja rundingan.

Ketua proses keamanan bagi kerajaan Afghanistan memaklumkan kepada AFP yang Taliban akan menawarkan gencatan senjata sebagai pertukaran kepada pembebasan lebih ramai pejuang mereka yang dipenjarakan.

"Ini mungkin menjadi satu daripada idea atau tuntutan mereka," kata Abdullah Abdullah, Pengerusi Majlis Tinggi bagi Perdamaian Kebangsaan Afghanistan.

Rundingan akan menjadi sukar dan huru-hara, dengan perwakilan memberi amaran ketika acara pembukaan dan ia bermula walaupun keganasan yang membawa kematian terus melanda Afghanistan.

"Kami pastinya akan berdepan banyak cabaran dalam rundingan selama beberapa hari, minggu dan bulan akan datang," kata Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang meminta pihak yang terbabit "merebut peluang ini" bagi menjamin keamanan.

Selepas hampir dua dekad sejak pencerobohan yang diketuai AS menumbangkan Taliban, peperangan masih membunuh puluhan orang setiap hari dan ekonomi negara itu musnah, menyebabkan jutaan orang hidup miskin.

Taliban bimbang pengurangan keganasan akan mengurangkan pengaruh mereka.

Semasa berucap pada majlis perasmian itu, pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar mengulangi mesej pemberontak bahawa Afghanistan harus ditadbir mengikut undang-undang Islam, yang menekankan ia kemungkinan akan menjadi masalah.

Perjanjian damai yang komprehensif boleh memakan masa bertahun-tahun dan bergantung kepada kesediaan kedua-dua pihak untuk menyesuaikan visi persaingan mereka bagi Afghanistan dan sejauh mana mereka boleh bersetuju untuk berkongsi kuasa.

Pemerintahan Presiden Ashraf Ghani ingin mengekalkan status quo sebuah republik berperlembagaan yang disokong Barat, yang mengekalkan banyak hak, termasuk kebebasan lebih luas bagi wanita.-AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
ISIS has claimed responsibility for a Sept. 15 IED attack on an Afghan security forces vehicle in the Angur Bagh area of the city of Jalalabad, allegedly killing 4 onboard.


ISIS has claimed responsibility for a Sept. 14 shooting attack on a member of the Afghan security forces in the Bez Akmalati area of the city of Jalalabad.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register