Update Berita Keganasan Taliban dan Islamic State di Afghanistan

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
3taliban_1599139089.jpg

Banduan Taliban di dalam penjara.

Kumpulan akhir 400 banduan Taliban dibebaskan

KABUL: Kerajaan Afghanistan berkata mereka membebaskan baki 400 banduan Taliban seperti dipersetujui, kecuali beberapa individu berikutan bantahan negara asing, dengan rundingan damai dijangka bermula secepat mungkin.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Javid Faisal, berkata pertukaran banduan yang mencakupi pembebasan beberapa anggota militan tegar itu menyebabkan rundingan damai dijadualkan di Doha tergendala seketika.

"Republik Islam Afghanistan menerima komando kami yang ditahan sebagai tebusan oleh puak Taliban, selepas kerajaan membebaskan baki 400 banduan, kecuali beberapa individu.

"Usaha diplomatik sedang berterusan. Kami menjangkakan rundingan langsung akan diadakan pada kadar segera," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dua pegawai Taliban mengesahkan pembebasan kesemua banduan itu, manakala beberapa individu yang tidak dipersetujui oleh Australia dan Perancis masih ditahan.

"Pihak pentadbir Kabul akan menghantar mereka ke Qatar dan mereka ditahan ketika rundingan terbabit sedang berjalan," kata sumber yang enggan dikenali.

Pembebasan beberapa individu terbabit dibantah Paris dan Canberra kerana mereka terbabit dalam pembunuhan orang awam serta tentera kedua-dua negara itu di Afghanistan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,671
Reaction score
3,820
Points
201
ISIS has claimed responsibility for the September 2 assassination by silencer of a rival "Taliban apostate" in the Khogyani district of Nangarhar, Afghanistan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register