Update:-Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi...DSAI 100juta+ Husam Musa 10juta saman

Recommended Brokers


greenapple

Active+ Member
Joined
Dec 19, 2009
Messages
4,250
Reaction score
251
Points
41
Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam

KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.



Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.



Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.


Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.


Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.


“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.


“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.


“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.


Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.



Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.



Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”



Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.



Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.



Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.



Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.



Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.



Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.



Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.



Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.

Husam fail semula kes saman terhadap “Papagomo”

KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.



Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.



Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.



Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.



Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.



Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.



Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.



“Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.



Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.



Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.



Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.



Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.



“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.



“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.



Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini.
sumber diatas dari Harakah

ada masalah dgn fakta husam musa, husam masih ada hak lagi dalam masa 6 tahun utk saman semula, tgh kumpul bukti kes yg lagi kemas kut.
Papagomo Ada Hubungan Dengan Pimpinan UMNO

http://www.youtube.com/watch?v=9_6l0owNyIY

Published on Mar 27, 2013
Kredit : myKelantanTV

( http://www.youtube.com/watch?v=hKD0dF... )
Category
News & Politics
License
Standard YouTube License
FRIDAY, MARCH 29, 2013

Sehati sejiwa bekas polis kena pecat dengan Ketua Polis Negara.
Apakah kerana perkara yang dah berlaku maka biarlah ia berlalu,, jangan di ingat dan diungkit kembali.... maka inilah yang terjadi...



Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...

1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?...

2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan [email protected]?

3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan [email protected] ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..?

5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan [email protected]?

6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan [email protected] menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan [email protected] tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?

7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan [email protected] atas Pelbagai pertuduhan..?

Mohon jawapan Brooo...!!!

Sumber : Link

Habis la... dah tak tau nak komen apa lagi dah....nak pakai lagi ka Umno ni,,, semua habis dirosakkan...

http://manjongmari.blogspot.de/2013/03/sehati-sejiwa-bekas-polis-kena-pecat.html























Terbongkar lagi auta si Papa Gomo ini.. rupa-rupanya insiden beliau dibelasah dikepala yang di hebohkan oleh kebanyakkan blog Pro UMNO minggu lalu hanyalah sebagai menyediakan alasan untuk tidak ke Mahkamah hari ini.

Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi di Segambut.

Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Insiden tersebut menyebabkan kebanyakkan Blogger Pro UMNO mempersalahkan Utusan kerana telah menyiarkan gambar Papa Gomo di muka hadapan terbitannya.. sila baca di ( SINI )

Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu.

Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung tidak kelihatan..

Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon penangguhan.. tulis Saifuddin.

Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!"




Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.




Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Laporan mengenai kes saman ini sila baca di
( SINI )

sumber anaksungaiderhaka,25march tarikh
 
Last edited:
Sponsored Post

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,346
Reaction score
56
Points
120
aritu ckp besar nak sgt anwar saman dia..mau kasi dok dlm forever je org mcm ni.
 

timur & barat

Super Active Member
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
ingt apa..smpi juat-juat..xpenting la dia ni...
 

frossonice

Active+ Member
Joined
Oct 5, 2010
Messages
3,459
Reaction score
18
Points
25
BN/UMNO ni bengap simpan orang macam papagomo dan parpukari. Sekarang memang aset tapi suatu masa nanti akan jadi bala besar buat mereka. Strategi psywar yang langsung low class, penuh mencarut 24 jam dan denial syndrom tak sudah-sudah. Semua sebab duit. Ada duit, jalan.
 

tokmung

Active+ Member
Joined
Jan 23, 2013
Messages
2,646
Reaction score
7
Points
25
ooo, ni mesti masuk spital pasal telo papagomo suda pecah.. bwahahaha...

repot polis la plak, mcm cari penjenayah la..huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register