Update berita dan info kerabat diraja britain

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
Keluarga Diraja British luang masa bersama kali terakhir

Putera Harry (tiga dari kiri) bersama isteri, Meghan, tiba untuk menghadiri Festival Muzik Mountbatten di Royal Albert Hall di London, semalam. - Foto AFP

LONDON: Anggota kanan keluarga Diraja British akan meluangkan masa bersama-sama hari ini, dalam apa yang dilihat sebagai perjumpaan terakhir sebelum Putera Harry dan isterinya, Meghan memulakan kehidupan baharu di Kanada.


Perkhidmatan Komanwel di Wesminster Abby ialah acara tahunan yang kali ini turut disertai pasangan suami isteri itu, selain Ratu Elizabeth, Putera William dan isterinya Kate, serta bapa kedua mereka, Putera Charles dan isteri, Camilla.

Ini adalah kali pertama anggota keluarga itu berhimpun selepas Harry dan Meghan mengejutkan seisi istana dengan keputusan berpindah keluar dan meneruskan kehidupan sendiri, tanpa sebarang pembabitan dengan peranan serta tugas sebagai anggota Diraja.

“Adalah amat mengujakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara ini. Saya membayangkan semua pihak akan berusaha mempamerkan yang terbaik, tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu apa sebenarnya bermain dalam fikiran mereka,” kata penulis biografi Diraja, Penny Junor.

Perjanjian Januari lalu yang akan berkuat kuasa akhir bulan ini, menyaksikan pasangan Duke dan Duchess of Sussex memulakan kehidupan baharu, sebahagian besar di Amerika Utara.

Harry, 35, dan Meghan, 38 juga akan berhenti menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia dan tidak menggunakan perkataan Diraja manakala Harry akan melepaskan semula pangkat di dalam pasukan tentera, walaupun masih kekal sebagai seorang putera raja.

Pengumuman dibuat pasangan itu dua bulan lalu untuk berundur dari tugasan Diraja mengejutkan seisi istana, sekali gus membawa kepada mesyuarat pasca krisis bersama Ratu Elizabeth, Putera Charles dan Putera William.

Pasangan terbabit sejak akhir-akhir ini menghabiskan sebahagian besar masa di Kanada, namun kembali semula ke Britain bermula awal bulan ini untuk beberapa acara akhir.

Anak mereka, Putera Archie bagaimanapun ditinggalkan bersama pengasuh di Kanada. - Reuters
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,240
Reaction score
11,960
Points
2,376

Harry dan Meghan tidak boleh menggunakan gelaran 'diraja Sussex' dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka. -Foto @sussexroyal/Instagram



Putera Harry, Meghan secara rasmi mulakan kehidupan sebagai bukan kerabat diraja



SEBELUM ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.

Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.

Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian? Bagaimana mereka akan bertahan dan apa reaksi ahli keluarga diraja British mengenai pengumuman itu?

Dengan pelbagai perkara yang berlaku di dalam dunia ketika ini, pasangan itu pada Isnin mengeluarkan kenyataan berhubung ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi.

“Duke and Duchess of Sussex memilih untuk mengundurkan diri dalam masa terdekat, biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik #COVID-19.

“Bagaimanapun, kami menyedari terdapat banyak persoalan berkaitan dengan masa depan mereka selepas tarikh akhir peralihan tersebut (31 Mac 2020)," jelas jurucakap pasangan itu.

Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.

Mereka masih sebahagian daripada keluarga diraja British, namun tidak boleh menggunakan gelaran diraja.

Pasangan itu tidak boleh menggunakan gelaran “diraja Sussex” dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka.

Malah, Ratu Elizabeth juga melucutkan jawatan Harry selaku pemimpin khas ketenteraan kehormatannya.Harry dan Meghan juga tidak boleh mewakili mana-mana majlis atau acara selaku ahli keluarga diraja British.

Mereka akan mendapat sokongan daripada Putera Charles

Walaupun mereka telah berundur dari keluarga diraja British secara rasmi. Prince of Wales, Putera Charles dikhabarkan bersetuju untuk terus menyokong pasangan itu dari segi kewangan menerusi aset persendiriannya, Duchy of Cornwal, yang tidak jauh dari Burkingham Palace.

Malah, mereka dibenarkan menyimpan rumah mereka di estet Windsor di England dengan syarat mereka perlu membayar balik dana sebanyak £ 2.4 juta (sekitar RM 11.4 juta) yang digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Biarpun, pasangan itu telah menjelaskan bahawa mereka berhasrat untuk tinggal di Amerika Utara.

Pasangan itu akan menjana pendapatan sendiri

Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri.

Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental.

Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana.

Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
FILES-US-BRITAIN-ENTERTAINMENT-ROYALS_1597283542.jpg


Putera Harry, Meghan pindah ke rumah baharu di California

LOS ANGELES: Putera Harry dan Meghan Markle sudah berpindah ke rumah baharu yang dibeli di Santa Barbara, bandar berhampiran pantai di luar Los Angeles.

Sebelum ini, mereka dilaporkan tinggal di sebuah rumah agam di Beverly Hills di sini.

Jurucakap pasangan berkenaan dalam kenyataan kepada AFP mengesahkan perpindahan itu berlaku pada Julai lalu.

Mereka 'berpindah ke lokasi baharu Julai tahun ini' dan meminta supaya semua pihak menghormati keperluan privasi, kata kenyataan itu tanpa menyebut lokasi baharu itu.

Berdasarkan majalah People dan Page Six, lokasi kediaman baharu pasangan itu terletak di 100 batu (kira-kira 160 kilometer) dari sini.

Santa Barbara juga menempatkan kediaman selebriti popular seperti Oprah Winfrey dan Ellen DeGeneres.

Menurut kenyataan itu lagi, pasangan berkenaan berharap dapat membesarkan anak lelaki mereka, Archie yang berusia 14 bulan, dalam keadaan normal.

Bulan lalu, mereka memfailkan saman di mahkamah di Los Angeles terhadap paparazzi yang didakwa mengambil gambar anak mereka tanpa kebenaran.

Mereka mendakwa, pihak berkenaan mahu menjual gambar berkenaan yang didakwa diambil di pantai Malibu, sedangkan menurut mereka, gambar itu diambil secara curi di laman belakang kediaman mereka di sini.

Susulan itu, pasangan berkenaan memfailkan saman terhadap pihak berkenaan atas pelanggaran privasi.

Januari lalu, Harry dan Meghan mengumumkan menarik diri daripada tugas rasmi diraja di United Kingdom (UK) dengan memberi alasan mahu berdikari. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
COVID-19: Putera William rahsiakan dijangkiti

LONDON: Putera William dilaporkan disahkan dijangkiti COVID-19 pada April, tetapi menyembunyikan perkara itu daripada umum kerana ia akan menyebabkan banyak pihak bimbang berhubung keadaan kesihatannya.

The Guardian yang memetik laporan BBC yang menyatakan sumber rasmi istana pada bulan lalu mengesahkan putera berkenaan pernah dijangkiti virus itu.

The Sun pula melaporkan William selepas disahkan positif tetap meneruskan tugasnya seperti biasa menerusi sidang video dan telefon.

Apabila dihubungi pada Ahad, Istana Kensington tidak mahu mengulas mengenai dakwaan itu, tetapi pada masa sama tidak menafikannya.

Menurut The Sun, putera itu dirawat oleh doktor istana dan mengikuti garis panduan kerajaan dengan menjalani kuarantin di kediaman keluarga di Anmer Hall, Norfolk.

Media sebelum ini melaporkan bahawa bapa William, Putera Charles disahkan positif virus itu pada Mac dan mengalami gejala ringan.

Beliau kemudian menjalani kuarantin kendiri 14 hari, daripada isterinya yang disahkan negatif COVID-19.

Pada penampilan pertama selepas sembuh daripada virus itu, Charles mendedahkan beliau kehilangan deria rasa dan bau ketika dijangkiti virus berkenaan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601

Coronavirus: Prince William kept COVID-19 diagnosis quiet | 9 News Australia
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
Putera William alu-alukan siasatan temubual Puteri Diana

LONDON: Putera William menyambut baik siasatan baharu mengenai bagaimana BBC menjayakan wawancara terkenal pada tahun 1995 bersama ibunya, Puteri Diana selepas tuduhan bahawa beliau ditipu untuk mengambil bahagian.

Siasatan baharu yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Agung akan memfokuskan kepada bagaimana penyiar memperoleh wawancara dan apakah eksekutif menutup sebarang kesalahan.

"Penyiasatan bebas adalah satu langkah yang tepat. Ia boleh membantu membuktikan kebenaran di sebalik tindakan yang membawa kepada wawancara Panorama dan keputusan seterusnya yang diambil oleh mereka di BBC pada masa itu," kata William dalam satu kenyataan.

Ketika wawancara Diana bersama wartawan Martin Bashir yang ditonton lebih 20 juta di Britain, Diana mengejutkan negara dengan mengakui mempunyai hubungan sulit dan memberikan perincian intim mengenai perkahwinannya yang gagal dengan pewaris takhta, Putera Charles.

Bulan ini, abang Diana, Charles Spencer berkata, BBC gagal untuk meminta maaf terhadap apa yang dikatakannya iaitu dokumen palsu dan 'tipu daya lain' yang menyebabkan dia memperkenalkan Diana kepada Bashir.

Ketua Pengarah BBC, Tim Davie berkata, penyiar itu bertekad untuk mendapatkan kebenaran mengenai dakwaan Spencer.

