akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Undang-undang baharu Taliban beri tekanan kepada wanita
A view of the sea
WANITA Afghanistan berjalan di pasar Kandahar. FOTO AFP.
Kabul: Pihak berkuasa Taliban semalam memaklumkan undang-undang moral yang diwartakan baru-baru ini akan dikuatkuasakan secara "lembut", selepas masyarakat antarabangsa dan warga Afghanistan menyuarakan
kebimbangan terhadap sekatan baharu itu.
Menurut undang-undang 35 perkara yang diumumkan pada 21 Ogos lalu oleh Kementerian Kehakiman, wanita dikehendaki menutup aurat sepenuhnya dan tidak boleh meninggikan suara di khalayak ramai.
Undang-undang mengenakan tetapan yang meluas daripada tingkah laku kepada pakaian dan interaksi sosial, termasuk peraturan mengenai pakaian lelaki dan panjang janggut, serta larangan homoseksual selain judi lawan haiwan, bermain muzik di tempat awam dan cuti umum bukan Islam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia dan rakyat Afghanistan menyuarakan kebimbangan bahawa undang-undang itu boleh membawa kepada peningkatan penguatkuasaan peraturan mengenai tingkah laku dan gaya hidup, yang kebanyakannya sudah dilaksana secara tidak rasmi sejak Taliban mengambil alih kuasa pada 2021 dan menguatkuasakan undang-undang syariah ketat.
"Saya mesti menjelaskan bahawa kekerasan dan penindasan tidak akan digunakan ketika melaksanakan peraturan ini.
"Ia akan dilaksanakan dengan sangat lembut, memperinci pemahaman orang ramai dan membimbing mereka", kata kata timbalan jurucakap kerajaan Hamdullah Fitrat dalam mesej suara yang dikongsi kepada AFP.
Kesatuan Eropah (EU) terkejut dengan keputusan baharu itu yang disifatkan sekadar melanjutkan sekatan ketat terhadap kehidupan rakyat Afghanistan.
Ketua Polisi Luar Eu, Josep Borrel mendesak Taliban untuk menghentikan penderaan sistematik dan sistemik ke atas wanita dan kanak-kanak, malah memberi amaran yang perundangan itu bersifat penganiayaan jantina, jenayah terhadap kemanusiaan di bawah Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
"Keputusan larangan terkini ini satu lagi tamparan serius terhadap hak wanita dan kanak-kanak Afghan yang kita tak boleh bertolak ansur," katanya.
Kerajaan Taliban secara konsisten menolak kritikan antarabangsa terhadap pelaksanaan dasarnya, termasuk sekatan ke atas wanita yang dilabel PBB sebagai 'apartheid jantina' (diskriminasi jantina).
Di bawah undang-undang itu, polis moral di bawah Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat boleh mengenakan hukuman daripada bentuk lisan kepada ancaman, denda dan penahanan untuk pelbagai tempoh.
Sementara itu, Ketua Misi Bantuan PBB di Afghanistan, Roza Otunbayeva menggelar undang-undang itu sebagai wawasan yang menyedihkan untuk masa depan Afghanistan, di mana pemeriksa moral mempunyai kuasa budi bicara untuk mengancam dan menahan sesiapa sahaja berdasarkan senarai pelanggaran meluas dan samar.
Disiarkan pada: August 27, 2024 @ 12:46pm