Umur Aishah ra 9 thn semasa berkahwin dgn Nabi saw adalah propaganda Syiah

CG Sponsors




Sponsored Post

ajakio85

Active+ Member
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
SEORANG ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah berikutan propaganda oleh puak Syiah, berdasarkan kepada riwayat Hisham seperti berikut:

1- Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur 6 tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya 9 tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).

2- Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.

3- Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur 9 tahun, di Madinah selepas Hijrah.


Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah menolak sekeras-kerasnya pernyataan di atas dengan menyatakan adalah tidak berasas dan merupakan suatu pengkhianatan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa pernyataan tersebut merupakan konspirasi orang Syiah untuk mencemarkan kehormatan Nabi s.a.w.


Beliau berjaya membuktikan bahawa cerita yang disebarkan adalah tidak berasas dan direka-reka, dengan tujuan untuk menjatuhkan keperibadian tinggi Nabi s.a.w., isterinya yang soleh iaitu ‘Aishah r.a., dan mereka yang terkemuka dalam Islam, dengan niat jahat dan kempen kotor yang didalangi oleh golongan munafik dan Syiah.


Melalui pembuktian baru ini, beliau menyatakan fakta sebenar iaitu:

1- Saidina Aisyah r.a telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2- Umur Saiditina Khatijah r.a ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad s.a.w yang mana ketika itu juga Muhamad berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan 4 cahaya mata perempuan dan 3 orang lelaki. Adakah wajar seorang wanita berusia 40 tahun ke atas sempat melahirkan anak sehingga 7 orang?

3- Saiditina Fatimah telah dilahirkan di Makkah sebelum nabi dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan saidina Ali di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam.

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar

Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang

Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah

Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur

Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W


utk keterangan details utk setiap hujah dan video, sila klik link dibawah:

http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=562
Hujah Pertama hingga ke 4
Hujah ke 5 hingga ke 8
hujah ke 9 hingga 11
hujah ke 12 hingga 15
hujah ke 16 hingga 19
hujah ke 20
hujah ke 21 hingga 24
Up thread.........
 
Sponsored Post
Top
Log in Register