UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,449
Reaction score
2,003
Points
201
Muafakat Nasional tidak dapat didaftar, nama sudah digunakan
SITI FATIHAH AWANG | | 30 Disember 2020
Rabu | 30 Disember 2020
926418.jpg

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pendaftaran nama Muafakat Nasional di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mungkin berdepan masalah kerana nama tersebut didakwa telah digunakan pihak lain.
Perkara itu dikongsi Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Rabu.

"Saya difahamkan ada usaha untuk mendaftarkan Muafakat Nasional tetapi tidak dapat didaftarkan kerana nama itu sudah ada orang yang guna dan ada didaftarkan di RoS.
"Oleh sebab itu kita tidak boleh nak daftar, kalau mahu daftar kena buat perubahan nama. Tapi buat masa ini belum ada cadangan nama lain," katanya.
Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan, kepimpinan UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi di RoS.
ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas setuju daftar Muafakat Nasional secara rasmi
Perkara tersebut disahkan melalui kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung MN I, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung MN II, Datuk Takiyuddin Hassan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Amar secara peribadi turut membayangkan Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada Jun tahun hadapan.

Justeru, beliau mahu ketiga-tiga parti utama tersebut perlu merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan antara mereka.
"Kita tahu UMNO dan Bersatu ada masalah dan memang kita memahami, cuma kita berusaha supaya boleh mengetepikan pertembungan dan perselisihan dan mencari titik pertemuan untuk kepentingan bersama.

"Kena ada 'give and take' dalam perbincangan. Kita nak pilihan raya akan datang akan wujud kerajaan yang lebih gagah dan stabil yang bukan hanya menjaga kepentingan orang Melayu, Islam tetapi seluruh rakyat," katanya.

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

The Maut

Super Active Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
5,450
Reaction score
110
Points
83
Muafakat Nasional tidak dapat didaftar, nama sudah digunakan
SITI FATIHAH AWANG | | 30 Disember 2020
Rabu | 30 Disember 2020
View attachment 326541

Plk dh sobat ku. Sapa yg ambil ni.
 
midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,809
Reaction score
111
Points
33

anuar musa cakap, MN memang dah disepakati oleh semua untuk tak didaftarkan sebagai sebuah parti politik..
adakah anuar musa tuduh pemimpin PAS ni cakap tak betul?
kenapa MN taknak didaftarkan?
UMNO dan PAS ni masih ada rasa saling tak percaya ke antara satu sama lain sampai MN ni diputuskan untuk tak didaftarkan?
 
pinjamankereta2013

Fun Poster
Joined
Feb 8, 2013
Messages
864
Reaction score
151
Points
33
Sebab memasing ada cita cita utk mencucuk idung muyidin
Atau dlm bahasa lain
Nak jadi pen maker
 
odin_kaa

Active Member
Joined
Dec 29, 2012
Messages
1,262
Reaction score
125
Points
43
anuar musa cakap, MN memang dah disepakati oleh semua untuk tak didaftarkan sebagai sebuah parti politik..
adakah anuar musa tuduh pemimpin PAS ni cakap tak betul?
kenapa MN taknak didaftarkan?
UMNO dan PAS ni masih ada rasa saling tak percaya ke antara satu sama lain sampai MN ni diputuskan untuk tak didaftarkan?
dah ready untuk drama pru15 nanti? haha
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Henti curi, beli ahli jika mahu kerjasama diteruskan – Asyraf

2 January 2021

MGF17092020_CERAMAH-UMUM-BN-TAWAU-7.jpg

Dr. Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat memberi jaminan kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh kekal, sekiranya usaha mencuri dan membeli ahli UMNO masih berlaku.
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika memberi peringatan itu berkata, beliau melihat suasana hubungan UMNO dengan PPBM di peringkat akar umbi ketika ini semakin panas dan getir akibat perbuatan itu.

Beliau berkata, keretakan itu berlaku berikutan perebutan dan ‘kecurian’ ahli yang semakin menjadi-jadi, ditambahkan pula dengan tindakan mencurah minyak ke dalam api oleh Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menurut Dr. Asyraf Wajdi, beliau menerima banyak aduan dan kebimbangan ahli kebelakangan ini yang mendakwa parti serpihan itu galak mencuri dan membeli ahli parti UMNO.

