Update berita dan info kerabat diraja britain

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
Harry defends Meghan as he breaks silence over royal exit | Nine News Australia
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,240
Reaction score
11,960
Points
2,376


PUTERA Harry. - Foto Reuters

Putera Harry dilanda kesedihan terpaksa lepas tugas Diraja


LONDON : Putera Harry semalam berkata, beliau dilanda kesedihan teramat sangat apabila terpaksa melepaskan tugas Diraja selepas memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu dengan berdikari bersama isterinya, Meghan.

Istana Buckhingham dan Ratu Elizabeth pada Sabtu mengumumkan bahawa Harry dan Meghan, tidak lagi akan menggunakan gelaran Diraja atau menerima sebarang dana awam sebagai sebahagian daripada perjanjian bagi mengakhiri krisis yang dicetuskan pasangan itu, apabila membuat pengumuman mahu menarik diri daripada menjalankan tugas rasmi serta meluangkan lebih banyak masa di Amerika Utara.

Dalam ucapannya di majlis amal Sentebale, Harry yang kelihatan begitu sedih berkata, keputusan akhir berhubung krisis itu bukan sesuatu yang dingini.

“Harapan kami ialah terus berkhidmat untuk baginda Ratu, kerajaan Komanwel dan tentera tanpa sebarang dana awam. Malangnya ia tidak mungkin berlaku.

“Saya menerima semua ini kerana ia tidak mengubah siapa atau komitmen saya. Namun saya berharap anda semua faham apa yang berlaku, bahawa saya akan berundur dari semua yang dimiliki dan memulakan langkah baharu untuk satu kehidupan lebih aman pada masa akan datang,” kata pewaris keenam takhta Diraja Britain itu.

Di bawah perjanjian itu, Harry akan kekal sebagai seorang putera dan pasangan terbabit akan mengekalkan gelaran Duke dan Duchess of Sussex untuk memulakan kehidupan baharu, iaitu membahagikan masa antara Amerika Utara dan Britain, namun tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang acara rasmi atau lawatan Diraja pada masa depan.

“Saya mahu anda semua mendengar daripada mulut saya sendiri, bukan sebagai Putera atau Duke, tetapi Harry yang anda lihat membesar sejak 35 tahun.

“United Kingdom (UK) ialah rumah dan tempat yang amat saya kasihi. Ia sama sekali tidak akan berubah.

“Adalah amat menyedihkan apabila ia harus berakhir seperti ini,” katanya. - Reuters


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
'Sad' Prince Harry says no other option but to step back from royal role
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
Putera Harry tinggalkan UK untuk sertai Meghan, Archie di Kanada


Putera Harry menunggu untuk berjumpa dengan tetamu semasa Sidang Kemuncak Pelaburan UK-Afrika di London, semalam. - Foto AFP

LONDON : Putera Harry meninggalkan United Kingdom (UK) untuk menyertai isteri, Meghan dan anak mereka, Archie di Kanada semalam, selaras dengan keputusan pasangan itu untuk memulakan kehidupan baru selepas keputusan mengejut berundur dari keluarga Diraja, lapor media British.

“Duke of Sussex dipercayai sudah berlepas ke Kanada selepas menjalankan tugas rasmi terakhir sebagai anggota keluarga Diraja,” lapor akhbar harian Daily Telegraph.

Akhbar tabloid Sun pula melaporkan, Harry menaiki penerbangan ke Kanada pada jam 5.30 petang (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan dijadualkan bertemu isteri dan anaknya di Vancouver, hari ini.

“Pemergiannya ke Kanada dilihat sebagai simbolik, berlaku dua hari selepas Istana Buckhingham membuat pengumuman bahawa mereka memutuskan hubungan rasmi dengan pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu susulan keputusan dibuat suami isteri berkenaan,” lapor Telegraph.

Terdahulu, cucunda Ratu Elizabeth II yang juga pewaris keenam takhta Diraja itu menghadiri Sidang Kemuncak Pelaburan UK - Afrika di London dan dilihat berada dalam keadaan ceria ketika bertemu Presiden Malawi dan Mozambique, serta Perdana Menteri Maghribi.

Beliau turut mengadakan mesyuarat tidak rasmi secara tertutup dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, selaku penganjur acara.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Harry tidak hadir ke majlis makan malam di Istana Buckhingham bagi meraikan semua pemimpin negara Afrika, sebagai menghormati abangnya, Putera William selaku penganjur acara.

Harry dan isterinya Meghan, ketika ini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex menarik diri dari mewakili keluarga Diraja British, dalam krisis yang menggegarkan institusi berusia ratusan tahun itu.

Pada Ahad lalu beliau berkata, mereka tidak mahu berhenti daripada menjalankan tugas Diraja namun terpaksa akur dengan ketetapan itu jika masih memilih untuk meneruskan kehidupan sendiri tanpa bergantung kepada dana awam. - AFP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,240
Reaction score
11,960
Points
2,376

BEBERAPA pengamal media yang dihalang merakam gambar di luar kediaman mewahPutera Harry dan isterinya, Meghan di Pulau Vancouver dari Istana Buckingham. - Foto REUTERS



KEDIAMAN mewahPutera Harry dan isterinya, Meghan di Pulau Vancouver dari Istana Buckingham. - Foto AFP

Harry, Meghan sekat media


LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan yang memulakan hidup baru di Kanada, mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas media bagi melarang gambar mereka dirakam.

