Xploit Machine
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,642
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 43,642
- Reaction score
- 5,301
- Points
- 516
- Awards
- 1
Telekom Malaysia sedia menawarkan tambahan sejumlah peranti bersama penawaran pakej Unifi 800Mbps dan beberapa yang lain, termasuk tablet dan juga televisyen. Menariknya, bermula hari ini, TM turut menawarkan konsol popular, PlayStation 5 Edisi Digital bersama-sama langganan pelan Unifi 800Mbps. Pengguna boleh mendapatkan konsol PS5 ini pada harga tambahan RM119 sebulan.
Melalui semakan kami, pengguna perlu menambah semua penawaran Unifi dibawah satu pakej untuk layak mendapatkan PlayStation 5 ini, iaitu termasuk Unifi 800Mbps, Unifi Mobile (Postpaid 65), dan juga Unifi TV. Ini sekaligus membawa kepada keseluruhan harga yang perlu dibayar setiap bulan adalah RM523. Langganan perkhidmatan Unifi ini tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan.
Unifi menawarkan PlayStation 5 Edisi Digital bersama berkas God of War, serta tambahan alat kawalan DualSense bersama penawaran ini. Bagi anda, adakah berbaloi untuk mendapatkan produk ini melalui langganan Unifi?