“Bahkan, ada mengaku setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan ditubuh diperuntukan RM3,000 sehingga RM5,000.

“Oleh itu, kenyataan pimpinan PPBM seperti tiada rasa bersalah, bahkan mempertahankan kemasukan ahli UMNO ke dalam parti itu akan menyebabkan hubungan UMNO-PPBM makin meruncing dan membarah.
“Fenomena mencuri dan membeli ahli UMNO jika diteruskan akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat PPBM ditubuhkan dan gabungan besar parti Perikatan Nasional (PN) diwujudkan hanyalah untuk melemah dan menggantikan UMNO,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Kata Dr. Asyraf, seharusnya dalam suasana permuafakatan kerajaan yang terbentuk, dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari titik persefahaman serta merungkai segala bentuk perbezaan termasuk menghentikan sebarang usaha melemahkan antara satu sama lain demi agenda penyatuan lebih besar.

Begitu juga, kata beliau, daripada mengerahkan segala peruntukan dan sumber dana besar parti untuk menubuhkan cawangan, lebih baik manfaatkannya dengan penggemblengan parti rakan kongsi seperti UMNO dan Pas untuk aktiviti membantu rakyat di peringkat akar umbi.

“Apatah lagi hampir semua Ahli Parlimen PPBM ketika ini termasuk yang ‘lompat’ daripada UMNO berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

“Seharusnya fokus untuk digemblengkan segala sumber bagi membantu rakyat yang sedang susah dan resah memikirkan kelangsungan hidup dalam suasana pandemik Covid-19 ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Nafi tuduhan curi ahli UMNO, PPBM desak Asyraf mohon maaf

2 January 2021

MGF01032017_SIDANG-AKHBAR-PPBM03.jpg

Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencuri dan membeli ahli UMNO, Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan meminta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menarik balik tuduhan berkenaan.
Tegasnya, beliau memandang berat dakwaan itu dan menafikan tuduhan liar yang dilemparkan Dr. Asyraf tanpa bukti.

“Tindakan beliau menyebut setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukan RM3,000 sehingga RM5,000, tidak dapat diterima sama sekali.
“Saya menuntut Datuk Dr. Asyraf memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta merta,” katanya dalam kenyataan balas kepada media hari ini.

Pagi tadi, Dr. Asyraf menerusi hantaran Facebooknya melaporkan, Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat memberi jaminan kerjasama dengan PPBM boleh kekal, sekiranya usaha mencuri dan membeli ahli UMNO masih berlaku.

Ketika memberikan peringatan itu, katanya, beliau melihat suasana hubungan UMNO dan PPBM di peringkat akar umbi ketika ini semakin panas dan getir akibat perbuatan itu.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, Wan Saiful berkata, beliau akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal itu. – MalaysiaGazette

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,287
Reaction score
1,542
Points
201
dasat.. sape pegang pusat... memang full power terus aaa
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

4j ·

Terimalah nasihat Pemuda UMNO dengan berlapang dada agar dihentikan segera sebarang usaha mem’beli’ atau men’curi’ ahli yang akan mengeruhkan hubungan bahkan tidak akan membantu memperkukuhkan hubungan kerjasama UMNO-PPBM.

Sejujurnya saya mengharapkan jawapan sekurang-kurangnya, “Kami akan menyiasat dakwaan yang dibuat Pemuda UMNO” bukannya MENGUGUT UNTUK MENYAMAN.

Sebagaimana yang saya sebutkan dalam kenyataan, terlalu banyak aduan akar umbi UMNO seluruh Malaysia yang mendakwa berlakunya persaingan sehingga berlaku usaha membeli dan mencuri ahli.

Justeru jika Ketua Penerangan PPBM mahu meneruskan saman, kami PEMUDA UMNO mengalu-alukannya dan akan mengambil peluang di Mahkamah nanti untuk mendedahkan segala bukti-bukti di hadapan Hakim kelak.

