Umur Aishah ra 9 thn semasa berkahwin dgn Nabi saw adalah propaganda Syiah

CG Sponsors




adik74

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2008
Messages
2,839
Reaction score
84
Points
30
SEORANG ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah berikutan propaganda oleh puak Syiah, berdasarkan kepada riwayat Hisham seperti berikut:

1- Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur 6 tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya 9 tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).

2- Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.

3- Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur 9 tahun, di Madinah selepas Hijrah.


Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah menolak sekeras-kerasnya pernyataan di atas dengan menyatakan adalah tidak berasas dan merupakan suatu pengkhianatan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa pernyataan tersebut merupakan konspirasi orang Syiah untuk mencemarkan kehormatan Nabi s.a.w.


Beliau berjaya membuktikan bahawa cerita yang disebarkan adalah tidak berasas dan direka-reka, dengan tujuan untuk menjatuhkan keperibadian tinggi Nabi s.a.w., isterinya yang soleh iaitu ‘Aishah r.a., dan mereka yang terkemuka dalam Islam, dengan niat jahat dan kempen kotor yang didalangi oleh golongan munafik dan Syiah.


Melalui pembuktian baru ini, beliau menyatakan fakta sebenar iaitu:

1- Saidina Aisyah r.a telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2- Umur Saiditina Khatijah r.a ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad s.a.w yang mana ketika itu juga Muhamad berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan 4 cahaya mata perempuan dan 3 orang lelaki. Adakah wajar seorang wanita berusia 40 tahun ke atas sempat melahirkan anak sehingga 7 orang?

3- Saiditina Fatimah telah dilahirkan di Makkah sebelum nabi dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan saidina Ali di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam.

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar

Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang

Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah

Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur

Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W


utk keterangan details utk setiap hujah dan video, sila klik link dibawah:

http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=562
Hujah Pertama hingga ke 4
Hujah ke 5 hingga ke 8
hujah ke 9 hingga 11
hujah ke 12 hingga 15
hujah ke 16 hingga 19
hujah ke 20
hujah ke 21 hingga 24
Kelakar la tengok korang ni...
Tak pasal2 Syiah kena fitnah..
Untuk pengetahuan korang, Syiah Imamiyyah dari dulu tidak pernah meyakini parkahwinan Nabi Muhammad dengan Aishah di usia muda..
Tapi bila ulama2 korang baru nak mula mengkaji dan baru tahu perkara sebenar, alih2 Syiah di salahkan..
Lawak ke ape ni...

Ni saya nak bagitahu satu lagi perkara sebenar, rasanya ulama2 korang belum buat kajian lagi kot tentang perkara ni..

Dalam Syiah Imamiyyah, pakcik Nabi iaitu Abu Talib yang juga bapa Saidia Ali di yakini sebagai Islam dan wafat dalam keadaan Islam..
Dalam ASWJ pula dia di anggap kafir & wafat dalam keadaan kafir..

Peringatan saya untuk korang, jika suatu hari nanti ulama2 korang membuat kajian tentang perkara ini & di sabitkan bahawa Abu Talib seorang Islam dan wafatnya juga sebagai Islam, jangan la pula korang fitnahkan Syiah atas kesalahan korang tu ye, macam yg korang fitnahkan kes perkahwinan Nabi dgn Aishah itu ke atas Syiah..


Solawat ke atas Nabi Muhammad & keluarganya yg suci..
 
Sponsored Post

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,271
Points
196
Kelakar la tengok korang ni...
Tak pasal2 Syiah kena fitnah..
Untuk pengetahuan korang, Syiah Imamiyyah dari dulu tidak pernah meyakini parkahwinan Nabi Muhammad dengan Aishah di usia muda..
Tapi bila ulama2 korang baru nak mula mengkaji dan baru tahu perkara sebenar, alih2 Syiah di salahkan..
Lawak ke ape ni...

Ni saya nak bagitahu satu lagi perkara sebenar, rasanya ulama2 korang belum buat kajian lagi kot tentang perkara ni..

Dalam Syiah Imamiyyah, pakcik Nabi iaitu Abu Talib yang juga bapa Saidia Ali di yakini sebagai Islam dan wafat dalam keadaan Islam..
Dalam ASWJ pula dia di anggap kafir & wafat dalam keadaan kafir..

Peringatan saya untuk korang, jika suatu hari nanti ulama2 korang membuat kajian tentang perkara ini & di sabitkan bahawa Abu Talib seorang Islam dan wafatnya juga sebagai Islam, jangan la pula korang fitnahkan Syiah atas kesalahan korang tu ye, macam yg korang fitnahkan kes perkahwinan Nabi dgn Aishah itu ke atas Syiah..


Solawat ke atas Nabi Muhammad & keluarganya yg suci..


selawat konon.....solat jumaat pon xpegi...apa yg nabi suruh ko xikut....pandai je berlakon.....puihhh

abang ko kat syria si basyar, dia dah bunuh berapa org ahli sunnah hari ni....abang ko tu spesies syiah apa pulak...syiah rafidah ke?

nasib budak ni mcmanan...hidup lg ke?



budak ni abang ko dah sembelih ke?



sebelum nk nafikan semua hujah thread ni...ko betulkn abang ko tu dulu....

kalu ko majoriti kat sini aku rasa dah ramai org islam ahli sunnah yg ko bunuh....xyh la nk buat lembut2 :mad:

xsangka ada mangkuk ayun yg sokong mamat syiah ni...bukannya nk jawap setiap hujah yg ada tu....hampehh

kalu dah rasa betul...nafikan la setiap hujah yg ada tu....itu pon kena bgtau ke.....~X(
 
Last edited:

jumatmajid

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
7,534
Reaction score
216
Points
78
xsangka ada mangkuk ayun yg sokong mamat syiah ni...bukannya nk jawap setiap hujah yg ada tu....hampehh

kalu dah rasa betul...nafikan la setiap hujah yg ada tu....itu pon kena bgtau ke.....~X(
saper mangkuk ayun tuh sedara???...
 

tokmung

Active+ Member
Joined
Jan 23, 2013
Messages
2,646
Reaction score
8
Points
25
masalahnya setiap kali sy bukak thread agama makin konfius..:(:)(:)((
xda masalah bro. Allah pon ckp, permasalahan, perselisihan inilah yg mengindahkan alam donia ni.

yang penting, kita mencari akan kebenaran.
. :)
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,705
Reaction score
2,255
Points
191
wallahu'alam
jawapan selepas tuduhan rambang diberi...

senang betul... :D

dlm islam kalau ada buat pertuduhan kena ckp dgn benar.. lepastu kemukan saksi dan bukti.. boleh ke end mcm tu shj bila ditanya..? :-?
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,271
Points
196
jawapan selepas tuduhan rambang diberi...

senang betul... :D

dlm islam kalau ada buat pertuduhan kena ckp dgn benar.. lepastu kemukan saksi dan bukti.. boleh ke end mcm tu shj bila ditanya..? :-?
wallahu'alam
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,705
Reaction score
2,255
Points
191
wallahu'alam
len kali kalau tak nk menjawab dgn terang jgn bg kata2 yg boleh mendatang kan punca kpd mengumpat, sangka2 atau punca kpd fitnah...

belajar bertenang ok... :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register