BTC USD 57,380.3 Gold USD 1,795.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno tuntut Pengerusi BN Pulau Pinang ganti Gerakan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Langkah diambil untuk mantapkan kedudukan parti: Zahid

GEORGETOWN: Umno Pulau Pinang menuntut supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan diserahkan kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN di negeri berkenaan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Umno negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini malam kelmarin. Jawatan tertinggi BN di Pulau Pinang secara tradisi disandang pemimpin Gerakan dan ketika ini diterajui Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata, Umno Pulau Pinang meminta Pengerusi Dewan Tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menimbang tuntutan berkenaan bagi membolehkan Umno menyelaras BN di negeri ini, sekali gus lebih berkesan membantu parti komponennya.

"Permintaan ini wajar memandangkan Umno Pulau Pinang mempunyai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua Ahli Parlimen berbanding parti komponen lain yang tidak ada wakil," katanya yang juga Naib Presiden Umno.

Pada pilihan raya umum lalu, Gerakan, MCA dan MIC kalah semua kerusi yang ditandingi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.

Ahmad Zahid berkata, permintaan itu juga wajar kerana kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada Umno Pulau Pinang, sekali gus tidak menolak kemungkinan parti komponen lain turut menyokong tuntutan berkenaan.

"Umno bukan setakat berhajat mengambil alih jawatan itu semata-mata, tetapi bagi memantapkan BN negeri... ini bukan soal kepentingan personaliti tetapi demi kebaikan BN," katanya sambil menambah tiada keperluan untuk Umno berbincang dengan parti komponen mengenai hasrat itu.

Mesyuarat juga membuat keputusan memohon supaya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memberi perkenan pelantikan barisan ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) supaya tidak hanya membabitkan wakil pakatan pembangkang.

Sementara itu, di GEORGETOWN, Presiden Gerakan menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang yang kini dipegang partinya diserahkan kepada Umno.

Koh yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata jawatan itu disandang pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun.

"Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa juga perubahan tidak akan dipersetujui Gerakan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang, di sini semalam.
 
Sponsored Post

Shukz Isma

Super Active Member
Messages
5,511
Paid Membership
Joined
Sep 6, 2007
Messages
5,511
Reaction score
15
Points
70
Gerakan tak nak bagi pun...
 

shane

Legendary Member
Messages
14,051
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,051
Reaction score
245
Points
133
Dulu pandai sangat serah Penang pada Gerakan walaupun UMNO menang majoriti!!!!

Sekarang macam gila talak je....!!! Gud luck!
 

alkbar

Active+ Member
Messages
3,723
Joined
Oct 1, 2008
Messages
3,723
Reaction score
65
Points
30
gila talak umngok nih baru newbie tau...sbb umngok sememangnya ngok sbb yg sokong umngok mmg ngok sbb ikut jer apa umngok ckp walaupun dia suruh kita setuju utk jadi ngok byr cukai itu cukai ini masuk dlm newspaper ckp x bebankan rakyat lah...
 

shane

Legendary Member
Messages
14,051
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,051
Reaction score
245
Points
133
GERAKAN Menentang UMNO!!!

Gerakan Lawan UMNO Rebut Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada parti berkenaan.

Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata jawatan itu disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun.

"Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang di sini pada hari Sabtu.

Koh mengulas gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatan Pengerusi BN Negeri perlu diserahkan kepada pemimpin Umno memandangkan hanya wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, Koh berkata Gerakan telah pun menyandang jawatan itu sejak sekian lama dan parti itu akan membantah sebarang cadangan untuk melakukan perubahan.

"Aturan berhubung jawatan Pengerusi diperakukan sekali lagi pada pertengahan tahun ini oleh Dewan Tertinggi BN dan perkara ini tidak seharusnya dibangkitkan lagi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menggesa para pemimpin Umno supaya tidak membangkitkan lagi isu itu memandangkan ia mungkin merosakkan imej BN dan Umno.

"Langkah ini tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana parti dengan membangkitkan lagi isu berkenaan, sebaliknya ia mungkin merosakkan imej BN di mata masyarakat di Pulau Pinang, malah di mana saja. Kami akan membantah jika perkara ini dilakukan," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata permintaan untuk jawatan Pengerusi itu bukan untuk kepentingan mana-mana personaliti tetapi demi parti itu yang telah memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk BN dalam pilihan raya umum lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berharap hasrat Umno Pulau Pinang untuk mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri akan dipertimbangkan oleh pemimpin BN di peringkat pusat. - Bernama
 

xalimx

Super Active Member
Messages
6,921
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
jangan smp diaorg minta kluar malaysia dah laaa....
 

Peecock

Active Member
Messages
1,265
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
at least UMNO berani.. PAS tak da batu.. nak mintak kerusi exco penang pun tak dapek
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register