BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umur masih panjang

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg

Mohd Puad (tengah) turut serta pada gotong-royong membaik pulih rumah Paiman yang dihempap pokok sawit.

BATU PAHAT - “Saya terkejut mendengar bunyi hentaman kuat pada bumbung rumah sehingga mengeluarkan percikan api,” kata warga emas, Paiman Supian, 85, yang nyaris dihempap pokok sawit.

Dalam kejadian petang kelmarin, warga emas itu yang sedang berehat di rumahnya di Kampung Sungai Buloh, Senggarang, di sini, sudah menjangkakan pokok sawit tersebut menimpa bumbung kediamannya.

Namun, Paiman bersyukur kerana dia dan isterinya, Sarah Karim, 70, terselamat kerana pokok sawit itu tersangkut pada peti sejuk yang baru dibeli beberapa hari lalu.

Menurutnya, selain bumbung rumah mereka ranap, dinding di bahagian dapur juga pecah teruk.

“Saya hanya mampu melihat kejadian yang berlaku dan menunggu bantuan isteri serta anak saudara yang tinggal bersama kerana tidak boleh berjalan disebabkan menghidap strok.

“Pergerakan anak saudara kami juga agak terbatas kerana dia menghidap diabetis yang kronik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Paiman turut berterima kasih kepada Umno Bahagian Batu Pahat yang menghulurkan bantuan awal selain membaik pulih rumahnya dengan menggantikan bumbung dan dinding yang rosak.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyalurkan bantuan sebanyak RM5,300 kepada pasangan warga emas berkenaan bagi membeli zink, kayu dan kelengkapan lain.​
 
Back
Top
Log in Register