Undang-undang ciptaan UMNO adalah punca utama nama & hukum Allah diperlekehkan

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
As salamu alaykum wbt.

Tidak ramai yang tahu punca sebenar huru-hara yang berlaku pada hari ini, iaitu kes kelulusan penggunaan nama Allah oleh Herald Church adalah akibat daripada perbuataan UMNO.

Sepertimana yang kita tahu, Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan membuat keputusan berdasarkan Perlembagaan Negara Malaysia, iaitu Perkara 11 yang menjamin hak-hak kebebasan beragama.

dan sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, Perkara 11 juga membenarkan orang Islam MURTAD @ keluar daripada agama Islam asalkan ikut prosedur yang disediakan.

kali ini, Perkara 11 yang direka dan digunapakai oleh UMNO ini juga membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah dalam pengamalan agama mereka.

apakah itu Perkara 11 Perlembagaan Malaysia :

Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak--

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
so, oleh kerana isu ini ialah isu yang melibatkan Mahkamah dan Perlembagaan Malaysia, maka sewajarnya kita melihat isu ini dari konteks yang sama :

1) Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.. Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

2) Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

3) Maka dengan itu, keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan Malaysia ciptaan UMNO apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Dan keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah dengah hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 (1) adalah juga keputusan yang betul dari segi undang-undang.

4) Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa Herald telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 (4) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang–orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

5) Oleh kerana Mahkamah ialah satu badan kehakiman yang terikat dengan bukti dan keterangan, maka jika dirujuk kepada Perkara 11(5), Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh Herald Church adalah menjejaskan keselamatan negara.


**************

kesimpulannya, UMNO tidak perlu menuding jari atau mintak sebarang pendirian daripada mana-mana pihak sebab apa yang berlaku adalah berpunca daripada UMNO itu sendiri.

UMNO cuba mengabui mata rakyat daripada melihat dari sudut Perlembagaan Malaysia ciptaan UMNO dengan cara menuding jari kepada pendirian PAS itu dan ini.

PAS sudah lama inginkan supaya Islam diletakkan di atas Perlembagaan Malaysia, tapi keengganan UMNO menjadikan Islam sebagai sebagai dasar negara, dan ambil undang-undang kafir sebagai dasar negara adalah PUNCA utama kenapa Islam hari ini diperlekehkan.

walaupun terdapat keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun sayangnya Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berada di atas Perlembagaan Malaysia. oleh itu, segala keputusan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan sendirinya adalah terbatal dari sudut Perlembagaan Malaysia sekiranya didapati bercanggah.

oleh itu, cara untuk mengatasi masalah ini, ialah juga melalui proses undang-undang dan Perlembagaan Malaysia itu sendiri.

1) UMNO harus kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu meletakkan Islam di tempat yang tinggi mengatasi mana-mana undang-undang @ perlembagaan di negara ini.

2) UMNO harus mengubah Perkara 11 ini, agar menjadikan Islam sebagai yang lebih utama :

(a) mewartakan agar orang bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan eklusif untuk orang Islam seperti Allah, Solat, Haji, Umrah dan sebagainya.

(b) mengecualikan orang Islam daripada Perkara 11(1) agar orang Islam tidak sekali-kali dibenarkan MURTAD dengan ikut prosedur.

3) sekiranya UMNO enggan mengubah semua ini, apa lagi yang kita nak cakap? mahu sokong lagi UMNO yang menjadi dalang utama terhadap penghinaan Islam pada hari ini? nak sokong lagi UMNO yang buat perlembagaan negara yang benarkan orang Islam murtad dan benarkan pula orang kafir pakai nama Allah? so, jika UMNO masih enggan, saya berani kata hukumnya adalah WAJIB bagi orang Islam menjatuhkan UMNO.

sebab itu UMNO tidak lebih daripada munafiq lagi hikpokrit. begitu juga dengan penyokong-penyokong UMNO.


p/s : Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam (kes Halimatusadiah) di atas alasan menjaga kepentingan awam. Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin dan ali-ahli UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
hidup umno :))

undi umno masuk syurga !
 

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
susah sangat kerr nak ubah tu :-?:-?:-?
 

ayop

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
4,041
Reaction score
0
Points
20
yer jgn sokong UMNO... :))

sokong jer PIS sebab:

1. PIS tidak letakkan perlaksanaan islam sebagai dasar dalam pakatan haram..
2. PIS akan melaksanakan HUDUD suku PIS yg hanya melbatkan org islam sahaja.. org kafir di malaysia tak kena..
3. sokong PIS boleh masuk syurga.
4. hari ini beria2 nak laksana hudud jika dapat memerintah... lepas kena warning dgn "kawan" terus tarik statemen...


aku bukan lawyer.. tapi pandangan aku sahaja.. dalam 11(1) bebas mengamalkan agama masing2. dalam agama kristian yg berpegang pada injil... ada ke perkataan "ALLAH" dalam injil yg kristian amalkan sekarang?
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,879
Reaction score
49
Points
125
apa yang perlu UMNO buat nak ubah perlembagaan tu? maaf lah aku tak pandai sangat bab-bab nie..

lagi satu.. kalau UMNO dah ubah perlembagaan tue, keputusan Mahkamah 31/12 hari tu terbatal ke? kes murtad Lina joy pon terbatal ke? atau kena masuk court sekali lagi?
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,879
Reaction score
49
Points
125
yer jgn sokong UMNO... :))

sokong jer PIS sebab:

1. PIS tidak letakkan perlaksanaan islam sebagai dasar dalam pakatan haram..
2. PIS akan melaksanakan HUDUD suku PIS yg hanya melbatkan org islam sahaja.. org kafir di malaysia tak kena..
3. sokong PIS boleh masuk syurga.
4. hari ini beria2 nak laksana hudud jika dapat memerintah... lepas kena warning dgn "kawan" terus tarik statemen...


aku bukan lawyer.. tapi pandangan aku sahaja.. dalam 11(1) bebas mengamalkan agama masing2. dalam agama kristian yg berpegang pada injil... ada ke perkataan "ALLAH" dalam injil yg kristian amalkan sekarang?
ko nyer pemikiran macam mamak kutty mahathir bedebah tu jer la.. apa salahnya hanya melibatkan orang Islam ajer? tak ke Islam akan jadi lebih kuat nanti?
 

mutanic

Super Active Member
Joined
May 24, 2009
Messages
5,537
Reaction score
212
Points
73
ko nyer pemikiran macam mamak kutty mahathir bedebah tu jer la.. apa salahnya hanya melibatkan orang Islam ajer? tak ke Islam akan jadi lebih kuat nanti?
+1 :)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register