BTC USD 17,196.3 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umum Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tidak Lama Lagi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
04.10.2022 - Kuala Lumpur, Kerajaan bakal mengumumkan berita baik membabitkan pemberian diskaun untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dalam masa terdekat. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bermatlamat meringankan beban golongan belia, khususnya pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Kita akan mengumumkan diskaun kepada peminjam PTPTN dari segi bayaran balik, untuk kategori tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Awam Bersama Perdana Menteri bersempena Program Idea Bina Negara bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di sini, hari ini. Turut hadir sesi berkenaan ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.​

1664856211403.png
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,246
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jan 26, 2007
Messages
28,246
Reaction score
4,791
Points
266
Awards
1
bukan PH dah hapuskan ke masa 22bulan aritu
mane ade hutang dah
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Dapat diskaun lagi?
Untung la
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

Diskaun khas pembayar pinjaman PTPTN bakal diumum- PM​

05102022-SGR-pm-diskaunkhasPTPTN-new.jpeg


ISMAIL SABRI Yaakob bergambar bersama para pelajar pada sesi dialog anak muda sewaktu Majlis Perasmian Idea Bina Negara IBN 2022 di Dewan Tuanku Canselor UITM, Shah Alam, Selangor pada hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI






SHAH ALAM : Pemberian diskaun khas bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan meringankan beban golongan belia terutama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

“Kita (kerajaan) akan menyediakan potongan diskaun kepada pembayar atau peminjam PTPTN.

“Ia meliputi pembayaran balik pinjaman bagi kategori tertentu dan ia akan diumumkan nanti,” katanya pada Sesi Dialog Awam sempena pelancaran Idea Bina Negara (IBN) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab pertanyaan berkaitan isu kenaikan kos sara hidup yang turut ditanggung golongan mahasiswa ketika ini.

Jelas Ismail Sabri, pinjaman PTPTN juga tidak perlu dibayar bagi semua golongan yang memperoleh keputusan kelas pertama pengajian mereka.

“Ia tidak hanya diberikan kepada golongan B40 malah kepada M40 dan T20.

“Selain itu, kita juga akan mempunyai tajuk khusus untuk anak-anak muda pada pembentangan Bajet 2023 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin 600,000 peluang pekerjaan disediakan kerajaan bagi belia dapat dipenuhi menjelang hujung tahun ini.

“Sehingga kini, kira-kira 400,000 golongan muda sudah mendapat pekerjaan dan menurunkan kadar penggangguran kepada 3.7 peratus.

“Kita turut sudah menyediakan pelbagai inisiatif dan peruntukan bagi pelaksanaan program khas seperti Karnival Kerjaya JaminKerja dan MyStep,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat terutama melibatkan mahasiswa IPT.

“Kita menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperkenalkan menu Keluarga Malaysia dengan maksimum makanan hanya RM3.50.

“Selain itu, Jualan Murah Keluarga Malaysia akan diperluaskan di kampus seluruh negara bermula bulan ini dan pemberian terus Peranti Siswa kepada mahasiswa,” katanya.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

Diskaun bayaran balik PTPTN sehingga 20 peratus​


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian diskaun bayaran balik pinjaman untuk dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk pengurangan 20 peratus untuk penyelesaian penuh baki hutang.

Pemberian diskaun berkuat kuasa 1 November depan hingga 30 April 2023 itu turut meliputi potongan 15 peratus bagi bayaran penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang dalam sekali bayaran, selain pembayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini bersetuju untuk menaikkan kadar pinjaman PTPTN serta menyediakan pinjaman komputer untuk kumpulan M40, selain mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

"Kepada peminjam PTPTN yang perlu membayar hutang mereka, tanggungjawab itu hendaklah dilunaskan.

"Ini sudah jelas, malah menjadi tuntutan dalam agama. Jika tidak dibayar, kita menafikan hak anak-anak Keluarga Malaysia untuk meraih peluang yang sama," katanya.

Sementara itu, kerajaan turut bercadang melanjutkan sehingga 2024 pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan

bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Selaras agenda memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diterajui Majlis TVET Negara, sejumlah RM6.7 bilion disediakan di bawah tujuh kementerian utama yang melaksanakan pelbagai inisiatif TVET.

Antaranya, RM180 juta disediakan sebagai Dana Latihan TVET kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyediakan pinjaman untuk manfaat 12,000 pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran Malaysia (PPKM).

Kerajaan juga akan meneruskan program Sistem Latihan Dual Nasional dengan peruntukan RM20 juta untuk manfaat 3,000 pelatih.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
20%
Untung la
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

Rebut peluang diskaun selesai baki pinjaman PTPTN​

Oleh Faizul Azlan Razak- Oktober 8, 2022 @ 4:53pm
[email protected]
Dr Apli (dua dari kiri) diiringi Syed Hussian Aljunid ketika beramah mesra bersama pengunjung Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak. - NSTP/ GHAZALI KORI
Dr Apli (dua dari kiri) diiringi Syed Hussian Aljunid ketika beramah mesra bersama pengunjung Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak. - NSTP/ GHAZALI KORI




KUALA NERUS: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyarankan peminjam merebut peluang diskaun yang ditawarkan kerajaan melalui Bajet 2023 yang dibentangkan semalam, untuk menyelesaikan baki pinjaman masing-masing.

Pengerusi PTPTN, Dr Apli Yusoff, berkata selain diskaun penyelesaian baki pinjaman sehingga 20 peratus, pengumuman pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama amat dialu-alukan.

Katanya, begitu juga dengan inisiatif kerajaan menaikkan kadar pinjaman PTPTN dan penyediaan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.

"Kita sambut baik pengumuman diskaun yang diberikan kepada peminjam PTPTN dan harap mereka mengambil peluang ini dengan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang diberikan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke tapak Karnival Jom Heboh 2022 di sini, hari ini.

Apli diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primework Studio, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar.


Semalam, kerajaan mengumumkan pemberian diskaun bayaran balik pinjaman untuk dana PTPTN termasuk pengurangan 20 peratus untuk penyelesaian penuh baki hutang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemberian diskaun berkuat kuasa 1 November depan hingga 30 April 2023 itu turut meliputi potongan 15 peratus bagi bayaran penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang dalam sekali bayaran, selain pembayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Dalam pada itu, Apli berkata, sehingga 1 Ogos lalu PTPTN sudah meluluskan pinjaman sebanyak RM7.13 bilion membabitkan 3.68 juta peminjam.

"Kita harap kemudahan diberikan kerajaan sedikit sebanyak membantu peminjam membayar balik pinjaman mereka dan mereka tidak melepaskan peluang ini.

"Selain itu, seluruh pejabat PTPTN kini sedang menyiapkan data berkaitan peminjam bagi membolehkan mereka membayar balik pinjaman," katanya
 
Sponsored Post

Top
Log in Register