UPDATE: 9 Lembaga Pengarah letak jawatan, Tun M jadi pengerusi baru Khazanah

CG Sponsors




Dragonforex

Banned
Joined
Sep 3, 2017
Messages
3,417
Reaction score
342
Points
46
mana pergi pejuang2 berhaluan kiri sblm ni?

kit siang? mat sabu? anwar? rafizi? guan eng?
dah menang federal, terus senyap sunyi la.

mcm tak biasa pulak tengok kaki2 kencing mcm ini.


pencacai2 depa dpt apa?? tadah kencing..

tepuk2..
 
Sponsored Post

Dragonforex

Banned
Joined
Sep 3, 2017
Messages
3,417
Reaction score
342
Points
46
selalu dgr ayat ni dari penyokong tegar ph

'dah 60 tahun bn lakukan kerosakan'

tapi diaorg lupa yg 22 tahun drpd 60 tahun siapa yg jd pm.. klu ikut purata pm2 yg lain cuma 7 tahun je pegang.. hahahahhancing...

skrg tadah je la.. hahahaha
panas bontot bila sebut 22 tahun tu bro.

terus mati hujjah depa.

tapi mcm biasa, duk ulang2 60 tahun tu la modal yg pencacai PH ada.. nak sedapkan hati selepas kena kencing.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,048
Reaction score
2,944
Points
201
Pelantikan PM khianati prinsip PH - Nasrudin


KETUA Penerangan PAS, Nasrudin Hassan. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) disifatkan bercanggah dengan tekad Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, ketika menyuarakan ketidakpuasan itu berkata PH wajar melihat semula janji ke-22 mereka yang menggariskan hasrat menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan setaraf piawaian antarabangsa.

Beliau berkata, ia secara jelas menyatakan bahawa pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah dalam kalangan profesional serta bukan berdasarkan kaitan politik.

"PH juga harus sedar bahawa mereka yang menentang pemusatan dan langkah membolot kuasa Perdana Menteri sehingga boleh memanipulasi institusi penting negara.

"Oleh itu, PH mencadangkan jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja dan tidak membenarkannya memegang jawatan lain, terutama Menteri Kewangan.

"Seperti kita maklum, Khazanah adalah syarikat bawah pemilikan Menteri Kewangan Diperbadankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Khazanah yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan PMO, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bersama Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr Sukhdave Singh dan Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd, Goh Ching Yin.

Nasrudin berkata, pelantikan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Khazanah seolah-olah mengkhianati prinsip urus tadbir digagaskan PH, sekali gus membuktikan mereka tiada sebarang perbezaan dengan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan Persekutuan disaran merujuk semula amalan urus tadbir lebih telus seperti digariskan Pertubuhan Pembangunan Kerjasama Ekonomi (OECD).

"Rakyat tentu tidak mahu percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa antara Perdana Menteri dengan Khazanah," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/456437/pelantikan-pm-khianati-prinsip-ph-nasrudin
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,088
Reaction score
20,953
Points
1,661
Khazanah labur RM80 juta perniagaan coli, seluar dalam

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) didapati membuat pelaburan bernilai AS$20 juta (RM80 juta) bagi perniagaan pakaian dalam wanita secara dalam talian.


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pelaburan sedemikian adalah antara hala tuju yang dianggap tersasar daripada tujuan sebenar dana kedaulatan kekayaan itu diwujudkan.

"Pada pandangan kerajaan, Khazanah perlu berfungsi sebagai ditetapkan dan perincian boleh diberi untuk kita melihat semula peranan Khazanah.

"Khazanah melabur hampir AS$20 juta bagi perniagaan dalam talian menjual baju dalam wanita dan pelaburan ini terpaksa dihapuskan.

"Ada juga pelaburan dibuat menerusi ekuiti persendirian tanpa perbincangan dengan pihak bank.

"Perkara ini menuntut kerajaan baharu meletakkan Khazanah kembali ke landasan," katanya menjawab celahan Datuk Seri Najib Razak (BN-UMNO Pekan) ketika sesi penggulungan perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib meminta penjelasan bagaimana Khazanah dikatakan tersasar dari landasan sedangkan asetnya melonjak dari RM30 bilion kepada RM130 bilion dalam tempoh 10 tahun.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/456551/pelaburan-pakaian-dalam
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,627
Reaction score
1,820
Points
191
ISU KHAZANAH NASIONAL DAN PROJEK KERETA KETIGA: MATINYA REFORMASI DIGANTI NEO-MAHATHIRISME

1. Apa dah jadi dengan kerajaan Pakatan Harapan? Mengapa terang-terangan sekali individu tertentu ‘membolot’ posisi utama dalam sektor ekonomi politik negara? Apa guna Perdana Menteri tidak menjadi Menteri Kewangan jika Khazanah Nasional tetap dalam genggaman beliau? Di mana janji Reformasi institusi yang diperjuangkan? Adakah ‘Neo-Mahathirisme’ sudah mengalahkan ‘Reformasi’?

