BTC USD 34,234.2 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update berita dan info kerabat diraja britain

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,030
Reaction score
5,118
Points
721
William, Harry Kongsi Detik Bersama Diana

dharrywilliam.ashx


SEMPENA ulang tahun ke-20 pemergian Puteri Diana, dokumentari khas yang dirakam akan mendedahkan hubungan dua puteranya bersama ibu tersayang.

Putera William dan adiknya, Putera Harry masing-masing akan mengimbau saat gembira ketika hayat ibu mereka sambil melihat gambar-gambar yang dirakam bersama Puteri Diana.

Sedutan dokumentari bertajuk Diana, Ibu Kami: Legasi dan Hidupnya disiarkan mulai Sabtu.

55aafe8512404fff8b55e5560abc4c5c.ashx


Program itu akan ditayangkan di Britain, Kanada dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

"Ini kali pertama kami berdua bercakap mengenai dia sebagai seorang ibu," kata Putera Harry.

Pada masa sama, ketika memegang gambar beliau didukung Puteri Diana, Puteri William berkata: "Percaya atau tidak kita berdua ada dalam gambar ini, kamu ada dalam kandungan ibu.

76dcc3ab3e7f46a3adac994e5fecab5b.ashx


Dia adalah ibu paling nakal. Dia tetap ibu kami dan sebagai anak, dia adalah ibu terbaik di dunia ini kerana memberikan kami sepenuh kasih sayang."

Diana terkorban dalam kemalangan kereta di laluan terowong Paris bersama kekasihnya, Dodi Fayed.

Ketika kejadian pada 31 Ogos 1997, Putera Harry hanya berusia 12 tahun.

Perbualan Terakhir Bersama Puteri D 'Hantui' William, Harry

dianaputera.ashx


LONDON: Mengimbau perbualan telefon terakhir bersama Puteri Diana menyebabkan dua putera kesayangannya begitu hiba kerana ia sering menghantui mereka.

"Kalaulah kami tahu ia adalah perbualan terakhir dengannya.

"Tetapi ketika itu, saya dan Harry terburu-buru mengucapkan selamat tinggal.

"Namun panggilan itu kekal dalam ingatan sehingga kini," kata putera sulung, William.

Sempena ulang tahun ke-20 pemergian Puteri Diana, pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahkan mengenai perbualan dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Ketika itu, William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun.

Ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurunan Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandungi alkohol juga maut dalam tragedi itu.

Kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands, dan William sebelum itu memberitahu Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu.

"Ibu bercakap dari Paris, saya tidak ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang saya ingat penyesalan seumur hidup kerana betapa singkatnya perbualan itu, " kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentari mengingati mendiang puteri itu.

Awal tahun ini, kedua-dua putera itu mengumumkan penubuhan jawatankuasa mengumpul dana bagi membiayai pembinaan tugu Diana, dikenali sebagai Puteri Wales di taman awam Istana Kensington di London, tempat tinggal Diana.- AFP

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/07/23/telefon-puteri-d/#e49HAj0LspR8xzp4.99

Kate dapat pampasan RM965,250 berhubung gambar separuh bogel

kate-middleton-t.jpg.transformed.jpg

KATE Middelton.

PARIS: Mahkamah Perancis hari ini memutuskan, majalah selebriti negara itu perlu membayar 100,000 euro (RM508,026) sebagai pampasan kepada Putera William dan isterinya, Kate berhubung gambar separuh bogel yang diterbitkan pada 2012.

Mahkamah juga mengarahkan pengarang majalah Closer, Laurence Pieau dan penerbit Ernesto Mauri masing-masing membayar denda 45,000 euro setiap seorang (RM456,953).

Pasangan diraja itu menuntut pampasan berjumlah 1.5 juta euro (RM7.62 juta) termasuk faedah.

Peguam majalah, Paul-Albert Iweins berkata, beliau 'berpuas hati' dengan keputusan pampasan yang perlu dibayar, namun hukuman denda itu 'diperbesarkan untuk isu peribadi.'

Bagi pihak pasangan diraja itu, peguam mereka, Jean Veil enggan mengulas, menambah Istana Kensington akan mengeluarkan kenyataan.

Dua jurugambar agensi itu, Cyril Moreau, 32, dan Dominique Jacovides, 59, masing-masing didenda 10,000 euro (RM50,803) dengan 5,000 euro (RM25,401) tertangguh.

Gambar kabur Kate Middleton berjemur memakai seluar bikini diambil ketika beliau bercuti pada September 2012 di selatan Perancis bersama suaminya.

Gambar pasangan itu diambil menggunakan lensa panjang sedang berehat di tepi kolam renang di sebuah banglo milik Viscount Linley, anak saudara Ratu Elizabeth. -AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2017/09/321811/kate-dapat-pampasan-rm965250
 
Putera Harry bawa kekasih jumpa Permaisuri

image.jpg

Meghan Markle dan Putera Harry.

