BTC USD 63,651.3 Gold USD 1,806.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UNDI 18: Persiapan SPR Pinda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
UNDI 18 | Persiapan SPR Pinda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,300
Reaction score
15,059
Points
1,906

Daftar automatik, Undi18 sebelum 30 Dis​


September 23, 2021 9:48 PM

Protest-Against-EC-Undi-18-Delay-270321-FMT-02.jpg


Selain inisiatif Undi18, cadangan untuk pendaftaran automatik pengundi juga akan dilaksanakan sebelum tahun ini berakhir, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


KUALA LUMPUR: Pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun ke atas sebagai pengundi dijangka dilaksanakan menjelang Disember 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengenal pasti dan mencari penyelesaian untuk pelaksanaan Undi18 serta pendaftaran automatik.

“SPR komited untuk melaksanakannya, paling lewat pada 30 Dis 2021,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau turut mengesahkan, sebelum 31 Dis 2021 akan ada 5.6 juta pengundi tambahan, dengan 4.4 juta daripadanya berusia 21 tahun ke atas.



Tambahnya, setiap tahun 500,000 pengundi baharu akan mencapai usia 18 tahun seterusnya layak mendaftar.



Sebelum ini Wan Junaidi berkata SPR bersedia melaksanakan pindaan Undi18 saja sebelum 31 Disember ini, tetapi tidak termasuk pendaftaran automatik.

Katanya, Putrajaya akan akur dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuching supaya kerajaan melaksanakan pindaan Undi18 sebelum 31 Disember.

Dalam keputusan itu, mahkamah membenarkan cabaran undang-undang difailkan lima remaja Sarawak terhadap keputusan kerajaan terdahulu pimpinan Muhyiddin Yassin untuk tidak melakukannya sebelum Julai lalu. Wan Junaidi berkata kerajaan belum memutuskan sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Rang Undang-undang Undi18 diluluskan Dewan Negara pada Julai 2019 dan diwartakan dua bulan kemudian. Ia menurunkan usia mengundi dari 21 kepada 18.

SPR sebelum ini mengatakan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik akan dilaksanakan mulai Julai, namun ditangguhkan ke September tahun depan akibat Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
Da berpuluhtahun merdeka
Budak wecet melayu blom bersedia
6-A6-D1-EF2-9-FC6-4-BCB-8-B4-C-2-A8-DE58-DB053.jpg
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
Diorg sengaja tu tanak kasi melayu menang akan dtg

Janji menangkan perut keluarga sendiri 🤪
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,287
Reaction score
2,278
Points
201

Jgn lupe ya... Post kt tiktok gan bigo.. ramai remaja kt situ takut dia org tak tgk hahaha
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
Budak2 main tiktok
Tak payah la ajak

Undi perlukan kematangan - ayahchik

"Dalam Islam kita sebut 'sinnu rusydi- tahun kematangan. Kematangan boleh berlaku 16 tahun, 18 tahun. Boleh berlaku 25 tahun, orang umur 40 tahun tak matang pun ada.

"Tapi malangnya kita berpandu kepada konsep demokrasi Barat, pada umur bukan kematangan.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,287
Reaction score
2,278
Points
201
Budak2 main tiktok
Tak payah la ajak

Undi perlukan kematangan - ayahchik

"Dalam Islam kita sebut 'sinnu rusydi- tahun kematangan. Kematangan boleh berlaku 16 tahun, 18 tahun. Boleh berlaku 25 tahun, orang umur 40 tahun tak matang pun ada.

"Tapi malangnya kita berpandu kepada konsep demokrasi Barat, pada umur bukan kematangan.

Da berumur pon tiktok gak.. tiktok bukan perukur kematangan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihanraya akan datang selepas pendaftaran pemilihan secara automatik mula dikuatkuasakan.

Pelaksanaan Undi 18 ini akan memberi peluang kepada belia Malaysia turut serta dalam hal berkaitan pembentukan dasar dan merancakkan pembangunan negara yang demokrasi ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,300
Reaction score
15,059
Points
1,906
Semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dipastikan berdaftar. #AWANInews #AWANI745

Parlimen: Tiada yang terkecuali, pendaftaran pengundi automatik - Mas Ermieyati​

Astro Awani
Oktober 6, 2021 14:08 MYT
Parlimen: Tiada yang terkecuali, pendaftaran pengundi automatik - Mas Ermieyati

Mas Ermieyati Samsuddin memberitahu SPR komited untuk laksanakan pendaftaran pengundian secara automatik dan Undi18. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Tiada warganegara berusia 18 tahun ke atas yang akan terkecuali daripada didaftarkan sebagai pengundi susulan perlaksanaan pendaftaran undi automatik dan Undi18 pada 31 Disember ini, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata, perkara itu sebagaimana yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Menurutnya, pendaftaran pengundi automatik yang akan dilaksanakan pada 31 Disember ini berdasarkan keputusan Mahkamah Kuching baru-baru ini.


"Berdasarkan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) komited untuk laksanakan pendaftaran pengundian secara automatik dan Undi18.
"Sebab itu segala maklumat atau warganegara pasti akan turut didaftarkan sebagai pengundi. Kalau ikut apa yang termaktub dalam undang-undang, tidak akan ada yang terkecuali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai pendaftaran automatik sama ada ia akan akan melibatkan rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara dan penduduk Sabah Sarawak yang berada di Semenanjung serta mekanisme pelaksanaannya.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal, Mas Ermieyati berkata, pengundi-pengundi di Negeri Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung digalakkan untuk memohon pertukaran Bahagian Pilihan Raya berdasarkan tempat bermastautin terkini.

Menurutnya, tindakan itu bagi memudahkan urusan pengundian bagi suatu pilihan raya umum atau kecil sekiranya tidak termasuk dalam golongan yang mendapat kemudahan mengundi secara pos.

“Buat masa ini, kemudahan mengundi secara pos diberikan kepada pengundi terdiri daripada ahli SPR dan kakitangan SPR; petugas pilihan raya; tentera, polis, dan Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas pada hari mengundi awal.

“Turut dibenarkan kepada pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi; kakitangan bagi sembilan agensi (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara-UTC, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang bertugas pada hari mengundi.

“Selain itu, turut termasuk pengundi Malaysia yang berada di luar negara (kecuali Brunei, Singapura, Kalimantan dan Selatan Thai); dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar universiti/institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangan,” katanya.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register