Upah bunuh hanya RM350

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Kadar upah rendah untuk membunuh ahli politik di Filipina memburukkan suasana politik

EUSTAQUIO BERSAMIN melawat kawasan perkuburan pada suatu hari dan berdoa di kubur adiknya, seorang ahli politik tempatan yang dibunuh sebaik sahaja dia melangkah keluar dari sebuah gereja pada Disember 2006.

"Sebelum ini memang saya ada memikirkan untuk membalas dendam," kata gabenor baru wilayah Abra yang terletak di utara Filipina.

Tetapi tambahnya: "Kami mahu Abra berdiri teguh untuk sesuatu, selain tidak mahu terlibat dalam 'permainan' tembak-menembak."

Terletak di antara pergunungan dan sungai yang luas, wilayah Abra sedang berusaha untuk memadamkan reputasi buruk sebagai sebuah wilayah yang mempunyai penduduk yang hanya tahu melakukan pembunuhan ke atas ahli politik dan individu yang berkaitan.

Wilayah yang populasinya kira-kira 250,000 penduduk itu hanya mempunyai 88 orang tahanan di penjara. Beliau mendakwa penduduk sengaja menyembunyikan beberapa pembunuh upahan yang amat dikehendaki di wilayah tersebut.

Menurut seorang penduduk, kadar upah untuk membunuh ahli politik tempatan pada pilihan raya tahun lalu hanya 5,000 peso (RM350).

"Itu rumah pengawal peribadi bekas gabenor. Seorang lelaki bersenjata mengetuk pintu rumahnya dan menembak beliau sehingga mati sewaktu kempen pilihan raya," kata seorang pemandu teksi sambil menuding jari ke arah rumah tersebut.

Pemandu teksi itu sedang membawa sekumpulan pelawat meninjau pemandangan bandar di wilayah Abra.

Meskipun mempunyai alam semula jadi yang cantik dan kaya dengan hasil mineral, kebanyakan penduduk di wilayah itu hidup dalam kemiskinan.

Gerila komunis beroperasi tanpa mengikut peraturan dan undang-undang manakala terdapat sebahagian penduduk pekan telah dibuang oleh datuk bandar mereka, jelas Eustaquio lagi.

Murahnya nilai nyawa manusia....~X(
 
Sponsored Post

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
ingatkan kat mesia tadik :eek::-?
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,516
Reaction score
62
Points
120
bagus jugak, sekurang²nya orang takut nak buat jahat sebab nak balas pun senang...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
emm...kan besh kalo ada satu organisasi yang hanya bunuh orang jahat je?
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
eeemm..bole la upah diorg bunuh 'beberapa' org kat israel tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register