LONDON - UNITED KINGDOM. Nampaknya percintaan antara Putera Harry, 33 tahun dan Meghan Markle, 36 tahun semakin serius apabila putera raja itu membawa kekasihnya berjumpa dengan Permaisuri.

Media tempatan melaporkan pelakon dari Amerika Syarikat itu dilihat minum petang bersama kedua-duanya pada Khamis lalu dan menghabiskan masa lebih kurang satu jam di situ.

Meghan juga dilaporkan telah berhenti dari berlakon dalam drama Suit di Amerika untuk meluangkan lebih masa bersama Putera Harry.

Rakan-rakan pasangan tersebut mendakwa mereka hanya tunggu masa sahaja untuk berkahwin.

"Persoalan sekarang ini bukan lagi jika tetapi bila," kata rakan rapat pasangan tersebut.

Putera Harry mula berpacaran dengan Meghan pada Julai 2016 dan sudah diperkenalkan pada ahli keluarga pewaris takhta Britain itu.

Sementara itu, jurucakap Istana Kensington pula tidak mahu memberikan komen mengenai perkara ini.

"Kami dihalang untuk memberikan komen berhubung perkara ini jadi, tiada komen," katanya. - metro.co.uk

Kredit:Sinarharian

Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,030
Reaction score
5,118
Points
721
2 putera Diana kesal seumur hidup

prince-william-harry-23sept15-09.jpg.transformed.jpg

PUTERA Harry dan abangnya Putera William.

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahkan ada berbual dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Perbualan 'singkat' itu kini kekal dalam fikiran William dan Harry.

"Ibu bercakap dari Paris, saya tidak ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang saya ingat penyesalan seumur hidup kerana betapa singkatnya perbualan itu, " kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentari mengingati mendiang puteri itu.


William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun ketika ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurunan Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan, juga maut dalam tragedi itu.

Kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands, dan William sebelum itu memberitahu Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu

"Saya dan Harry terburu-buru mengucapkan selamat tinggal, anda tahu ungkapan 'jumpa lagi'...jika saya tahu apa akan berlaku, saya tidak akan rasa bosan mengenainya.

"Namun panggilan itu kekal dalam ingatan sehingga kini, " kata William.

Bagi mengingati ulang tahun ke-20 kematiannya, kedua-dua putera itu mengumumkan awal tahun ini mereka menubuhkan jawatankuasa mendapatkan dana membayar pembinaan tugu Diana, dikenali sebagai Puteri Wales.

Tugu itu akan dibina di taman awam Istana Kensington di London, tempat tinggal Diana.

AFP

bharian
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
43,268
Reaction score
2,037
Points
201
Biasalah.

Mana kita tahu ajal nak sampai.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,030
Reaction score
5,118
Points
721
William, Harry dihantui rasa kesal

image.jpg

Putera Harry (kiri) dan Putera William membelek album keluarga mereka di Istana Kensington.

LONDON 23 Julai – Putera William dan Putera Harry mengakui dihantui dengan rasa kesal de*ngan sikap mereka terhadap mendiang ibunya, Puteri Diana semasa kali terakhir ibunya menelefon mereka beberapa jam sebelum kematiannya.

Menerusi temu bual de*ngan stesen televisyen ITV, kedua-dua beradik itu memberitahu, mereka memendekkan perbualan dengan ibunya yang menelefon dari Paris kerana asyik bermain dengan sepupu mereka, Peter dan Zara Phillips.

Semasa kejadian pada 30 Ogos 1997, William ketika itu berusia 15 tahun manakala Harry, 12, berada di Balmoral manakala Diana bersama-sama teman rapatnya, Dodi Al Fayed.

Diana dan kedua-dua anaknya tidak bertemu hampir sebulan dan amat menanti-nantikan pertemuan mereka di London pada keesokan harinya.

Portal Daily Mail melaporkan, William menyifatkan perbualan telefon selama lima minit antara beliau dan Diana sebagai ‘kena*ngan terakhir’ beliau dengan ibunya.

Menurut Harry, sehingga hari ini beliau merasa amat sedih dan terpaksa melalui kesedihan itu sepanjang hidupnya.

Kata William, beliau dan Harry tergesa-gesa mengucapkan ‘selamat tinggal’, ‘jumpa lagi’ dan ‘kami mahu beredar’ kepada ibunya.

“Jika saya tahu apa yang akan terjadi, saya tidak akan merasa jemu dengan panggilan telefon daripada ibu tetapi panggilan terakhir itu terpahat dalam fikiran saya sehingga hari ini,” kata William.

Ketika ditanya sama ada beliau mengingati kata-kata ibunya semasa panggilan itu, William de*ngan sayu mengatakan ‘ya’ berulang kali namun tidak mengulas lanjut.

