Unuseful Posts, Quality Post

Recommended Brokers


Status
Not open for further replies.

Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,043
Reaction score
1,612
Points
101
Forum adalah tempat perbincangan, melontar pendapat dan berkongsi maklumat & pengalaman. Ianya tidak sama dengan konsep 'chatting room' seperti di MIRC, ym conference dan berbagai bentuk 'chatting room' lagi.

Namun kita tidak terlepas dari kumpulan/kelompok ahli (minoriti) seperti dia atas dimana mereka lebih gemar 'offtopic', bergurau senda yang keterlaluan, dan bersembang kosong antara sesama mereka pastinya mengganggu perjalanan sesuatu topik perbincangan. Kelompok ini biasanya terdiri dari :-

1) Ahli yang mengejar jumlah 'posting'.
1) Individu yang ingin menarik perhatian orang ramai (obsessed).
2) Individu yang ingin mencari pasangan.
3) Individu yang tidak tahu menahu/kurang pengetahuan tentang etika berforum yang sebenar. Kurang kematangan secara peribadi (tidak boleh mengawal perasaan) dan gemar meng'ondemn'.
4) Kelompok yang biasa berjumpa antara sesama mereka di luar forum.
5) Individu yang sememangnya tidak menghormati orang lain. Pendek kata bertujuan untuk mengkucar-kacirkan forum perbincangan.

Tips bagaimana mewujudkan topik/thread yang berkualiti
1) Sebagai pembuka topik atau Thread Starter (TS), anda boleh menegur mana-mana ahli yang menggangu topik anda.

2) Sekiranya Ahli A 'offtopic' dengan memulakan soalan atau gurau senda dengan Ahli B secara spesifik, Ahli B tidak perlu melayan atau menjawab. Teruskan perbincangan tanpa mengendahkan Ahli A. Sekiranya ingin berkomunikasi sesama sendiri, gunakan PM atau medium lain.

3) Sekiranya inginkan debat dan perbincangan serius, buka tajuk perbincangan yang rasional/sesuai. Namakan tajuk topik anda dengan tajuk yang sesuai. Elakkan tajuk topik yang kurang serius.

4) Bina identiti anda sebagai ahli yang berkualiti. Apabila anda dikenali sebagai ahli dengan post berkualiti, secara automatik ahli lain menghormati topik perbincangan anda tanpa mengganggu topik perbincangan anda.

Bersamalah kita berubah ke suatu komuniti yang lebih matang dan dapt mewujudkan perbincangan yang lebih berkualiti.
 
Status
Not open for further replies.
Top
Log in Register