Umur Aishah ra 9 thn semasa berkahwin dgn Nabi saw adalah propaganda Syiah

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,271
Points
196
SEORANG ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah berikutan propaganda oleh puak Syiah, berdasarkan kepada riwayat Hisham seperti berikut:

1- Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur 6 tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya 9 tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).

2- Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.

3- Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur 9 tahun, di Madinah selepas Hijrah.


Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah menolak sekeras-kerasnya pernyataan di atas dengan menyatakan adalah tidak berasas dan merupakan suatu pengkhianatan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa pernyataan tersebut merupakan konspirasi orang Syiah untuk mencemarkan kehormatan Nabi s.a.w.


Beliau berjaya membuktikan bahawa cerita yang disebarkan adalah tidak berasas dan direka-reka, dengan tujuan untuk menjatuhkan keperibadian tinggi Nabi s.a.w., isterinya yang soleh iaitu ‘Aishah r.a., dan mereka yang terkemuka dalam Islam, dengan niat jahat dan kempen kotor yang didalangi oleh golongan munafik dan Syiah.


Melalui pembuktian baru ini, beliau menyatakan fakta sebenar iaitu:

1- Saidina Aisyah r.a telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2- Umur Saiditina Khatijah r.a ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad s.a.w yang mana ketika itu juga Muhamad berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan 4 cahaya mata perempuan dan 3 orang lelaki. Adakah wajar seorang wanita berusia 40 tahun ke atas sempat melahirkan anak sehingga 7 orang?

3- Saiditina Fatimah telah dilahirkan di Makkah sebelum nabi dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan saidina Ali di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam.

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar

Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang

Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah

Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur

Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W


utk keterangan details utk setiap hujah dan video, sila klik link dibawah:

http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=562
Hujah Pertama hingga ke 4
Hujah ke 5 hingga ke 8
hujah ke 9 hingga 11
hujah ke 12 hingga 15
hujah ke 16 hingga 19
hujah ke 20
hujah ke 21 hingga 24



as salam

sudah pernah dibincangkan dengan panjang lebar:

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=326600&page=272

kesimpulannya, golongan yang beriman dengan perawi dan hadis malu nak mengaku "ajaran" dan "kefahaman" yang mereka ketahui dan amalkan selama ini adalah silap.

mereka malu hendak mengaku mereka salah, sehingga sanggup memalukan Rasulullah saw sebagai pedofil. bagi mereka, maruah perawi hadis lagi penting dari maruah Rasulullah saw. Biarlah Rasulullah diejek, asalkan nama baik perawi (manusia biasa yang tidak maksum) terjaga.

sampai keluar alasan mengarut budak umur tiga tahun boleh berkahwin dengan umur 50 tahun. beza umur lebih 40 tahun? masuk akal ke Rasulullah manusia terpuji sanggup buat macam itu? susah sangatkah nak mengaku ada kesilapan dalam pengumpulan hadis? atau ego tu terlalu tinggi?
Ini semua respond dari thread Umur Aishah ra 9 thn semasa berkahwin dgn Nabi saw adalah propaganda Syiah sbb minta tolong update kat thread tersebut lansung tk nk berikan kerjasama...

Pesan Allah :



Dari Hadis Sahih Imam Bukhari



dari hadis sahih imam muslim



Dari hadis sahih Imam Abu Daud





Hujah dari Quran :





soal jawab ttg hadis satu ketika dahulu dari salah seorang forumer yg was2 dgn hadis2 tersebut..


p/s: jgn pulak label saudara bawah ni sbg antihadis/syiah ke apa pulak yer... ini kes lama..:D



pesanan dari salah seorang sahabat maya




pesan saya :



jaga iman dan taqwa masing2... bukan suruh beriman dgn hadis pun atau perawi... tapi jaga iman dan taqwa masing2.. musuh islam akan guna apa shj utk mengwas2/mengoncang/meragukan keimanan kita

W/Alam... :)

bukan nk menyangkal pendapat tersebut tetapi lebih berhati2.. byk kesannya once kita terima pendapat tersebut...

saya lebih suka refer surah annisa ayat 6 spt yg saya letakkan disni.

lebih kurang maksud : uji dan kahwinkan lah mereka setelah cukup umur.

cukup umur disitu kalau mengikut ahli tafsir lebih membawa maksud akil baligh.. kebiasaan pula perempuan mencapai akil baligh berusia diantara umur 6-9 tahun...

tanyakanlah pada mereka ahli tafsir apa maksud ayat tersebut...

hadis tersebut memang musuh islam suka guna utk melemahkan semangat kita sehingga smpai kita terpaksa mengolah balik...

jgn smpai disebbkan satu hadis diolah maka beratus bahkan mungki kesemua yg dtg dari perawi tersebut terpaksa diolah balik..

btw, hadis tersebut bkn dtg dari seroang perawi tetapi 2 org iaitu imam bukhari dan imam muslim...
 
Last edited:
Sponsored Post

UsopWilcha

Fun Poster
Joined
Aug 16, 2011
Messages
143
Reaction score
0
Points
10
Info baru..terbaik..selama ni aku tertipu..tapi nak tengok komen Ulama lain..tq TT..:)cgrock:)cgrock
 

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
4,777
Reaction score
485
Points
51
Bagus juga sebagai bahan perincangan. Pernah terbaca hal ni dulu. Semoga ada info lain utk dianalisa bersama.
 

Dreamboxjb

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2011
Messages
11,712
Reaction score
51
Points
135
syiah adalah kumpulan kaki tipu punya. jgn percaya kpd syiah...
hanya sunnah wal jamaah yg
 

pyeshinoda

Active Member
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,268
Reaction score
10
Points
25
ade betul jugak rasenye..terutamanya point umur khadijah lebih 40 tahun tp leh dpt anak sampai 7 org..
 

N3 Smart

Fun Poster
Joined
Jul 24, 2012
Messages
466
Reaction score
5
Points
15
thanks TT. aku yakin ni agenda syiah. aku pun tgh selidik perkara ni.
3-4 tahun lepas ada ustaz inform yg Aishah RA berkahwin dgn Nabi SAW bukan pada usia 9 thn.

satu lagi ttg Umar RA bunuh anak perempuan. Benarkah Umar membunuh?

Ada byk lg kekeliruan dan dh sebati dgn kehidupan kita.
ada ribuan hadis yg direka syiah yg dh jadi kepercayaan kita.
kita selidik semula hadis2 tersebut dan sebarkan.
 

jom

Active+ Member
Joined
Jun 18, 2012
Messages
2,593
Reaction score
78
Points
30
bila la kite nk blajar perkara yg betul..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register