BTC USD 57,030.7 Gold USD 1,772.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Uncle Kentang Mahu Berehat, Tutup Telefon 30 Hari

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
20.10.2021 - Kuala Lumpur, Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang membuat keputusan untuk berehat daripada menjawab panggilan orang ramai yang memerlukan bantuan. Uncle Kentang berkata, keputusan itu dibuat kerana dia mahu mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya selepas mendapatkan nasihat daripada doktor.

“Tutup telefon 30 hari, doktor pesan saya mungkin kena penyakit sakit jiwa jika saya terus menjawab panggilan telefon. Satu hari tak kurang 100 panggilan masuk dengan pelbagai masalah. Satu lagi WhatsApp, dari kena rogol, kena dera, kena tinggal suami, kena tinggal isteri, anak, sakit kanser, stroke, luka, gelandangan, bil elektrik tak mampu bayar, tak ada makanan, macam-macam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Katanya, sepanjang tempoh berehat itu juga, dia mahu menenangkan diri sebelum dapat kembali berkhidmat untuk membantu golongan yang memerlukan. Bagaimanapun katanya, orang ramai masih lagi boleh berhubung bagi mendapatkan bantuan melalui talian hotlinenya manakala talian kecemasan dibuka untuk kes-kes kemalangan sahaja.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai turut menasihatkan aktivis itu untuk berehat dan tidak terlalu memaksa dirinya melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Rehat dulu uncle, dah banyak sangat tolong orang. Pergilah bercuti, cari ketenangan untuk diri sendiri. Tuhan selalu bersama orang yang sabar dan tolong orang susah. Semoga cepat sembuh dan jangan putus asa,” kata Karl.

“Hidup ini jangan terlalu ikut arus dunia. Bos rasa okey teruskan, kalau rasa memudaratkan slow-slow. Hidup kita jugak bukan nak puaskan hati semua orang,” kata Hazlin.

“Semoga Uncle dapat relaks dan rehat sebaiknya. Menolong biar ikut kemampuan dan jangan keterlaluan bekerja sampai ianya memudaratkan diri sendiri,” kata Eita.​

1634716164145.png
 
Last edited:
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,974
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,974
Reaction score
2,473
Points
201
Rasanya dia ada team call center... Ape jadi call center dia tu??
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Ada kaitan dgn halalkan duit haram kot hehe
 

Hou-Ou

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2021
Messages
848
Reaction score
318
Points
41
Rasanya dia ada team call center... Ape jadi call center dia tu??
Katanya, sepanjang tempoh berehat itu juga, dia mahu menenangkan diri sebelum dapat kembali berkhidmat untuk membantu golongan yang memerlukan. Bagaimanapun katanya, orang ramai masih lagi boleh berhubung bagi mendapatkan bantuan melalui talian hotlinenya manakala talian kecemasan dibuka untuk kes-kes kemalangan sahaja.

..............................................



maksudnya team jalan mcm biasa

dia sja yg tak campur
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,974
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,974
Reaction score
2,473
Points
201
Katanya, sepanjang tempoh berehat itu juga, dia mahu menenangkan diri sebelum dapat kembali berkhidmat untuk membantu golongan yang memerlukan. Bagaimanapun katanya, orang ramai masih lagi boleh berhubung bagi mendapatkan bantuan melalui talian hotlinenya manakala talian kecemasan dibuka untuk kes-kes kemalangan sahaja.

..............................................



maksudnya team jalan mcm biasa

dia sja yg tak campur

Aaa meaning Ada phone yg dia pegang
 

IamAZ

Fun Poster
Messages
409
Joined
Oct 10, 2008
Messages
409
Reaction score
27
Points
30
Salute uncle... Layan 100 panggilan sehari. Bukan semua org leh tahan dan hadap begini. Dgn macam² perangai orang lagi. Kita nak hadap 10 panggilan sehari pun x mampu. Sesuai sgt dah uncle tutup hp. Gi cuti cas fizikal mental
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register