BTC USD 37,217.5 Gold USD 1,797.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UNDI 18: Pendaftaran Pemilih Automatik Berkuat kuasa 15 Dis - SPR

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
Pindaan akan dibuat dalam sidang yang akan datang, kata Exco Selangor, Mohd Khairuddin Othman.


Selangor pinda undang-undang tubuh, benar usia 18 tahun bertanding pilihan raya​


November 13, 2021 7:15 PM

mengundi-undi-pengundi-voting-polling-fmt-140519-4.jpg


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman, berkata kerajaan negeri mendukung penuh inspirasi pembangunan belia di Selangor.

SHAH ALAM: Selangor akan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri itu bagi membenarkan calon dari kalangan belia berusia 18 tahun, bertanding dalam pilihan raya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bermula 26 Nov depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman, berkata pindaan undang-undang tubuh itu, selaras dengan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 15 Julai 2019 untuk menurunkan umur warganegara yang layak bertanding dalam pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun.

Katanya, pindaan perlembagaan itu juga menurunkan umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

“Pindaan akan dibuat dalam sidang yang akan datang ini dan kerajaan negeri mendukung penuh inspirasi serta pembangunan belia di negeri ini untuk masa depan Selangor,” katanya pada sidang media Townhall Undi 18 Wacana Pemacuan Undi 18 Negeri Selangor, di sini.



Mohd Khairudin berkata, program yang dilaksanakan jawatankuasa beliau hari ini juga, sebagai persiapan dalam mengumpulkan dapatan berkaitan pelaksanaan Undi 18 di peringkat Selangor.

Sidang DUN Selangor dijadualkan pada 26 Nov sehingga 9 Dis depan.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
1637754868817.png


18 tahun jadi calon p'raya: MB, KM setuju pinda undang-undang negeri
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Nov 24, 2021 7:47 PM


Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 semalam.

"Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, beliau turut mengajak semua kerajaan negeri agar menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.

"Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 semalam.

"Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, beliau turut mengajak semua kerajaan negeri agar menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.


"Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya.
- Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
CALON PILIHAN RAYA | Setuju Pinda Benar Individu 18 Tahun Jadi Calon

Semua negeri akan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing bagi membenarkan individu yang berusia 18 tahun keatas menjadi calon Pilihan Raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-137 siang tadi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mematuhi tarikh akhir 31 Dis ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuching.

Kalau tak laksana Undi18, PM dan kerajaan dianggap hina mahkamah, kata menteri​





November 25, 2021 2:57 PM


ELECTION_UNDI_VOTE_FMT_22122020-9.jpg


Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerajaan akan melaksanakan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik sebelum 31 Dis tahun ini seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Perdana Menteri akan dianggap menghina mahkamah jika Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik tidak dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata justeru kerajaan akan melaksanakannya sebelum tarikh itu.

“Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Rang undang-undang ini mesti dilaksanakan sebelum tamatnya persidangan ini.
“Oleh kerana hakim telah menetapkan, kalau kita tidak melaksanakan maknanya Perdana Menteri, kerajaan Malaysia akan ‘contempt of court’. Jadi, dengan sendirinya perundangan itu mesti dibuat,” katanya di Dewan Rakyat.



Sidang Dewan Rakyat berakhir pada 16 Dis manakala sidang Dewan Negara berakhir pada 23 Dis.
Mahkamah Tinggi Kuching, pada 3 Sept, memerintahkan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.

Kerajaan menegaskan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.

Wan Junaidi berkata beliau telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa dalam masa dua minggu dari sekarang, beliau akan membentangkan pindaan Artikel 119 bagi meminda undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik.

Usul kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran automatik pengundi diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengambil langkah segera untuk melaksanakannya secepat mungkin termasuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan prasarana yang betul.

Katanya, SPR telah menyerahkan pembentangan kepada Jemaah Menteri pada 23 Nov dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah bersetuju untuk meminda undang-undang kerajaan negeri mereka.
Undi18 tidak akan dilaksanakan ketika pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan pada 18 Disember ini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
UNDI18 | Pelaksanaan, Pendaftaran Automatik Sebelum 31 Disember

Umur kelayakan pengundi 18 tahun atau Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember ini.

Ia selaras keputusan jemaah menteri dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching 3 September lalu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
UNDANG-UNDANG JOHOR | Cadang Pinda Umur Calon Pilihan Raya Kepada 18 Tahun

Satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diadakan segera bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkaitan menurunkan umur calon bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada pilihan raya akan datang.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
SPR | Pengundi 18 Tahun, Pendaftaran Pemilih Automatik Berkuat Kuasa 15 Disember

Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik berkuat kuasa pada 15 Disember ini, selepas ia diwartakan semalam.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pewartaan seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan, Pindaan 2019 mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
SPR | Pendaftaran Automatik, Pengundi 18 Tahun Berkuat Kuasa 15 Disember

Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
FB_IMG_1638461726899.jpg

FB_IMG_1638461732908.jpg

📌Undi 18 & Pendaftaran Pemilih Automatik / Sekilas Kronologi Pindaan Undi 18
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
Pindaan terhadap Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 itu diluluskan, selepas dibahas dan mendapat persetujuan daripada kesemua ADUN pada sesi persidangan petang tadi.

Selangor lulus had umur ADUN kepada 18 tahun​





December 6, 2021 9:20 PM


Amirudin-Shari-bernama-061221.jpg


Amirudin Shari berkata pindaan tersebut bagi mengikut Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan yang dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (Akta A1603), untuk menurunkan had umur layak bertanding daripada 21 ke 18 tahun bagi calon Ahli Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021, bagi menurunkan had umur seseorang warganegara yang layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Pindaan terhadap Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 itu diluluskan, selepas dibahas dan mendapat persetujuan daripada kesemua ADUN pada sesi persidangan petang tadi.

Menteri Besar Amirudin Shari ketika mencadangkan Rang Undang-Undang berkenaan, berkata pindaan tersebut bagi mengikut Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan yang dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (Akta A1603), untuk menurunkan had umur layak bertanding daripada 21 ke 18 tahun bagi calon Ahli Dewan Rakyat.

Amirudin berkata melalui Akta A1603 itu juga, Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan menurunkan had umur kelayakan calon bagi DUN daripada 21 ke 18 tahun.



Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil tindakan meminda Undang-Undang Tubuh bagi tujuan menguatkuasakan pindaan berkaitan had umur calon DUN tersebut, suatu undang-undang boleh digubal Parlimen bagi penguatkuasaan perkara itu.

“Berdasarkan peruntukan Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan, suatu undang-undang boleh digubal oleh Parlimen bagi menguatkuasakan peruntukan berhubung had umur ADUN tersebut, atau menghapuskan mana-mana peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh negeri yang tidak selaras dengan kehendak Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata kesemua ADUN pada persidangan tersebut bersetuju secara dasar untuk meluluskan enakmen berkenaan, walaupun pelbagai pandangan dibahaskan.

“Ini satu tanda aras, lembaran baharu dalam DUN Selangor kerana berjaya meluluskan (Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 ) tersebut pada bacaan ketiga hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menangguhkan DUN sehingga pukul 10 pagi esok.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register