UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
1:49pm | Khaled Nordin Tiba Di PWTC
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin tiba di PWTC untuk menghadiri mesyuarat bersama ahli-ahli parlimen BN yang dijadualkan pada hari ini.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
#BHnasional Difahamkan mesyuarat dipengerusikan Ahmad Zahid

Mesyuarat tergempar dihadiri Ahli Parlimen BN

Oktober 26, 2020 @ 2:31pm


09bh16l1_1603693888.jpg

ZAHID Hamidi. FOTO ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat tergempar diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) membabitkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Mesyuarat bermula 1 tengah hari itu difahamkan dipengerusikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang kelihatan tiba Penasihat Lembaga Penasihat UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak; Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan.

Namun, kebanyakan menteri daripada BN tidak kelihatan dipercayai masih berada di Putrajaya untuk mesyuarat khas Kabinet
Tiada butiran lanjut mengenai mesyuarat berkenaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
BN bincang sama ada Muhyiddin perlu letak jawatan
#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../bn-bincang-pandangan.../

BN bincang pandangan sama ada Muhyiddin perlu letak jawatan


26 October 2020

MGF261020_MESYUARAT-MAJLIS-TERTINGGI-UMNO-7-681x454.jpg

Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir pada Mesyuarat Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mendapatkan pandangan daripada Ahli-Ahli Parlimen parti itu mengenai sama ada wujud keperluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu mendapatkan padangan daripada rakan-rakannya dalam parti berhubung perkara tersebut petang ini.


“Itulah sebab kita bincangkan, saya mahu dengar pandangan BN,” katanya ringkas kepada media di Lobi Menara Dato Onn, PWTC di sini hari ini.
Beliau ditanya wartawan sama ada Muhyiddin perlu meletak jawatan susulan keputusan Majlis Raja-Raja yang menolak cadangannya untuk mengisytiharkan darurat.

Sementara itu, ketika ditanya adakah UMNO masih lagi menyokong Perikatan Nasional (PN), Hishammuddin yang juga Menteri Luar memberitahu, beliau tidak mengetahui tentang perkara berkenaan.
“Saya tidak tahu kita tunggu mesyuarat UMNO dulu,” ujarnya.

Terdahulu, Hishammuddin bersama beberapa lagi rakannya dalam Kabinet iaitu Khairy Jamaluddin, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Halimah Saddique tiba di PWTC selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Ahli-ahli Parlimen lain mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ daripada menjawab pertanyaan yang diajukan oleh media yang telah berkumpul sejak pukul 12 tengahari tadi.

Ketika berita ini ditulis, beberapa Ahli Parlimen BN yang memegang jawatan menteri sudah berada di bangunan berkenaan untuk membincangkan isu politik semasa tanah air. – MalaysiaGazette

 

The Maut

Super Active Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
5,177
Reaction score
107
Points
83
UMNO kekal sokong kerajaan PN, tolak kerjasama PKR, DAP

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Setelah hampir empat jam bermesyuarat, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Hasil mesyuarat itu juga mengekalkan pendirian parti untuk menolak kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli-ahli parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan PN.

"Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP. Ahli-ahli parlimen UMNO akan terus mendokong kerajaan PN.

"UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang haris berpaksikan nilai kehormatan dan political consensus," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik selesai mesyuarat kira-kira jam 12 tengah malam.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO berlangsung sejak jam 8.30 malam.

Ahmad Zahid berkata, antara lain yang diputuskan, UMNO menyarankan agar inisiatif Rekonsoliasi Nasional atau Agenda Pendamaian Nasional segera dilaksanakan dengan mengembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.

"Mesyuarat juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,"katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata UMNO turut menjunjung kasih di atas keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak permohonan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

"UMNO mendokong sepenuhnya titah dan saranan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan," katanya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dibangkitkan ketika mesyuarat melibatkan

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang semalam.

Antara cadangan yang dibangkitkan adalah memberi sokongan kepada Anwar tanpa melibatkan kerjasama DAP.

864601.jpg

Kenyataan Ahmad Zahid

 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,687
Reaction score
76
Points
30
Dua bulan tanpa jawapan, Pejuang desak RoS putuskan segera.
#malaysiagazette #news #PEJUANG

Dua bulan tanpa jawapan, Pejuang desak RoS putuskan segera


29 October 2020

View attachment 303473
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sementara menunggu PRU-15.


KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, permohonan Pejuang untuk diluluskan sudah memasuki dua bulan dan tidak ada tanda-tanda untuk diterima RoS.


“Kesemua tujuh permohonan, malangnya yang tidak mendapat maklum balas bertulis dari Menteri Dalam Negeri dari pihak JPPM,” katanya.
Amiruddin turut melahirkan rasa hairan mengapa permohonan Pejuang menerima layanan amat berbeza dengan dua parti yang lain.

Katanya, pendaftaran parti Makkal Sakti Malaysia diluluskan dalam tempoh dua minggu manakala Perikatan Nasional pula diluluskan dengan kadar segera dalam proses yang annat meragukan.
“Oleh demikian, pihak Jawatankuasa Penaja PEJUANG sekali lagi ingin YB Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPPM untuk membuat suatu keputusan segera dan jelas agar pendaftaran PEJUANG diluluskan mengikut prinsip undang-undang,” katanya.

Amiruddin juga berkata, tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis adalah tidak munasabah dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa RoS kini kembali menjadi “alat kerajaan’ bermotifkan politik sehingga menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat.

Pada 19 Ogos lalu, pengasas parti itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada RoS.