2. Terbaru Khazanah Nasional akhirnya sekali lagi dipengerusikan Tun Mahathir sendiri – beberapa hari selepas ia kehilangan RM2 bilion dalam satu malam. Langkah ini bertentangan sama sekali dengan semangat tiga janji dalam Manifesto Pakatan iaitu: “Kuasa Perdana Menteri untuk memanipulasi institusi penting negara juga akan dihapuskan” (Manifesto Halaman 49), “pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka” (Manifesto Halaman 70), dan juga “Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan” (Manifesto halaman 48).

3. Benar Tun Mahathir tidak menjadi Menteri Kewangan, namun Reformasi pemisahan jawatan Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan tiada gunanya apabila beliau sendiri hari ini mempengerusikan Khazanah Nasional.

4. Benar dalam kes Khazanah ini ada beza antara Syarikat milik Kerajaan (GLC) dengan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC). Benar bahawa Khazanah ialah GLIC dan bukannya GLC. Dan benar juga bahawa Manifesto Pakatan menyatakan bahawa ahli lembaga Pengarah GLC yang akan dilantik dalam kalangan professional, bukannya GLIC. Namun GLIC seperti Khazanah sebenarnya berkuasa dalam menentukan pelaburan GLC-GLC ini disebabkan kawalan pengurusan dan pemilikan mereka.

5. Jelas bahawa hakikatnya semangat ‘Reformasi Institusi’ kini hanya tinggal slogan apabila berlakunya siri ‘pembolotan’ jawatan ini – termasuklah jawatan Pengarah GLIC yang turut diberi kepada seorang Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden sebuah parti politik.

6. YB Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden parti PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi dilantik menjadi Pengarah Khazanah, bersama-sama dengan seorang lagi tokoh yang rapat dengan Tun Mahathir iaitu Tan Sri Hassan Marican. Tan Sri Hassan Marican juga dalam masa yang sama ialah ahli Majlis Penasihat Kerajaan dan dijangka bakal menjadi Pengerusi Petronas.

7. Sebelum ini, seorang lagi ahli Majlis Penasihat Kerajaan iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bukan hanya dilantik menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB), bahkan juga Pengerusi Sime Darby Property Berhad. Begitu juga dengan Tun Daim yang menjadi utusan khas ke China, mengatasi Menteri Luar dan Menteri Kewangan.

8. Pelantikan ini telah segera menimbulkan persoalan tentang sejauh mana agenda ‘Reformasi’ masih hidup dalam kerajaan Pakatan hari ini? Mengapa sebaliknya petanda gejala membolot posisi tertentu kepada individu tertentu makin ketara? Perlu diingat bahawa Reformasi institusi adalah antara Teras utama dalam Manifesto Pakatan. Namun berdasarkan realiti percaturan politik semasa, sebenarnya boleh dikatakan bahawa agenda ‘Reformasi’ telah diserap ke dalam kelahiran satu fenomena baharu yang penulis istilahkan sebagai ‘Neo-Mahathirisme’.

9. Apa itu ‘Neo-Mahathirisme’? Penulis mendefinisikan Neo-Mahathirisme sebagai praktik atau amalan ‘Mahathirisme’ lama yang dilunakkan sedikit dengan agenda Reformasi. Akibatnya, di bawah Noe-Mahathirisme, ada sesetengah hal di mana Mahathirisme yang lama itu tunduk kepada agenda Reformasi – seperti media yang dibenarkan terbuka, pelantikan jawatan yang tidak lagi eksklusif kepada orang Melayu, tiada lagi parti dominan seperti UMNO, dan sokongan kepada penghapusan akta-akta yang dikatakan drakonian dan menindas.

10. Namun pada sisi yang lain, Neo-Mahathirisme ini masih mengekalkan praktik lama Mahathirisme seperti penguasaan sekelompok elit ke atas sektor ekonomi politik, pelaksanaan ideologi ekonomi ‘Neoliberal’ yang diadun dengan projek berskala nasional, serta ketinggian Nilai Asia dalam mengadaptasi kemajuan teknologi Barat untuk pembangunan negara (contohnya Dasar Pandang ke Timur).

11. Akibatnya, berlakulah pemusatan kuasa dan monopoli kedudukan oleh elit tertentu meski pun dalam Era Malaysia Baharu. Tidak menghairankan sama sekali apabila Tun Mahathir beria-ia untuk mewujudkan projek kereta nasional ketiga (disebut-sebut sebagai Perotiga), tanpa mempedulikan bantahan suara rakyat yang seharusnya menjadi tonggak ‘Reformasi’.

12. Malah, keputusan pelantikan Pengerusi dan Pengarah Khazanah ini dibuat tidak lama selepas seorang lagi ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Jomo Kwame Sundaram membuat kenyataan bahawa projek kereta nasional ketiga yang diimpikan Tun Mahathir perlu diberi pertimbangan. Sejarah membuktikan bahawa ada kaitan yang cukup rapat antara Khazanah di bawah teraju Tun Mahathir dengan projek berkaitan kereta.