Spencer mengatakan, Bashir membuat siri tuduhan kepada dirinya dan adiknya seperti Diana diserang oleh perkhidmatan keselamatan dan bahawa dua pembantu kanan dibayar untuk memberi maklumat mengenai dirinya.

Beliau mengatakan Bashir memberikan penyata bank palsu untuk menyokong tuntutan berkenaan.

Individu lain yang terbabit di dalam program itu juga tampil dan menyatakan BBC menutup kesalahan dilakukannya.

Sementara itu, Bashir tidak memberikan komen secara terbuka kepada media dan BBC mengatakan wartawan itu yang mendapat reputasi global dari wawancara Diana dan adalah wartawan hal ehwal agama syarikat itu, kini sedang cuti sakit daripada pembedahan jantung dan jangkitan COVID-19.

BBC mengatakan bahawa siasatan teliti akan membabitkan lima pertanyaan seperti langkah yang diambil oleh BBC dan Bashir untuk mendapatkan wawancara itu, termasuk penyata bank palsu yang bermaksud menunjukkan pembayaran kepada bekas pekerja Earl Spencer, pembayaran kepada anggota keluarga diraja dan perkara lain yang baru dibangkitkan oleh Earl Spencer. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601

Prince William's Shocking Comments over Martin Bashir's Interview With Princess Diana | GMB
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
Meghan Markle keguguran anak kedua


NEW YORK: Duchess of Sussex, Meghan Markle, mengalami keguguran anak keduanya Julai lalu.

Berita sedih itu dikongsikan beliau menerusi artikel yang diterbitkan di New York Times.

"Saya tahu, saat saya menggenggam anak pertama, bahawa saya sebenarnya kehilangan anak kedua.

"Kehilangan seorang anak bermaksud ia mengundang kesedihan yang hampir sukar digambarkan, malah ia diharungi ramai orang tetapi hanya segelintir yang mampu bercerita mengenainya.

"Dalam meniti kepedihan berikutan kehilangan cahaya mata kami, saya dan suami menyedari hakikat bahawa daripada 100 wanita, 10 hingga 20 wanita akan mengalami keguguran.

"Oleh itu, isu keguguran kekal menjadi 'larangan' atau dibayangi dengan rasa malu, selain menyebabkan wanita menjauhkan diri mereka daripada masyarakat," katanya.

Markle dan Putera Harry mengambil keputusan untuk meninggalkan tugas rasmi sebagai keluarga kerabat diraja British pada awal tahun ini dan berpindah ke California bersama anak lelaki mereka, Archie, yang berusia setahun.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
ratu_1607217986.jpg


Ratu Elizabeth bakal terima vaksin COVID-19

LONDON: Ratu Elizabeth II akan menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dalam masa beberapa minggu lagi.

Ia susulan badan pengawal selia United Kingdom (UK) membenarkan kelulusan darurat dan penggunaannya yang pertama di dunia bermula minggu depan, demikian menurut laporan pada lewat Sabtu.

Ratu berusia 94 tahun dan suaminya berusia 99 tahun itu sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan awal atas faktor usia mereka dan tidak akan menerima layanan istimewa, lapor media Mail pada Ahad.

Akhbar itu berkata, kerabat diraja tertua di Britain itu akan mendedahkan mereka sudah mengambil suntikan 'untuk menggalakkan lebih ramai orang mengambil suntikan penting itu', ketika golongan anti-vaksin membangkitkan kebimbangan pada vaksin itu dan boleh membantutkan hasrat pengambilannya.

Britain memberi kelulusan kepada vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, dengan pegawai kesihatan akan menggunakan kriteria seperti usia dan kerentanan bagi memutuskan mengenai keutamaan orang yang menerimanya.

Warga emas di rumah jagaan dan penjaga mereka adalah golongan pertama yang akan mendapat suntikan itu, diikuti mereka yang berusia 80 tahun ke atas dan barisan hadapan staf kesihatan dan penjagaan.

Golongan berusia lain dan mereka yang sangat terdedah secara klinikal akan menjadi penerima seterusnya, selain diberikan mengikut keutamaan berdasarkan usia.

Istana Buckingham setakat ini tidak memberi maklum balas bagi mengulas laporan itu.

Daily Mirror turut melaporkan sejumlah tokoh berprofil tinggi di Britain menyatakan komitmen secara terbuka untuk mendapatkan vaksin.

Tabloid itu berkata, antaranya ialah bintang Monty Python, Michael Palin dan Bob Geldof.

Britain membuat tempahan awal sebanyak 40 juta dos vaksin dan akan menerima kumpulan awal berjumlah 800,000 dos untuk mula digunakan minggu depan. - AFP

BERITA BERKAITAN
 
Sponsored Post
Top
Log in Register