Universiti Islam pertama dibuka di Amerika Syarikat

CG Sponsors




zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Universiti Islam pertama dibuka di Amerika Syarikat

BERKELEY 23 Nov. - Sebuah universiti Islam perintis di Amerika Syarikat (AS) dibuka di California bagi membendung perasaan benci dan tidak percaya terhadap umat Islam.

Penubuhan Kolej Zaytuna itu bertujuan mempromosi fahaman sederhana dan membentuk versi rakyat AS di wilayah itu.

Ketika dibuka hanya 15 pelajar mendaftar dan mereka ditempatkan di sebuah blok pejabat yang disewa daripada Universiti Berkeley, California.

Kolej Zaytuna menetapkan sasaran untuk menjadi universiti Islam AS pertama diiktiraf dan mementingkan pencapaian akademik serta asas agama, sama seperti Universiti Columbia dan Rutgers.

"Setiap komuniti agama yang datang ke AS akhirnya akan mencapai tahap di mana mereka memerlukan institusi pendidikan sendiri untuk memastikan kewujudan mereka dan komuniti kami kini berada pada tahap itu," kata pengasas bersama Kolej Zaytuna, Hamza Yusuf.

Kesesuaian cadangan pembinaan masjid berhampiran tapak serangan 11 September di New York masih hangat diperdebatkan, sesuatu yang disifatkan penganalisis sebagai petanda jelas keraguan rakyat AS terhadap Islam.

Menurut tinjauan terbaru oleh Pew Research, lebih 30 peratus rakyat AS percaya Islam menggalakkan keganasan dan ramai berpendapat agama itu tiada tempat di negara Yahudi-Kristian ini.

Pengasas Zaytuna berkata, diskriminasi yang dihadapi penganut Islam di AS tidak ada bezanya dengan apa yang dihadapi agama Katholik pada abad ke-19 atau Yahudi pada abad ke-20 dan ia hanya masalah masa sebelum diterima sepenuhnya.

"Pendidikan secara umumnya merupakan satu daripada cara utama pemulihan kepada kejahilan," kata Pengerusi Hal Ehwal Akademik di Kolej Zaytuna yang turut mengajar di Universiti California di Berkeley, Hatem Bazian.. - Reuters

Sumber

http://www.zaytunacollege.org/


Permulaan yang kecil untuk kejayaan yang besar...
 
Sponsored Post

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
syabas bethe...pas ni taraf kolej tu harap2 akan berkembang jadi universiti.
 

kipas

Active+ Member
Joined
Apr 26, 2010
Messages
2,544
Reaction score
69
Points
30
Hamza Yusuf memang terkenal dengan pembawakan sederhana. Beliau antara pendakwah yang matang dalam Islam. Sesuai dengan keadaan tempat dan masyarakat di sana. Ramai yang tertarik. Saya sendiri selalu ikuti perkembangan beliau. Kalau nk dengar ucapan beliau, atau temuramah, search di youtube.

Tahniah, satu perjuangan murni
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
syukur islam makin maju di us ... :)cgrock:)cgrock
 

PerawanTampan

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2010
Messages
671
Reaction score
41
Points
20
Ini lah yang patut dicontohi dan berbeza dengan tokoh agama kat negara kita yang sebok bertelagah dan berpolitik...
aku respek orang2 muslim yang ader kat negara2 non muslim diorang ni suke belajar dan mengkaji sambil berdakwah...
kalau kat malaysia aku suke persatuan macma(persatuan cina muslim malaysia) yang gencar bedakwah dikalangan cina...
berbeza dengan persatuan islam yang diterajui oleh orang melayu yang lebih bersifat politik dan perkauman...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register