UPDATE :11 MP PKR lompat ? DAH 4! -Siapa SETERUSNYA? Tian Chua?

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).


“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.

Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.

Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.


“Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.

Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”

Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.

The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.

Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.

Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.

Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”

“Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.
-------------------------------------------------------------
Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Dato’ Zahrain Hashim dikabarkan akan mengumumkan untuk keluar dari PKR tengahari ini.

Menurut sumber maklumat pengumuman keluar PKR itu akan dibuat dalam 1 sediang media disebuah hotel di ibu negara hari ini.
http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/02/dato-zahrain-nak-keluar-pkr.html
 
Last edited:
Sponsored Post

HelangMerah

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,281
Reaction score
2
Points
25
mana tau ni...jgn iswara hijo...nanti ada kat cg ni dok main lompat si katak lompat....
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Baguslah lompat.

Lagipun buat apa kalau masih ada anasir-anasir gerombolan dalam PKR. Lompatlah.... esok mai PRU13, berdoalah semoga menang...:eek::eek::eek::eek:
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,208
Reaction score
1,115
Points
201
"Apek di depan ada longkang, lompat! apek! lompat!... Aiyaa...cik siti.."

huhuhuh
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
kalau camni, lain kali jgn buat pru atau prk lg

undi calon guna sms je, psl buang masa dn duit je

nanti dorang lompat parti gakkk
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
ekekekke

lompat jer laaa....

x der hal nyer....
 

Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,911
Reaction score
84
Points
70
yang dah tak guna kaci lompat dan cmpak jer kat UMNO.. sbb tu yang ada kat UMNO sume dah tak boleh pakai...
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Ahli PAS jugak yang tak lompat...heran betul. Tak pernah dengar berita ahli PAS keluar lompat parti.
 

HelangMerah

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,281
Reaction score
2
Points
25
kena tgk gak sebab apa lompat...adakah parti yang diwakili itu ada masalah...? sama2 kita fikirkan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register