Antara penaja lain adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad dan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai Pengerusi.

Pada 28 September lalu, RoS meminta pihak penaja Pejuang melakukan beberapa pindaan ke atas permohonan pendaftaran parti itu.

Pindaan-pindaan tersebut adalah berkaitan isu-isu teknikal kecil.

Parti itu berlogokan motif huruf Jawi ‘pa’ mewakili maksud pejuang manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara. – MalaysiaGazette


Besar sungguh kuasa RoS ni..

sebelum ni kita tengok macam mana PPBM dibubarkan sementara sebelum pru14 oleh RoS..


kita juga tengok macam mana RoS mengesahkan penyingkiran mahathir daripada parti Bersatu..


Sudah terang lagi bersuluh, UMNO akan bertanding melawan Bersatu pada pru akan datang..
Sekarang, Bersatu masih berkawan dengan UMNO sebab muhyidin nak kekalkan jawatan pm.. tapi UMNO akan jadi musuh besar Bersatu pru nanti sebab berkongsi target segmen pengundi yg sama iaitu kawasan bermajoriti melayu..

UMNO jauh lebih kuat daripada Bersatu, jadi takde cara lain selain mengharamkan UMNO dan BN serta tidak meluluskan pendaftaran parti mahathir dan MN..
Alasan pengharaman boleh direka, jangan risau..
Sedangkan kuasa mencadangkan darurat yg menyusahkan orang ramai pun muhyidin tergamak buat, apatah lagi kuasa mengharamkan UMNO..
Lakukan apa saja cara untuk kekal berkuasa..


Ini je caranya untuk Bersatu jadi parti dominan menggantikan UMNO..
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,114
Reaction score
1,993
Points
206
Besar sungguh kuasa RoS ni..

sebelum ni kita tengok macam mana PPBM dibubarkan sementara sebelum pru14 oleh RoS..


kita juga tengok macam mana RoS mengesahkan penyingkiran mahathir daripada parti Bersatu..


Sudah terang lagi bersuluh, UMNO akan bertanding melawan Bersatu pada pru akan datang..
Sekarang, Bersatu masih berkawan dengan UMNO sebab muhyidin nak kekalkan jawatan pm.. tapi UMNO akan jadi musuh besar Bersatu pru nanti sebab berkongsi target segmen pengundi yg sama iaitu kawasan bermajoriti melayu..

UMNO jauh lebih kuat daripada Bersatu, jadi takde cara lain selain mengharamkan UMNO dan BN serta tidak meluluskan pendaftaran parti mahathir dan MN..
Alasan pengharaman boleh direka, jangan risau..
Sedangkan kuasa mencadangkan darurat yg menyusahkan orang ramai pun muhyidin tergamak buat, apatah lagi kuasa mengharamkan UMNO..
Lakukan apa saja cara untuk kekal berkuasa..


Ini je caranya untuk Bersatu jadi parti dominan menggantikan UMNO..
Cara lain, berbaik dgn pas.
Tp yg ni tgk perangai umno
Umno buat hal mmg pas p ke ppbm
 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,687
Reaction score
76
Points
30
Cara lain, berbaik dgn pas.
Tp yg ni tgk perangai umno
Umno buat hal mmg pas p ke ppbm
Bersatu memang takde masalah dengan pas, sebab pas takde demand macam2 kat muhyidin..
Bersatu takkan bertanding melawan pas..

Yg jadi masalahnya nanti ialah bila Bersatu berlawan dengan UMNO kat kubu kuat UMNO..

Susah Bersatu nak menang walaupun dengan bantuan pas kat kubu kuat UMNO..

Contohnya, kat parlimen Lipis P79 pru2018:
UMNO dapat 13k undi
Bersatu dapat 7k undi
Pas dapat 6k undi


Pada 2018, Bersatu masih berkawan dengan PH,
sebahagian undi yg Bersatu dapat tu dari pengundi PH..
katakanlah undi pure Bersatu cuma 6k, yg 1k lagi tu dari pengundi PH..
6k undi Bersatu + 6k undi Pas tak boleh menang melawan 13k undi UMNO..
Bersatu tak boleh menang walaupun dibantu Pas di parlimen Lipis..
Ada banyak lagi kawasan lain macam parlimen Lipis..

Bersatu takkan jadi parti yg dominan kalau UMNO masih wujud..
Bila UMNO dah diharamkan, pengundi UMNO akan swing undi dorang ke Pas dan Bersatu..

Marilah kita sama-sama menyokong pengharaman UMNO..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

BN adakan mesyuarat khas bincang Belanjawan 2021

3 November 2020


1604396087579.png

Dari kanan, Hishammuddin, Shahidan dan Azalina meninggalkan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.45 petang tadi selepas menghadiri mesyuarat khas Ahlli Parlimen BN.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen parti itu dipercayai untuk membincangkan tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021 di Menara Dato' Onn di sini petang ini.

Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.


Antara pemimpin yang paling awal tiba adalah Ahli Parlimen Tenggara yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba iaitu pada kira-kira jam 3 petang.
Ia disusuli Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba kira-kira jam 3.20 petang.

Pemimpin lain yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Sembrong merangkap Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.


Mesyuarat itu berlangsung kira-kira sejam sebelum kebanyakan ahli Parlimen dilihat meninggalkan bangunan itu mulai jam 4.30 petang.

Belanjawan 2021 dijangka akan dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan mesyuarat sama pada 29 Oktober lalu diikuti Perikatan Nasional (PN) pada Ahad lalu.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register