Berikutan tindakan mengejut pasangan terbabit untuk berundur daripada tugas rasmi diraja, Harry dan Meghan berpindah ke kediaman mewah di Pulau Vancouver dari Istana Buckingham, Isnin lalu.

Pasangan itu berkahwin pada Mei 2018 mengakui terpaksa bergelut dengan tumpuan media.

Semalam, peguam pasangan diraja itu mengeluarkan amaran perundangan selepas beberapa akhbar di Britain, termasuk The Sun dan Daily Mail memaparkan foto Meghan dan puteri sulungnya, Archie bersiar-siar bersama anjing peliharaan mereka.

Peguam pasangan berkenaan mendakwa foto berkenaan diambil secara sembunyi dan tanpa kebenaran, sekali gus menyifatkan tindakan jurufoto itu sebagai gangguan.

Mereka juga bersedia mengambil tindakan undang-undang memandangkan terdapat kelibat paparazzi yang berkumpul di sekitar kediamannya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, semalam menafikan dakwaan berhubung secara langsung dengan Ratu Elizabeth berhubung kos keselamatan Putera Harry dan keluarganya.

“Perbincangan masih berlangsung dan saya tidak mempunyai keputusan terkini mengenainya,” katanya dalam satu sidang media.

Sebelum ini media di Kanada menganggarkan kos bagi melindungi keselamatan pasangan diraja itu dan anaknya yang berusia lapan bulan mencecah AS$1.3 juta (RM5.2 juta).- AFP


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
Harry, Meghan tampil di khalayak


Putera Harry dan isterinya Meghan.

LONDON: Putera Harry dan isterinya Meghan tampil bersama buat kali pertama sejak berhenti berkhidmat sebagai anggota keluarga diraja kerajaan Britain, kata Buckingham Palace, semalam.


Duke dan Duchess of Sussex itu menghadiri acara anjuran JPMorgan Chase di Miami, di mana Harry memberi ucapan.

Pasangan itu mencetuskan kejutan bulan lalu apabila meninggalkan Britain, melepaskan tugas rasmi diraja untuk berdikari.

JPMorgan Chase adalah bank terbesar Amerika Syarikat (AS) dari segi aset. Tidak diketahui sama ada Harry dibayar untuk ucapan di 1 Hotel di South Beach Miami.

"Saya boleh mengesahkan laporan Sussexes menghadiri perhimpunan JPMorgan di Miami semalam, di mana duke memberi ucapan," kata jurucakap Buckingham Palace, semalam.

Harry dan Meghan kini tinggal di sebuah rumah mewah di luar Victoria di pantai barat Pasifik Kanada bersama anak mereka, Archie. - AFP
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,446
Reaction score
1,173
Points
201
Harry, Meghan tampil di khalayak


Putera Harry dan isterinya Meghan.

LONDON: Putera Harry dan isterinya Meghan tampil bersama buat kali pertama sejak berhenti berkhidmat sebagai anggota keluarga diraja kerajaan Britain, kata Buckingham Palace, semalam.

Duke dan Duchess of Sussex itu menghadiri acara anjuran JPMorgan Chase di Miami, di mana Harry memberi ucapan.

Pasangan itu mencetuskan kejutan bulan lalu apabila meninggalkan Britain, melepaskan tugas rasmi diraja untuk berdikari.

JPMorgan Chase adalah bank terbesar Amerika Syarikat (AS) dari segi aset. Tidak diketahui sama ada Harry dibayar untuk ucapan di 1 Hotel di South Beach Miami.

"Saya boleh mengesahkan laporan Sussexes menghadiri perhimpunan JPMorgan di Miami semalam, di mana duke memberi ucapan," kata jurucakap Buckingham Palace, semalam.

Harry dan Meghan kini tinggal di sebuah rumah mewah di luar Victoria di pantai barat Pasifik Kanada bersama anak mereka, Archie. - AFP
JP morgan... Freemason clan ni.... geng2 iluminati... Queen elizabeth....
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
Putera Harry, Meghan henti guna gelaran diraja mulai 31 Mac


Putera Harry dan isterinya Meghan.

LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan tidak lagi akan menggunakan gelaran ‘Sussex Royal’ selepas pasangan itu berundur daripada tugas rasmi diraja secara rasmi 31 Mac ini.


Menurut jurucakap pasangan itu, Putera Harry dan isterinya tidak akan lagi menjalankan tugas mewakili Ratu Elizabeth II selepas tarikh berkenaan.

“Duke dan Duchess of Sussex tidak mahu menggunakan lagi gelaran ‘Sussex Royal’ selepas musim bunga ini.

“Pasangan itu juga tidak akan menggunakan nama baharu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka, sebelum pengumuman rasmi dibuat berhubung perkara itu,” katanya.

Putera Harry, 35, anak kedua kepada pewaris takhta, Putera Charles, bagaimanapun akan kekal kepada sebagai pewaris keenam.

Beliau yang juga bekas pegawai tentera turut mengekalkan pangkatnya sebagai Leftenan Komander dan ketua skuad dalam tentera darat, laut dan udara.

Buat masa ini, pasangan terbabit hanya menggunakan nama popular seperti terpapar di media sosial, Instagram serta melancarkan laman web sejurus pengumuman yang mengejutkan itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,010
Reaction score
4,386
Points
601
Prince Harry and Meghan farewell royal life | Nine News Australia


 
Sponsored Post
Top
Log in Register