Unit Berkuda FRU sesuai jaga sempadan negara

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,880
Reaction score
218
Points
33
UNIT Berkuda FRU. FOTO BERNAMA


Kuala Lumpur: Penempatan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu penugasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis adalah relevan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara.

Ini bukan kali pertama pasukan berkuda ditugaskan di kawasan sempadan itu, malah mereka telah ditempatkan di situ sejak 1995, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.

Beliau berkata kawasan di sempadan mempunyai pelbagai bentuk muka bumi dan sesuai untuk Unit Berkuda ini digerakkan, terutama di kawasan yang tidak sesuai untuk dilalui kenderaan.

"Peranan Unit Berkuda adalah sebagai elemen sokongan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan memberi fokus kepada langkah-langkah pencegahan penyeludupan di kawasan yang bersesuaian seperti di jalan-jalan keselamatan yang mempunyai kawasan lapang dan perumahan antara sempadan Malaysia-Thailand.

"Posisi anggota Unit Berkuda berada dalam ketinggian kira-kira 10 kaki ketika berada di atas kuda, memudahkan anggota untuk mengesan sebarang pergerakan yang mencurigakan dari kawasan perumahan yang berada di seberang sempadan," katanya di Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata selain itu, Unit Berkuda ini juga menjalankan rondaan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti lokasi perniagaan di sekitar Padang Besar, Perlis.

"Penugasan ini bertujuan sebagai elemen 'Show Off Force' dan 'Omni Presence' bagi menambah kayakinan masyarakat dengan menunjukkan kehadiran anggota keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai," katanya.

Abdul Rahim berkata setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai lebih 50 ekor kuda bagi penugasan di seluruh negara. Unit itu berpangkalan di FRU Cheras.

Unit Berkuda PDRM digerakkan untuk membantu penugasan di kawasan sempadan negara susulan insiden berbalas tembak antara kumpulan penyeludup dengan dua anggota PGA November tahun lalu yang menyebabkan seorang anggota PGA Senoi Praaq maut manakala seorang lagi cedera.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Abdul Rahim menafikan dakwaan yang mengatakan anggota PGA Senoi Praaq tidak menerima layanan sama seperti unit lain.

"Tidak timbul isu layanan yang tidak sama kerana PGA mementingkan semangat setia kawan sama ada semasa bertugas mahupun dalam kehidupan seharian. Pucuk pimpinan PDRM sentiasa mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan kemajuan kerjaya anggota Senoi Praaq," katanya.

Abdul Rahim berkata sebahagian besar pasukan Senoi Praaq dianggotai masyarakat Orang Asli, namun terdapat sejumlah kecil pegawai dan anggota dalam batalion itu yang terdiri daripada kaum-kaum lain.

"Pasukan ini memang dikhaskan untuk Orang Asli kerana kemahiran ilmu hutan yang dimiliki golongan ini. Namun, jika seseorang anggota Senoi Praaq itu boleh digerakkan ke mana-mana jabatan (lain dalam PDRM) dengan kelulusan (pendidikannya) maka kita akan buat (pindahkan ke unit atau jabatan lain)," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, pasukan Senoi Praaq mempunyai kekuatan anggota seramai 782 orang di seluruh negara, terdiri daripada 452 orang daripada Batalion 3 PGA di Bidor, Perak dan 330 anggota di Batalion 18 PGA di Pengkalan Hulu, Perak.


== hmetro
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,447
Reaction score
2,002
Points
201
Bela anjing je jimat
haha
daging Kuda kita mkn sodap
 

akukuli

Active Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,384
Reaction score
98
Points
35
Sian kuda tu
Baik bela drone byk2
Leh main tembak2 mcm star wars..
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,553
Reaction score
901
Points
171
kenapa tak guna scramble
Lagi mudah dan praktikal dari kuda.

Kuda nanti geng sumpit lembu sumpit..kiok juga..haha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,282
Reaction score
1,542
Points
201
maybe maintenance kuda lagi murah kot dari moto
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,727
Reaction score
597
Points
81
kenapa tak guna scramble
Lagi mudah dan praktikal dari kuda.

Kuda nanti geng sumpit lembu sumpit..kiok juga..haha
klau scrambler mahal bos, silap2 stu buah tu mau kena ketuk sampai 80k
 

simplest_box

Active+ Member
Joined
May 21, 2012
Messages
4,948
Reaction score
135
Points
43
Belah sini bg idea gini, belah sana bg idea gitu. Last2 tak sudah berbalah. Abeh masa gitu je je
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,099
Reaction score
222
Points
83
patut buatlah unit bergajah, sebab malaysia masih banyak gajah.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
Boleh la nak kejar penjenayah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register