BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Undian WhatsApp Kini Dengan 3 Ciri Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Pengguna di Malaysia sudah pun boleh menggunakan ciri undian di dalam aplikasi WhatsApp sejak November 2022 lepas. Tetapi kini Meta telah mengumumkan tambahan lagi 3 ciri baharu khusus untuk ciri undian di dalam WhatsApp. Ciri baharu undian yang pertama adalah pilihan kepada pencipta undian membenarkan orang ramai mengundi sekali sahaja. Anda hanya perlu matikan pilihan benarkan berbilang jawapan semasa membuat undian.

01_Polls-Updated_1_2-Carousel.jpg


Ciri baru undian yang kedua pula adalah anda boleh menapis mesej melalui undian, sama sepertimana anda yang boleh anda buat carian untuk foto, video atau pautan. Pada skrin Sembang, tekan Cari dan kemudian Undian untuk mencari senarai semua keputusan.

02_Polls-Updated_2_2-Carousel.jpg


Ciri terbaru ketiga untuk undian di dalam WhatsApp adalah Anda kini akan menerima notifikasi apabila seseorang mengundi pada undian ciptaan anda. Malah akan ditunjukkan jumlah orang yang telah mengundi secara keseluruhan supaya anda boleh mengikuti perkembangan terkini dan respon dengan mudah pada undian tersebut.

Ketiga-tiga ciri abharu ini sudah pun ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp. Jadi pastikan anda mengemas kini versi aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini bagi menerima kesemua ciri baharu WhatsApp.

Sumber asal Meta
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register