UMP terima 13 robot sumbangan Perodua

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUANTAN- Kementerian Pengajian Tinggi menggesa syarikat korporat dan industri mengikut jejak Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang menyumbangkan 13 robot industri bernilai RM2.6 juta kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP), semalam, kata Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, untuk menjadikan sesebuah universiti berjaya perlu ada kerjasama dengan industri untuk menyokong iaitu dalam erti kata lain saling menguntungkan antara satu sama lain.

“Ini bermakna kedua-dua pihak mendapat manfaatnya daripada perkongsian kepakaran, pengalaman dan teknologi.

“Kementerian gembira kerana difahamkan Perodua akan terus menyambung komitmen mereka untuk berkongsi pengalaman dengan jurutera syarikat untuk mengendalikan latihan bersama penuntut dan kakitangan di Jabatan Kejuruteraan Pembuatan UMP,” katanya dalam ucapannya yang dibacakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Dr Mohd Hilmey Mohd Taib pada majlis penyerahan robot itu di Kolej Pembuatan UMP, di sini, semalam.

Menurutnya, sumbangan 13 robot itu yang bakal digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai salah satu usaha penerapan kaedah kilang berasaskan industri di UMP amat dialu-alukan.

Katanya, peralatan canggih seperti robot itu selari dengan perkembangan industri memberikan kemudahan penuntut untuk membuat penyelidikan sekali gus menjadikan mereka sebagai jurutera kompeten.

Dalam pada itu, Perodua menyerahkan manual penggunaan robot itu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang bukan sekadar teori tetapi turut menjurus kepada pengajaran simulasi industri.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata 11 dari robot itu akan digunakan bagi tujuan pengajaran simulasi industri dan selebihnya sebagai tujuan penyelidikan..

Menurutnya, pembelajaran menjadi lebih efektif terutama melibatkan penggunaan teknologi terkini.

“Dengan kehadiran robot-robot ini, UMP menerusi Jabatan Kejuruteraan Pembuatan bakal menawarkan empat kursus baru iaitu Robot Untuk Jurutera, Pembuatan Menggunakan Komputer Bersepadu, Sistem pembuatan Kawalan Komputer dan Sistem Deria dan Pacuan,” katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register