BTC USD 39,076.2 Gold USD 1,825.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update berita dan info kerabat diraja britain

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

Meghan Markle, the Duchess of Sussex and wife of Britain’s Prince Harry says an unnamed member of the royal family had expressed concern over the colour of her unborn son's skin, in an interview with TV host Oprah Winfrey.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
09nt22meeg_1615286814.jpg


Istana Buckingham dalam krisis selepas pendedahan Harry, Meghan

LONDON: Ratu Elizabeth mengadakan perbincangan tergempar hari ini, selepas Putera Harry dan isterinya, Meghan, mendedahkan kehidupan dalam Istana Buckingham menerusi wawancara yang mendapat perhatian dunia, lapor media tempatan.

Mendedahkan hasrat mahu membunuh diri, saudara rasis dan pewaris takhta yang terperangkap dengan tradisi, wawancara Duke dan Duchess of Sussex bersama Oprah Winfrey itu adalah antara yang paling mengejutkan sejak pendedahan oleh mendiang ibu Harry, Puteri Diana pada 1995.

Harry mendedahkan berasa amat kecewa dengan bapanya, Putera Charles, yang tidak lagi mengendahkan panggilan telefonnya untuk satu ketika.

Harry mendakwa, Charles yang juga pewaris Ratu Elizabeth, serta abangnya, Harry, 'terperangkap' dengan konvensyen monarki.

Mereka tidak boleh keluar. Saya sangat kasihankan mereka atas perkara ini," kata Harry dalam wawancara yang disiarkan CBS pada malam Ahad, yang menjelaskan tindakannya bersama Meghan meninggalkan kehidupan diraja tahun lalu.

Meghan, bekas pelakon yang memiliki darah kacukan, menyifatkan dirinya sebagai tidak bersedia secara naif untuk menjalani kehidupan dalam keluarga diraja Britain.

Beliau mendakwa dinafikan bantuan terhadap krisis kesihatan mentalnya, malah terdapat kebimbangan rasmi oleh pihak istana mengenai warna kulit anak yang masih di dalam kandungannya.

"Saya... tak mahu hidup lagi," katanya kepada Winfrey.

Meghan, 39, turut memaklumkan mengenai 'kebimbangan' terhadap kemungkinan betapa gelap kulit anaknya, Archie, yang mana diceritakan oleh Harry mengenai perbualan berhubung rupa anaknya menjelang kelahiran pada 6 Mei 2019.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan menamakan individu berkenaan, namun pada Isnin, Winfrey memaklumkan, Harry memberitahunya bahawa ia bukan Ratu Elizabeth, 94, dan suaminya, Putera Philip, 99.

Pendedahan itu mencetus pelbagai reaksi di Britain dan Amerika Syarikat (AS), khususnya dakwaan mengenai sikap perkauman.

Kumpulan antimonarki, Republic, berkata pendedahan itu menunjukkan institusi berkenaan berdepan 'krisis terburuk sejak pengosongan takhta pada 1936', merujuk pada keputusan Edward VIII turun daripada takhta untuk mengahwini janda warga AS. - AFP
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,564
Reaction score
2,866
Points
206
ooo patutlah sebab dia ada darah kulit hitam rupanya.
black lives matter ni propa je bagi orang putih padahal bangsa dia masih lagi rasis dan mementingkan warna kulit dalam keturunan.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,962
Reaction score
1,341
Points
201
ooo patutlah sebab dia ada darah kulit hitam rupanya.
black lives matter ni propa je bagi orang putih padahal bangsa dia masih lagi rasis dan mementingkan warna kulit dalam keturunan.

dorg bakal terima "karma" akibat jajah negara org dah rompak hasil bumi... sikit2 genetik bangsa yg dijajah masuk dlm kerabat dorg... tgg pasni cucu cicit dorg dgn melayu... hahaha.. tp mmg dah ramai kerabat raja melayu kawen dgn minah salleh... kekekekeh
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,173
Reaction score
13,749
Points
2,376
WAWANCARA PUTERA HARRY & MEGHAN | Ratu Elizabeth Adakan Mesyuarat Tergempar

Susulan pendedahan Putera Harry dan isterinya, Meghan, berhubung kehidupan mereka baru-baru ini, Ratu Elizabeth dilapor mengadakan mesyuarat tergempar di Istana Buckingham bagi membincangkan hal berkenaan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

Britain's royal family said in a statement on Tuesday it was saddened to learn of the challenges Harry and Meghan had faced in the past few years — and that the issues raised would be addressed privately.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

The Harry and Meghan interview has received wall to wall coverage within British media - while the country is still struggling with the Wuhan virus. The British economy suffered its worst slump since 1709. WION's Palki Sharma asks, why are the Brits still obsessed with the Royals?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

The Harry and Meghan interview has triggered an international crisis for the British Monarchy. The interview triggered the #AbolishTheMonarchy trend. Are people overreacting to this interview? WION's Palki Sharma tells you more about the hysteria.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Wawancara Harry-Meghan catat 17.1 juta tontonan di AS

LONDON: Wawancara eksklusif pengacara terkenal, Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle menjadi salah satu program televisyen terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Lapor Mirror, wawancara di televisyen itu berjaya menarik seramai 17.1 juta penonton di AS.

Wawancara selama dua jam itu merupakan program televisyen khas yang meraih tontonan kedua tertinggi selepas Super Bowl.

Ia merupakan wawancara pertama pasangan berkenaan sejak mereka mengumumkan untuk meninggalkan kehidupan diraja, setahun lalu.

Dalam wawancara tersebut, Harry dan Meghan mendakwa keluarga diraja Britain itu mengamalkan sikap perkauman dan gagal melindungi mereka daripada laporan media yang negatif.

Meghan juga mendedahkan bahawa beliau pernah terfikir untuk membunuh diri pada suatu ketika selepas menyertai keluarga diraja itu.

Menurut sumber dalaman, Ratu Elizabeth II tidak akan menonton program berkenaan namun akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai wawancara itu daripada pegawainya.

Dilaporkan, Istana Buckingham mengadakan perbincangan krisis selepas wawancara kontroversi Harry dan Meghan berkaitan isu perkauman dalam keluarga diraja Britain.

Sementara itu, Daily Mail melaporkan wawancara Harry dan Meghan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada rata-rata media di AS.

Ada segelintir pihak mengkritik Meghan termasuk kolumnis New York Post yang menggelarnya sebagai `karya manipulatif’ dan menyatakan pendedahan kepada Winfrey adalah sekadar omong kosong.

Bagaimanapun, kebanyakan pakar AS berpihak kepada Meghan dengan seorang pengulas CNN memberitahu bahawa wawancara itu jelas menunjukkan hipokrasi dalam istana tersebut.

Penyampai televisyen, Piers Morgan yang muncul dalam program Fox & Friends mendakwa Meghan membuat pembohongan yang keterlaluan selain menyifatkan wawancara itu sebagai pengkhianatan terhadap keluarga diraja Britain itu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register