Menurut William, beliau mengi*ngati ibunya setiap hari malah merasai kehadirannya semasa hari perkahwinannya dengan Kate Mid*dleston manakala Harry turut me*ngakui masih terasa ‘pelukan’ ibunya dan amat merinduinya.

Mereka menyifatkan Diana sebagai ibu yang sangat penyayang dan mengambil berat dan ‘mampu mengubah fikiran berjuta-juta manusia’.
 

pokyo

Super Active Member
Joined
Jan 7, 2009
Messages
5,283
Reaction score
145
Points
83
sentiasa hargai mereka di sekeliling kita terutama keluarga.
Bila mereka tiada baru kita hargai dan berharap masa akan berputar ke belakang...
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,030
Reaction score
5,118
Points
721
Putera William berhenti sebagai juruterbang ambulans

du_05.1.jpg


LONDON – Putera William mengumumkan bersara daripada perkhid*matan ambulans udara semalam selepas dua tahun menyaksikan ‘tragedi-tragedi mengerikan’ bagi memberi tumpuan kepada tugas-tugas diraja.

Putera William (gambar) yang memakai gelaran Duke of Cambridge, pewaris kedua takhta di Britain, menamatkan kariernya sebagai juruterbang ambulans udara di bahagian timur Britain.

Pengumuman itu muncul pada ketika nendanya, Ratu Elizabeth II dan suami, Duke of Edinburgh mengundur daripada sebahagian tugas-tugas diraja dan membenarkan generasi muda mengambil alih tempat mereka.

Mengulas mengenai masa penerbangannya bersama kru perubatan di pangkalan yang terletak di Lapangan Terbang Cambridge, William memuji usaha keras mereka yang bekerja dengan perkhidmatan kecemasan.

“Sebagai satu pasukan, kami berdepan beberapa insiden mendebarkan dan melalui detik-detik sukar bersama selain menyaksikan beberapa tragedi mengerikan,” kata William dalam satu tulisan editorial yang disiarkan akhbar The Eastern Daily Press.

Putera William, anak sulung kepada pewaris takhta Britain, Putera Charles menceritakan beberapa momen dilalui seperti ‘hari sukar’ apabila beliau mengendalikan insiden membabitkan seorang lelaki cuba membunuh diri.

Beliau menyatakan pengalaman itu menjadikannya lebih komited untuk menarik perhatian mengenai kesihatan mental, satu usaha yang diperjuangkan bersama isteri, Kate dan adiknya, Putera Harry.

Sebelum menamatkan syif terakhir, William digambarkan sebagai ‘juruterbang hebat dan dihargai anggota-anggota kumpulan’ oleh Ketua Eksekutif Ambulans Udara East Anglian, Patrick Peal. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4o9gaUivp
Hakcipta terpelihara
 

antarakasih

Super Active Member
Joined
Jun 4, 2014
Messages
6,316
Reaction score
63
Points
70
prince-william-harry-23sept15-09.jpg.transformed.jpg


duit bilion2 tapi sempoi je mcm org biasa
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,030
Reaction score
5,118
Points
721
Putera William fokus tugasan diraja

28hmroyal_cropped_1501210330.jpg

WILLIAM dan keluarganya akan berpindah ke Istana Kensington di London untuk memudahkan dia melakukan tugas rasmi.

London: Putera William akan bersara daripada perkhidmatan ambulans udara hari ini selepas dua tahun terbabit dalam tugas itu bagi membolehkan dia memberi tumpuan terhadap tugas rasmi diraja.

William yang memegang gelaran Duke of Cambridge dan menduduki tangga kedua dalam senarai pewaris takhta Britain akan menamatkan kerjaya singkatnya sebagai juruterbang ambulans udara di timur England dengan syif terakhirnya malam tadi.

Ia susulan neneknya Ratu Elizabeth II dan datuknya, Duke of Edinburgh mengambil langkah mengurangkan tugasan diraja untuk membolehkan generasi muda mengambil alih.

Mengulas pengalamannya membawa krew perubatan dari pangkalan di Lapangan Terbang Cambridge ke pelbagai tempat kejadian, William memuji dedikasi ditunjukkan petugas perkhidmatan kecemasan.

William, anak sulung Putera Charles, turut menceritakan detik paling bermakna untuknya, termasuk satu pengalaman tidak dapat dilupakan membabitkan seorang lelaki yang akhirnya membunuh diri.

“Pengalaman itu menguatkan keazaman saya untuk membuka mata orang ramai terhadap isu kesihatan mental yang turut disokong isteri, Kate, dan adik saya Putera Harry,” katanya. - AFP

https://www.hmetro.com.my/global/2017/07/248398/putera-william-fokus-tugasan-diraja
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register