BTC USD 38,784.9 Gold USD 1,804.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco UMobile Tawar Pelan Jalur Lebar Ultra Mudah Alih Tanpa Had

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,942
Reaction score
4,085
Points
236
Pada Mac lalu, U Mobile telah menawarkan servis terbaru kepada pengguna internet di seluruh Malaysia iaitu Pelan Jalur Lebar Ultra Tanpa Wayar (Ultra Unlimited Wireless Broadband). Pelan Jalur Lebar Ultra U Mobile ini amat sesuai bagi mereka yang mahukan capaian internet pantas, tidak perlu risaukan limitasi data serta harga langganan yang murah.

Terdapat 4 pelan menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian keperluan anda. Cuma apa yang perlu difahami di sini adalah, data tanpa had yang ditawarkan itu hanya melibatkan aktiviti produktiviti seperti Zoom, Google Meet, melayari platfom e-dagang Shopee, bermain judul permainan Mobile Legends dan lain-lain.

u-mobile-plan.jpg

Pelan jalur lebar Wi-Fi U Mobile ini berharga serendah RM34.00 hingga RM64.00 dengan data bersaiz dari 20GB hingga 150GB tanpa kontrak yang membolehkan anda membatalkan langganan pada bila-bila masa.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi UMobile.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register