BTC USD 54,304.9 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United United catat kejayaan ke-900

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Kemenangan Manchester United menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 di Old Trafford semalam menyaksikan rekod kemenangan ke-900 United sejak dibimbing pengurus, Sir Alex Ferguson.

Wayne Rooney, Antonio Valencia dan Nemanja Vidic menjaringkan gol kemenangan untuk United bagi memastikan pasukan itu kembali di atas berkongsi 37 mata dengan pendahulu liga, Chelsea.

Bagaimanapun, Chelsea masih menduduki tempat teratas liga melalui perbezaan jaringan gol dan mempunyai kelebihan satu perlawanan bertemu Portsmouth.

Aston Villa pula menduduki tangga ke tiga liga selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sunderland, sementara Birmingham City di tangga ke enam menewaskan Blackburn Rovers 2-1. Manakala Bolton berada di zon selesa selepas menewaskan West Ham 3-1.

Ferguson yakin anak buahnya mampu mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut setelah pengurus Wolves, Mic McCarthy membuat perubahan ke atas skuadnya selepas menewaskan Tottenham minggu lalu.

”Wolves mulanya membuat kami terpaksa bekerja keras meskipun perlawanan ini menurunkan barisan kedua mereka. ”Kami mengambil masa untuk menemui rentak permainan dan jaringan awal nyata memberi keselesaan kepada kami,” katanya.

Penyerang England, Wayne Rooney membuka tirai jaringan United hasil tendangan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-30 selepas menerima hantaran sepakan sudut Darron Gibson.

Nemanja Vidic menambah derita Wolves beberapa minit sebelum babak pertama tamat menerusi tandukan.

Tendangan jarak jauh Antonio Valencia pada minit ke-66 menutup tirai kemenangan selesa United. Wolves kini memasuki zon penyingkiran dalam liga perdana.
 
Sponsored Post

matagas

Super Active Member
Messages
8,224
Joined
Feb 2, 2007
Messages
8,224
Reaction score
31
Points
110
masuk thread MU dh le...tak perlu buka thread baru rasanya:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register