BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMOFX.COM - www.umofx.com

Alhamdulillah...

Saya ucapkan terima kasih lah kepada saudara azhar kerana sudi luangkan sedikit masa di sini untuk menjelaskan dan update perkembangan kes.

Bagi pihak diri saya sendiri, saya meminta maaf sekiranya ada kenyataan dari saya mungkin mengguris hati dan perasaan saudara sebab sepatutnya saya boleh menjelaskan keadaan yang sebenar berlaku di dalam thread tetapi saya tidak berbuat demikian disebabkan kami menjaga privasi client dan polisi prosedur broker untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku di sini.

Fokus saya hanya membantu saudara azhar dan 3 rakan yang lain mendapatkan kembali hak yang sepatutnya saudara dan rakan yang lain perolehi hasil trading saudara dengan pihak terbabit dan syukur lah kami berjaya mendapatkan hak yang sewajarnya client perolehi dan terima hasil trading di UMOFX.

Alhamdulillah sekali lagi,
saya ingatkan siasatan ini mungkin akan "delay" atau mengambil masa yang lama sepertimana yang pernah saya bagitahu sebelum ini dan kes saudara azhar dan 3 rakan yang lain mampu diselesaikan oleh UMOFX dalam masa beberapa hari sahaja tidak termasuk weekend serta tidak melebihi 10 hari waktu bekerja seperti yang tertera di dalam terma dan syarat UMOFX.COM

Kepada saudara azhar,
Saya tidak sesekali ambil hati terhadap post saudara di sini sebab saya faham perasaan situasi dan keadaan saudara ketika itu dan tujuan saya post sebenarnya hanya ingin memperbetulkan keadaan yang berlaku dan mengurangkan spekulasi-spekulasi yang dibuat oleh forumer yang mungkin tidak berapa jelas/tidak faham/tidak tahu mengenai kes yang berlaku dan juga menangkis serangan dari beberapa ID baru yang muncul secara tiba-tiba untuk mengambil kesempatan di atas kes yang berlaku ketika itu dan tidak sesekali mempersalahkan saudara azhar.
Masing-masing stress termasuk saya sebab fokus nak selesaikan seberapa segera yang boleh dan menutup suara-suara sumbang yang semakin galak bersuara di sini.


Terima kasih sekali lagi kerana sudi memberikan sedikit pencerahan bagi menyelesaikan perkembangan kes yang berlaku sebelum ini.

Tahniah bro..
saudara mmg saya respek sebab sudi perjelaskan kembali di sini.

Apa yang berlaku sebelum ini saya akan jadikan pengajaran untuk pengalaman dan teladan pada masa akan datang dan saya juga dapat mengenalpasti sikap dan perangai serta tipikal seseorang bila berlaku sesuatu masalah yang x diundang sama ada boleh dibuat kawan atau memang patut saya alert dan jauhi.

Salam dari saya dan rakan2 seperjuangan saya di UMOFX dan juga ucapan terima kasih dari Owner UMOFX kepada saudara azhar kerana sudi hadir bagi menjelaskan keadaan yang berlaku.

Kredit to ur IB coz sama-sama membantu saya.
 
Last edited:
deleted... double post
 
Last edited:
edit.. triple post..
 
Last edited:
double2x post..
 
Last edited:
Alhamdulillah...

Saya ucapkan terima kasih lah kepada saudara azhar kerana sudi luangkan sedikit masa di sini untuk menjelaskan dan update perkembangan kes.

Bagi pihak diri saya sendiri, saya meminta maaf sekiranya ada kenyataan dari saya mungkin mengguris hati dan perasaan saudara

Saya juga meminta maaf jika komen-komen saya agak kasar terhadap saudara, ianya respon spontan dari tekanan yang dihadapi dan tuduhan terhadap saya dari segelintir individu di sini.

Terbukti penerangan IB saya tentang saudara Tokera.Saya memohon maaf kepada saudara jika kasar bahasa.
 
xde masalah saudara azhar..
Saya x ambil kisah.
saya faham keadaan yang berlaku ketika itu..

Cuma saudara azhar kena ingat,
Ini nasihat saya kepada saudara jika saudara ingin aktif dalam online selepas ini..

time kita susah memang ramai yang datang nak hulurkan bantuan, tapi rasionalnya kenapa time kita bermasalah akan ada je yang ringan badan datang nak membantu kita walaupun tidak kenal sebelum sebelum ini..

Hati-hati lah dengan dunia online ni..penuh kepuraan dan lakonan.
saya sudah masak dengan game dan sifat serta watak yang ada selama saya aktif online dari awal 2005 sampai sekarang.

IB bro tahu dan kenal perwatakan saya...
dalam forum dan luar forum tetap sama. xde beza.

Saya orang biasa sahaja.. Sapa-sapa boleh berkawan dengan saya asalkan ikhlas dan tidak mengambil kesempatan sebab saya cakap terus terang saya tidak suka orang yang berkawan dgn saya hanya untuk mempergunakan saya demi kepentingan diri..

Saya dah lali dengan benda-benda macam ni.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15430
USD / JPY
160.354
GBP / USD
1.33791
USD / CHF
0.79844
USD / CAD
1.39475
EUR / JPY
185.106
AUD / USD
0.70309
Back
Top
Log in Register