News Unifi Berada Di Bawah Hampir Untuk Semua Kategori Rangkaian Mudah Alih, OpenSignal

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Laman analisis dan statistik OpenSignal telah menobatkan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan internet terbaik bagi kategori penstriman video dan permainan. Maxis mengatasi Celcom, DiGi, uMobile dan Unifi bagi kategoti tersebut. Malah Maxis juga turut dinobatkan sebagai juara bagi kelajuan muat turun.

Opensignal_chart.png


Maxis menerima markah sebanyak 60/100 bagi penstriman Video, 55.3/100 bagi penstriman permainan dan mencapai kelajuan muat turun 4G sehingga 16.9Mbps. Walaubagaimanapun, penyedia utama rangkaian internet di Malaysia, Unifi berada di tangga terbawah bagi hampir semua kategori rangkaian mudah alih. Unifi menerima markah terendah bagi kategori penstriman video, muat turun, muat naik, dan liputan 4G mudah alih di Malaysia.

Opensignal_chart-1.png


Namun begitu, Unifi masih menerima skor yang baik dan bersaing rapat dengan penyedia rangakaian internet mudah alih yang lain untuk kategori permainan mudah alih, panggilan menerusi aplikasi suara dan capaian 4G.

Opensignal_chart-2.png


Sebelum ini telah dilaporkan bahawa U Mobile telah menjadi penyedia rangkaian internet mudah alih yang paling ketara meningkat naik antara separuh pertama tahun 2019 hingga separuh pertama 2020.
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,440
Reaction score
569
Points
126
w-5.png
w-40.png

unifi band 40 untuk kelajuan. sesuai untuk internet, unifi air.
unifi band 5 untuk liputan meluas. kelajuan nombor 2 seperti waze, wasap.
ujian dilakukan pukul 10 malam.
unifi perlahan itu band 5.
 

apodio

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2014
Messages
426
Reaction score
31
Points
30
1) Ujian di tpt sama atau berbeza tu tuan?
2) Kalau tpt sama, cmna nak suruh speedtest amek band mana?
3) Gambar tu, yg atas band 5 yg bawah band 40 kan?
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,440
Reaction score
569
Points
126
1) Ujian di tpt sama atau berbeza tu tuan?
2) Kalau tpt sama, cmna nak suruh speedtest amek band mana?
3) Gambar tu, yg atas band 5 yg bawah band 40 kan?
dalam rumah pakai nokia 1. tingkap sebelah matahari naik dapat band 5, belah matahari turun band 40. tower berlainan.
smartphone sekarang tak boleh lock band. signal mana kuat itu dia pakai.
kalau beli modem/mifi disyorkan cari yg tak support band 5. tak poning kepala dapat unifi perlahan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register