BTC USD 28,437.6 Gold USD 1,972.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umum dana wakaf RM20j

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Najib menyaksikan Muzaffar (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaffar saling bertukar dokumen perjanjian MOU Projek Wakaf Tunai Korporat Maybank Islamic bernilai RM2 juta. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Maybank Islamic, Datuk Seri Ismail Shahudin (kanan).


MAYBANK Islamic Berhad bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi projek Wakaf tunai korporat bernilai RM20 juta yang akan dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan, instrumen berpendapatan tetap, ekuiti, dana seimbang dan sektor hartanah.

Maybank dalam satu kenyataan semalam berkata, ia inisiatif berimpak tinggi untuk menjadikan kolaborasi tersebut sebagai pemangkin utama dalam pengembangan serta memperluaskan waqaf korporat.

MAIWP akan bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana Wakaf dan Maybank Islamic menjadi pengurus dana kepada projek berkenaan.

Keuntungan daripada pelaburan dana Wakaf itu akan digunakan untuk membiayai program yang telah dikenal pasti seperti pembangunan infrastruktur pendidikan serta penjagaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Muzaffar Hisham berkata,inisiatif terbaru itu adalah bagi meningkatkan misi Kumpulan Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh dan saksama.

“Pada peringkat awal projek ini, Maybank Islamic akan menjadi pewakaf tunggal (waqif) tetapi untuk fasa akan datang, dana ini akan dibuka kepada awam,” katanya.

Muzaffar berkata, dengan saiz aset RM132.3 bilion pada 30 Jun 2014 serta agihan zakat yang berjalan lancar, Maybank Islamic kini berhasrat menjadi pemangkin utama dalam mengembangkan projek Dana Wakaf.
 
Top
Log in Register