1609590399292.png

Pengarang
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Rupa-rupanya PAS juga hadapi isu yang sama, di’curi’ ahli mereka oleh PPBM. Cuba baca kenyataan dan keluhan hati Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub:

Assalamualaikum.... 05 oct 2020
Selama ini saya tidak pernah mengusik mana2 pihak kawan mahupun lawan dan saya sentiasa menjaga perasaan dan air muka rakan2 dalam PN sehinggalah pada petang semalam saya rasa sangat terkejut dengan tindakan pimpinan Bersatu Raub yang telah mengusik ahli2 PAS untuk menyertai Bersatu. Tak cukup sekadar itu dimuatnaik pula dalam FB.. apakah yang sedang pihak Bersatu Raub cuba buktikan?? Pada saya ini adalah satu tindakan yang tidak beretika di dalam sesuatu perikatan dan perlu dihentikan SEGERA!!! Kita perlu sedar selaku adik perlu menghormati abang2 yang lebih dahulu merasai asam garam dalam berpolitik. Dan ini adalah Ingatan keras dari saya JAGALAH PERMUAFAKATAN KITA INI SETERBAIK MUNGKIN.

Bak kata pepatah
"Jangan sesekali jadi seperti Angan-angan menerawang langit"

Ladanilah PERMUAFAKTAN ini dengan penuh rasa saling menghormati. Andai semua ini tidak di hentikan SEGERA!! jangan terlalu berharap untuk mendapat sokongan yang sepenuhnya dari ahli PAS.
Sekian Terima Kasih.

Boleh rujuk di link facebook beliau di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4792109400863402&id=100001931671538
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Siapa Asyraf tuduh Bersatu curi ahli UMNO? – Armada

2 January 2021

MGF06082019_NGO-SERAH-MEMO13.jpg

Mohd Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ternyata menyinggung ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Salah seorangnya ialah Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

“Siapa Asyraf Wajdi yang nak menuduh dan memfitnah bahawa Bersatu mencuri dan membeli orang-orang UMNO bagi menyertai Bersatu?
“Mungkin beliau baru tersedar setelah menyemak data terkini keahlian UMNO, maka memperakui sudah bahawa kini beliau sekadar menjadi ‘ketua pemuda’ kepada sebuah parti yang ahlinya bukanlah sejumlah 3 juta sepertimana yang asyik dicanang saban hari sejak 10 tahun lalu

“Parti yang telah luput keramatnya, kini sekadar sebuah parti yang semakin mengecil kerana ditinggalkan oleh orang Melayu atas ‘hak’ dan kesedaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd AShraf Mustaqim, hak ahli akar umbi dan pejuang UMNO yang tulus memperjuangkan bangsa namun bukan sahaja marah dan kecewa, malah muak dengan budaya perlakuan segelintir pemimpin UMNO seperti Asyraf Wajdi yang tak sudah-sudah dengan fitnah dan permainan sentimen kerana mahu melihat perpecahan orang Melayu.

“Asyraf Wajdi perlu bertanggungjawab atas pengesahan beliau sendiri bahawa UMNO bukan lagi pilihan orang Melayu. Maka jelas UMNO tak wajar untuk terus mencanang bahawa mereka adalah sebuah parti Melayu dominan, hanya sekadar kerana memiliki sejumlah besar kerusi dalam Parlimen menerusi kerajaan Perikatan Nasional yang dipelopor oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin atas semangat muafakat Melayu, sedang ahli teramai semakin meninggalkan mereka kerana segelintir pemimpin UMNO yang tidak jujur dalam agenda permuafakan Melayu,” uajrnya lagi.

Jika sebahagian pemimpin UMNO jujur atas agenda Melayu seperti yang dicanang, pasti dari awal mereka mendaftarkan Muafakat Nasional, kata Mohd Ashraf.

Disebabkan panik apabila akar umbi semakin muak dengan kepimpinan UMNO malah berlaku khianat dalam muafakat yang suatu masa pernah dicanang, maka jalan mudah adalah untuk terus memfitnah Bersatu.
“Rakyat dan rata-rata orang Melayu tak bodoh, dalam era Presiden UMNO pun cuba ber’tik-tok’ untuk meraih sokongan persis ‘Bossku’ dan Ketua Pemuda UMNO tak habis membaja kebencian.

“Asyraf Wajdi perlu jujur jika benar beliau bersungguh dengan agenda pemerkasaan bangsa dan pemuafakatan Melayu-Islam dengan bertanggungjawab atas fitnah beliau ke atas Bersatu dan mewakili suara menerusi sayap ARMADA, saya menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf demi kestabilan agenda pemerkasaan negara bangsa di bawah Perikatan Nasional,” katanya.- MalaysiaGazette

Sponsored Post
Top
Log in Register