13. Perlu diingat bahawa apabila Khazanah diwujudkan pada September 1993 oleh Tun Dr. Mahahthir, antara usahasama (joint-venture) pertama Khazanah ialah projek kereta yang melibatkan Jepun dan China. Seperti mana laporan Business Times (8 April 1994), Khazanah menjadi sandaran Tun Mahathir untuk melabur di negara sedang meningkat naik ketika itu – China dan Jepun. Rujuk karya Sarjana Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez bertajuk ‘Minister of Finance Incorporated: Ownership and Control of Corporate Malaysia’ halaman 37-47.

14. Secara khusus, pelaburan Khazanah ketika itu adalah melibatkan pengeluaran dan pengedaran produk berkaitan kereta di Beijing yang diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Mitsubishi Corp dengan tiga syarikat milik kerajaan China iaitu China North Industrial Group, China Aerospace Corp, dan Aviation Industries of China (The Straits Times 10 Jun 1994).

15. Kini selepas 25 tahun, modus operandi Tun Mahathir kelihatan seolah-olah cuba mengulangi kembali kisah usahasama Khazanah-projek kereta seperti pada 1993. Malah, pada tahun 1993 juga Tun Mahathir mengetuai delegasi besar-besaran Malaysia ke China dengan separuh daripadanya terdiri daripada ahli perniagaan. Dirancang atau sekadar kebetulan, Tun Mahathir kini bukan sahaja kembali menerajui Khazanah dan mengusulkan projek kereta nasional ketiga (ketika di Jepun dan Indonesia), malah beliau juga akan melawat China pada Ogos ini.

16. Selain daripada rangkaian tiga segi Khazanah-Projek kereta-China/Jepun ini, fenomena ‘Neo-Mahathirisme’ juga boleh dikesan berlegar dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya di Selangor dan dikatakan didominasi oleh ‘kem Azmin’. Pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR iaitu Rafizi Ramli pula dikatakan masih teguh dengan ideal ‘Reformasi’. Terkini, bekas setiausaha AMK PKR Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman mendedahkan betapa Selangor kini yang dikuasai Kem Azmin mengamalkan “kronisme dan nepotisme" (https://m.malaysiakini.com/news/436576). Kenyataan beliau turut disokong dua lagi pemimpin peringkat cabang PKR bagi kawasan Sepang, dengan Pemangku ketua Pemuda PKR cabang Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad turut meletak jawatan sebagai solidariti dengan rakan-rakan AMK yang menentang “kronisme dan nepotisme”.

17. Maka tidak hairanlah apabila kem Rafizi Ramli menggunakan slogan ‘Reformasi 2.0’ kerana ‘Reformasi’ yang asal seolah-olah telah mati diganti Neo-Mahathirisme pasca PRU-14. Ringkasnya, pertembungan Rafizi Ramli menentang Azmin Ali dalam Pemilihan PKR 2018 ini bakal menjadi penentu: adakah legasi Neo-Mahathirisme akan menguasai PKR? Ataukah Reformis di bawah slogan Reformasi 2.0 akan berjaya menghalang rangkaian Neo-Mahathirisme daripada terus mara? Bahkan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan juga berkemungkinan bergantung pada keputusan pemilihan ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, regu Tun Mahathir-Azmin Ali terus berada di tampuk kuasa dengan praktik Neo-Mahathirisme yang baru sahaja bermula, persis regu Tun Mahathir-Anwar Ibrahim sewaktu era Mahathirisme dahulu.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

___

suka untuk aku kongsikan info2 dari pihak yg mengkritik kerajaan..

agar kita x menjadi pak turut.. sentiasa menuntut perubahan..
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,021
Reaction score
521
Points
171
pencacai melayu tak kisah,

asal BN tumbang.. jahanam pon jahanam la.. esok2 dah tertunduk merempat, salahkan aja ameno.
Sbb ugama letak tepi..janji perut dulu kenyang
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
915
Points
171
Khazanah melabur ke syarikat coli..

Yg penting portfolio profit melebihi rugi..

Yg rugi tunjuk.,pelaburan untung xnak plak dihighlight

Aku setuju ..khazanah telah lari dr tujuan asal penubuhan..

Tujuan asal khazanah adalah utk mengkayakan anak2 dan kroni mahathir..ini yg sedang diperjuangkan oleh nyanyokk 93tahun
 
Last edited:

Archangel17

Active Member
Joined
Oct 13, 2016
Messages
1,976
Reaction score
286
Points
41
Khazanah melabur ke syarikat coli..

Yg penting portfolio profit melebihi rugi..

Yg rugi tunjuk.,pelaburan untung xnak plak dihighlight

Aku setuju ..khazanah telah lari dr tujuan asal penubuhan..

Tujuan asal khazanah adalah utk mengkayakan anak2 dan kroni mahathir..ini yg sedang diperjuangkan oleh nyanyokk 93tahun

Pelaburan coli yang abam Don cakap tu terpaksa write off.. pendek kata xuntum pon macam abam Don Malaya cakap
 
Sponsored Post
Top
Log in Register