BTC USD 49,422.9 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ungkapan "Bastard": Tindakan tegas untuk Tajuddin

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Ungkapan "Bastard": Tindakan tegas untuk Tajuddin

Nov 7, 08 7:12pm

http://www.malaysiakini.com/news/92677



Pakatan Rakyat mendesak tindakan tegas diambil terhadap ahli parlimen BN Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana menggunakan perkataan biadap dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

"Untuk menjaga kemulian dan maruah parlimen, ahli-ahli parlimen DAP dan Pakatan akan mendesak tindakan paling keras diambil terhadap Tajuddin bagi perilaku kasarnya apabila menuturkan perkataan bastard (anak haram) dan bloody bastard di Parlimen terhadap seorang ahli parlimen lain.

"Perkataan sebegitu tidak patut didengar sekali lagi dalam dewan Parlimen Malaysia," kata ahli parlimen popular DAP Lim Kit Siang.

Kelmarin, Tajuddin menyerang seorang wakil DAP M Kulasegaran denga kata-kata kesat itu selepas wakil Ipoh Barat mendakwa penduduk India di kawasan pemimpin Umno itu membencinya.

Setelah ditegur yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beliau menarik balik kata-kata itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, Tajuddin patut digantung sekurang-kurangnya setahun kerana menggunakan perkataan tersebut, memandang beberapa wakil pembangkang dikenakan tindakan keluar dewan atas kesalahan kecil.

Semalam dua wakil rakyat DAP Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) digantung sehari daripada menghadiri sidang dewan kerana membantah keputusan Pandikar Amin berhubung kata-kata Tajuddin.

Selasa lalu, Tian Chua (PKR-Batu) digantung kehadirannya kerana membantah langkah pembentangan pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion, yang didakwa melanggar peraturan tetap Dewan Rakyat, oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) digantung dua hari kehadirannya kerana menuduh yang dipertua dewan membuat keputusan "main-main" berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwanya menghina orang buta.

Lim menambah, jika Tajuddin dibiarkan lepas daripada sebarang tindakan, kata-kata carutan akan lebih senang dilontarkan di dalam Parlimen.

Ahli parlimen Ipoh Timur berkata, penarikan balik kata-kata Tajuddin tidak dapat menghilangkan kerosakan yang ditimbulkan.




p/s : standar ah "bastard"...UMNO kan parti samseng...:D
 
Sponsored Post

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
basetad tul la dorang ni
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
pandikar nie mmg 'main²'..
wat malu btl ar ade dipertua dewan yg penakut
 

mikhail

Fun Poster
Joined
Sep 19, 2006
Messages
880
Reaction score
0
Points
15
pandikar nie mmg 'main²'..
wat malu btl ar ade dipertua dewan yg penakut

paling penakut sbb takut anak bini tak dapat gi shopping selalu,hanya jadi badut di tepi jalan je layak utk nyer hehehe...:D:D
 

rising_spirit

Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
1,456
Reaction score
1
Points
25
kenapa Tan Sri Pandikar Amin Mulia tak ambik tindakan mengantungkannya??

memang baseted tul laa .
 

suffian takaful

Active Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
1,896
Reaction score
1
Points
25
patutnya si tajuddin dah kena gantung...Kalau ahli parlimen PR yg cakap "bastard" mahu sureheboh se Malaya dibuatnya.
 

Light

Banned
Joined
May 27, 2008
Messages
2,315
Reaction score
5
Points
25
xkuar kat berita tibi pun?? :-?
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
klau dah asasnya mmg busuk... pkai la topeng apa pun...
lelama orang tau jugak....
smakin lama ... umno semakin terserlah kebusukkannya....
 

Emie

Legendary Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
11,955
Reaction score
71
Points
120
bila terlebih terrer cakap omputih..
ni ketuanan melayu ker ketuanan omputih..
:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register